Monday 1 September 2014

Indonesia yang sentiasa sentimental dengan Petronas

Artikel ini digarap setelah membaca laporan-laporan media Indonesia seminggu dua ini.


Cerita Petronas lawan Pertamina ini sememangnya menjadi favorit saya dan saya sentiasa mengikuti perkembangan artikel-artikel berkaitan subjek ini yang diterbitkan media Indonesia. Tidak hairanlah sekiranya banyak artikel berkenaan bermula dengan kisah seorang murid yang belajar daripada guru dan kemudiannya murid tersebut mendahului gurunya.


Indonesia mempunyai 141 apa yang dinamakannya BUMN (Badan usaha milik negara). Jumlah keuntungan kesemua 141 BUMN pada saat ini adalah sebanyak 13 juta USD sedangkan Petronas sahaja mampu memperolehi 20 juta USD. Ini mencetuskan dialog hangat oleh media-media sejak bertahun-tahun lamanya di Indonesia bagi mencari punca kenapa syarikat yang dimiliki negara mereka tidak seperti Petronas.

Oleh itu juga mereka dari semasa ke semasa membandingkan pencapaian Pertamina dengan Petronas.

Kalau Taiwan pernah membina bangunan tertinggi di dunia iaitu Taipei 101 dan kemudiannya Dubai mengalahkannya dengan Burj Khalifa. Indonesia tidak kisah sekiranya bangunan pencakar langit yang bakal dibina mereka tidak menjadi bangunan paling tinggi di dunia. Paling penting ialah ianya mesti lebih tinggi daripada menara berkembar Petronas!



Media massa di Indonesia sering mengungkit masalah politik dan birokrasi yang menghalang pertumbuhan Pertamina. Dari satu sudut, walaupun Indonesia dilihat lebih liberal, bebas dan mesra nilai-nilai international human right, ianya tidak bermakna negara itu telah mencapai tahap kemajuan atas dasar kebebasan tersebut. Sekiranya begitu sudah tentu Indonesia itu sudah lebih maju daripada Malaysia kerana Malaysia dilihat lebih mengongkong kebebasan mutlak.


Mengongkong kebebasan mutlak bermakna memberikan had kepada apa-apa perbuatan yang sebenarnya bersifat negatif dan tidak mendatangkan manfaat. Contohnya kebebasan untuk berbogel di khayalak ramai. Mengongkong dalam ertikata sedemikian tidak bermakna menghalang kemajuan.

Sekiranya kemajuan bisnes itu terhambat dan dikenakan pelbagai halangan secara politik dan birokrasi, sudah tentu kemajuan ekonomi sesebuah negara itu juga terkesan dan gagal berkembang.

Malaysia setakat ini telah berjaya mencapai tahap ekonomi yang membanggakan dan juga dalam tahun ini tersenarai di tempat ke-6 negara yang paling mesra perniagaan dari 189 buah negara oleh Bank Dunia. Pencapaian ini perlulah kita syukuri dan terus melangkah ke hadapan.

Oleh seorang lagi kawan incikposmen










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...