Sunday, 7 September 2014

Tips bisnes : Buat surat anda dalam Powerpoints?


Pernah tak anda dengar syarikat-syarikat besar antarabangsa mereka tidak menggunakan Microsoft Word atau yang setaranya macam OpenOffice bagi tujuan menyurat hatta dalam penulisan laporan sekalipun. Sebaliknya mereka menggunakan Powerpoint untuk menulis surat kepada bos-bos ataupun dari top management kepada orang bawahan!

Saya pernah berbual dengan seorang consultant mat saleh yang bekerja untuk syarikat GE, dimana dia mendakwa mereka menggunakan Powerpoint untuk berkomunikasi mahupun dalam berutus surat melalui email.

Pada mulanya sukar untuk membayangkan bagaimana surat-surat itu dibuat dalam bentuk Powerpoint. Bukankah sukar untuk “membela” (ini bahasa orang Minang) format surat dalam bentuk slide begitu?

Fikiran begitu mungkin timbul sekiranya kita membayangkan suatu keadaan yang begitu terikat dengan prosedur, format dan protokol. Sedangkan bagi syarikat yang mengoptimumkan hasil kerja berbanding retorik, format-format yang merumitkan ini sudah pastinya tidak diendahkan. Yang penting ialah cepat, tepat, berkesan dan akhirnya mencapai matlamat.

Kelebihan Powerpoint

Hampir semua bentuk penulisan yang dibuat adalah dalam bentuk slide Powerpoint termasuklah laporan, analisa dan pembentangan. Kelebihannya, ia menjimatkan masa. Anda tidak perlu membuat sesuatu laporan dalam aplikasi word processing dan kemudiannya pula terpaksa membuat slide dalam Powerpoint bagi membentangkannya. Ianya melibatkan dua aktiviti.

Anda buat laporan dalam Powerpoint dan bentang! Hanya melibatkan satu aktiviti.

Bagi alam bisnes yang madani, boleh dikatakan segala paperwork anda berakhir dengan pembentangan slide! Sebelum ianya diterjemahkan dalam bentuk tindakan mendatangkan untung atau rugi.

Segalanya ringkas, tepat dan padat.


Bayangkan segala penulisan anda tidak lagi berbunga-bunga, sebaliknya ianya menjadi ringkas, tepat serta padat. Nama perisiannya pun Powerpoint, ia tidak direka untuk menjadi begitu narrative ataupun berjela-jela penceritaannya.

Jika ianya dapat dibudayakan ke dalam kesemua gerak kerja bisnes anda, insyaAllah aktiviti bisnes anda lama-kelamaan menjadi lebih efficient, menjimatkan tenaga, masa dan wang.

Penceritaan yang lebih grafik


Apabila format bukan lagi menjadi isu, maka penceritaan yang power dengan isi yang mantap menjadi keutamaan. Powerpoint dapat menzahirkan matlamat ini apabila ia mudah dimasukkan gambar, bentuk-bentuk pelbagai segi, carta serta tables. Elemen-elemen ini lebih mudah dikendalikan dalam Powerpoint berbanding Word.

Hasilnya anda dapat menghasilkan satu persembahan dengan penceritaan yang lebih grafik. Dengan lebih grafik maksudnya ia lebih jelas dan lebih bermakna, dengan itu anda lebih berpeluang meyakinkan pihak atasan ataupun customer anda.

Mudah untuk scrolling.


Bayangkan anda tengah scrolling di dalam Word, anda mahu bergerak dari muka surat pertama ke muka 43. Ianya adalah pergerakan sequential yang agak merumitkan. Tetapi tidak bagi Powerpont, slide itu dizahirkan satu demi satu dengan cepat. Anda juga boleh terus masuk kepada slide tertentu dalam senarai slide di sebelah kiri Powerpoint. Mudah untuk membaca dan cepat.

Mudah untuk edit dan diulangkaji.

Bila mudah untuk scrolling antara slide, maka mudah pula untuk menyemak keseluruhan slide anda. Anda juga dengan mudah boleh menyalin satu slide penuh dengan formatnya sekali sekiranya ingin membuat satu slide yang lain dengan format yang sama.

Kesimpulan : Pantas membuat kerja, menjimatkan masa serta berkesan

Bayangkan apa yang berlaku sekiranya anda;

1) menganalisa dalam slide Powerpoint (walaupun tak semua analisa sesuai),
2) membuat laporan dalam slide yang sama,
3) dah tentu membuat persembahan dengan slide itu juga
4) dan akhirnya mengutus surat melalui email dengan slide yang sama.

Bukankah kesemua di atas hanya satu aktiviti kerja?! Tak hairanlah ada pengurusan syarikat-syarikat gergasi ini semua pakai Powerpoint sahaja.

Pilihan di tangan anda!
Kita berusaha, doa dan tawakal. InsyaAllah.

Selain Microsoft Powerpoint terdapat juga
OpenOffice Impress, yang merupakan perisian
sumber terbuka yang percuma sekiranya pengguna
tidak mahu mengeluarkan wang bagi perisian slide pembentangan.
Oleh kawan incikposmen


Artikel lain berkaitan bisnes



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...