Thursday, 11 September 2014

V for Vendetta @ Guy Fawkes ni sebenarnya baik ke jahat?

Ada rasa spooky tak bila tengok wajah ni?

Topeng ni ada juga yang menamakannya sebagai topeng Anonymous.

Aku secara peribadi tidak menyukai topeng V for Vendetta ini. Pertama sekali bila aku lihat topeng ini ia mengingatkan aku kepada kepada gambaran rupa paras orang Portugis yang datang menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Mungkin aku silap. Mungkin orang asal yang menjadi muka topeng ini bukan orang Portugis pun.


Pada masa yang sama, perkataan V for Vendetta itu mengingatkan aku kepada perkataan Vengeance yang bermakna dendam. Bukan vendetta itu bermaksud pembalasan juga ke? Aku tak pasti, aku bukan terer bahasa Inggeris sangat. Tapi kalau betul maksudnya macam dendam kesumat, ni bukan sesuatu yang negatif ke?

Evey: All this riot and uproar, V... is this Anarchy? Is this the Land of Do-As-You-Please? 
V: No. This is only the land of take-what-you-want. Anarchy means "without leaders", not "without order". With anarchy comes an age of ordnung, of true order, which is to say voluntary order... this age of ordung will begin when the mad and incoherent cycle of verwirrung that these bulletins reveal has run its course... This is not anarchy, Eve. This is chaos. (Wah.. Chaos is the way of life..? Interesting!) Sumber
Freemasonry Symbolism
Ordo Ab Chao
Order from Chaos
Tapi aku tengok ramai juga orang Islam yang suka pakai topeng ni. Orang-orang baik takkanlah pakai topeng yang membawa maksud tak baik kan? Entah-entah Encik Vendetta ni memang orang baik-baik. Aku je yang berperasangka buruk. Tak baik aku ni kan.

Aku baik what?
Ok bro, no fight, jangan pukul aku!
Ok, pertama sekali orang-orang Islam boleh ke pakai topeng berbentuk macam makhluk ni? Seingat aku menonton cerita filem kepahlawanan orang Arab Islam tak pernah pula aku tonton lakonan pahlawan Arab atau sahabat-sahabat Nabi SAW diberitakan memakai topeng muka yang dibuat daripada clay macam tu? Apa beza menutup muka dengan bertopeng jenis bentuk makhluk tertentu?

Ilustrasi seorang pahlawan Islam menutup muka.


Halal ke Haram pakai topeng V for Vendetta ni?

Yang dihormati Ustaz kata macam ni. 
"Kalau (tujuan) mengikut orang yang bukan Islam (hukumnya) HARAM!!

Kalau menutup muka daripada dikenali daripada membawak kepada mudaratnya kalau dikenali, takdok masalah."(Halal dah disitu)

Mungkin aku ni banyak sangat buat dosa kut. Apasal aku susah nak faham apa al-Fadhil ustaz cakap. Aku nak mohon Ustaz tolong bagi pencerahan lagi bagi orang yang jahil macam aku ni.
Kalau aku pakai topeng ni untuk tak dikenali boleh tak?
Mungkin orang bukan Islam yang buat topeng ni kata ni watak orang baik.
Logik aku macam ni. Kalau yang asal buat topeng ni orang Islam, maka bolehlah dikatakan kita mengikut orang Islam, sebab yang buat asal tu orang Islam. 
Tapi yang buat topeng ni dikatakan bukan orang Islam. So, kita dah ikut orang bukan Islam bukan?
Orang yang bukan Islam asal muasal buat topeng ni untuk dia tak dikenali. 
Sebab apa dia tak nak dikenali? Sebab dia tak nak satu mudarat sekiranya dia dikenali. Tu sebab namanya pun topeng Anonymous
Ada cahaya keimanan tak pada wajah saya?
Orang pilih anonymous ni bila dalam bab beri komen di blog sebab tak nak diketahui namanya. Bila terjemah direct jadilah Tanpanama. Tak gitu?
Maka dengan itulah, bila kita ikut pakai topeng ni dah sahlah kita ikut orang bukan Islam.
1. Pakai topeng orang bukan Islam buat, yang dah tentu ada tujuannya sendiri.
2. Orang bukan Islam pakai topeng tu memang bertujuan untuk tidak dikenali (elak mudarat).
Maknanya kalau tujuan kita untuk tidak dikenali kenapa kena ikut cara orang bukan Islam?
Orang Islam yang pakai, dah memang ikut bukan Islam pada 1 dan 2. Tang mana jadi halal pulak selepas haramnya itu? Boleh tak bagi pencerahan.
Pejuang-pejuang HAMAS, Palestin menutup muka
supaya tidak dikenali oleh musuh.
Sekadar gambar hiasan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...