Thursday 18 September 2014

Awan yang aneh di Genting Highland

Awan yang keluar secara tiba-tiba dan tidak putus-putus.
Fenomena ini saya perhatikan dalam satu lawatan saya ke Genting Highland beberapa tahun yang lepas. Walaupun ianya telah lama namun demikian kejadian tersebut menjadi tanda tanya kepada saya  sehingga ke hari ini.

Awan yang muncul secara tiba-tiba


Pada ketika itu, saya menginap dalam sebuah hotel di pinggir Genting Highland tersebut dan melihat ke arah tanah tinggi yang menjadi pusat peranginan utama di Genting Higland itu. Apa yang menarik perhatian saya ialah kelihatan awan yang muncul entah darimana dan secara berterusan menyelubungi bangunan-bangunan utama di atas tanah tinggi itu.

Awan ini bergerak daripada kiri ke kanan gambar.
Ia tidak ada di sebelah kiri gambar sebagaimana yang dilihat.
Ia seolah-olah tiba-tiba muncul dari
tengah-tengah bangunan-bangunan itu.
Buat seketika, saya mengamati fenomena yang menghairankan itu. Pada ketika itu saya menggunakan  kamera telefon bimbit HTC Pro yang mempunyai 5 megapixel. Dengan itu saya dapat merakam gambar yang dikira agak baik bagi kalangan telefon bimbit pada waktu itu. Saya tidak ingat sekiranya saya ada merakam secara video atau tidak. Sekiranya ada pun video kamera bagi telefon bimbit ketika itu tidaklah sebaik sebagaimana pada hari ini. Jumlah frame dibandingkan per saat mungkin tidak cukup menghasilkan video yang memuaskan hati. Saya juga tidak menjumpai kelip video berkenaan dalam simpanan saya.

Cara lain menggambarkannya ialah ia seolah-olah terbakar.
Seolah-olah asap yang keluar daripada bangunan, cuma ia bukan asap.
Ia juga tidaklah keluar daripada bangunan.
Gambar yang diperbesarkan.
Jika dahulu, apabila melihat kejadian aneh seseorang itu hanya dapat menceritakan sahaja kepada orang lain. Terpulanglah kepada pendengar cerita itu untuk mempercayainya berdasarkan penceritaan secara dari mulut itu. Kini, kita boleh sahaja mengambil gambar untuk apa jua fenomena yang menarik berlaku di hadapan kita. Hingga jika kita hanya menceritakan semata-mata, pasti ada rakan yang bertanyakan mengapa kita tidak mengambil gambar kejadian yang berlaku di hadapan mata itu.

Sayangnya, saya tidak dapat menunjukkan video kejadian ini jika ditanya pula mengapa tidak mengambil secara video pula, alasan saya seperti di atas. Tetapi saya sarankan kepada tuan-tuan dan puan-puan ambillah video sendiri sekiranya tuan-tuan dan puan-puan berada di tempat yang boleh menyaksikan kejadian ini di pinggiran Genting Highland berkenaan.

Saya juga tidak pasti samada kejadian ini berlaku kepada saya sahaja ataupun ianya berlaku pada hari-hari tertentu sahaja. Mungkin juga orang lain tidak melihat kejadian seperti yang saya lihat ini. Apa jua pun, jika berjumpa silalah berkongsi pengalaman tuan-tuan dan puan-puan bersama kami di blog ini.

Pakcik incikposmen

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...