Monday 15 September 2014

Tips bisnes : Ada kalanya, connection bukan faktor penentu.


Connection semata-mata bukan faktor memudahkan urusan bisnes. Maksudnya terlalu bergantung kepada networking. Kadangkala kita explore kemungkinan yang ada.

Aku nak berkongsi pengalaman la sikit, sikit je la pengalaman bisnes aku ni. Maklumlah aku bukannya “terer”rist. Aku pulak takleh nak cerita detail sebab ini membabitkan client confidentiality. Ada seorang Ustaz aku tu ajar aku yang “pengajaran diambil daripada umumnya lafaz”.  So, aku cerita umum saja la k…

Aku ada kali tu dapat la assignment, untuk dapatkan client aku ni sesuatu yang menjadi hak dia pun. Benda ni sangat-sangat penting untuk bisnes dia. Sebenarnya lebih daripada itu. Benda ni menentukan identiti brand untuk client ni. Kalau ada maknanya naiklah martabat brand dia. Kalau takde, boleh juga buat bisnes tapi taklah dalam kategori branded.

Masalahnya client aku  ni dah berpuluh tahun beroperasi tapi tak dapat-dapat jugak benda ni. Benda yang sepatutnya dia ada. Camana nak bagi dapat setelah berpuluh tahun tak dapat-dapat?

Bila aku semak betul-betul, ada satu negotiation perlu dibuat untuk melepasi satu tahap tu. Tahap ni memang tinggi lah bagi negara Islam Raja berperlembagaan kita ni. Aku pun buatlah apa yang sepatutnya untuk negotiation tu. Alhamdulillah, berkat usaha, doa dan tawakal Allah kurniakan hasil yang positif. So, client aku dapatlah apa yang sepatutnya dia dapat. Suka sangatlah dia tu.

Lepas tu macam-macamlah orang cakap, aku ni ada connection itulah.. inilah. Walaupun berbentuk macam pujian, tapi sebenarnya aku tak suka cerita-cerita macam ni. Sebab sebenarnya apa yang berlaku tak macam tu.

Dokumentasi dan penerangan yang menjustifikasi


Pada aku, aku hanya ikut apa yang sepatutnya. Aku tunjukkan kepada pihak yang dalam negotiation itu dokumen-dokumen rasmi yang menunjukkan benda ni sepatutnya ada. Aku ceritakan apa akibat buruk kalau benda tu tak ada dan manfaat  pihak dia dapat jika benda ni ada. Dan dah memang orang akan berfikir ikut rasional. Kalau dah rasionalnya dia lihat patut setuju dia bersetujulah kan. So, pihak yang aku negotiate tu pun setujulah.

Aku dapat “agreement” tu bukanlah sebab aku ada connection dengan pihak tu macam orang-orang cakap. Itulah pertama kali aku jumpa dia. Cuma bila ada negotiation kita kena ada skill lah kan. Kena adalah dokumen-dokumen yang sah dan betul menyokong dakwaan-dakwaan kita. Persediaan documentation ni sangat penting.

Memanglah aku tak nafikan pulak networking ni penting untuk bisnes. Tapi dalam buat networking ada faktor lain yang juga penting bila nak dapatkan sesuatu tu. Itu kita kena belajar dan mengalaminya dalam urusan bisnes kita.

Advice aku untuk client aku tu.

So bila you dah dapat benda tu, dah tak sama dah value produk dan servis yang you bagi sebelum dapat dan selepas dapat. You kena match level pengiktirafan tu dengan kualiti yang sepatutnya.

Bila you claim you boleh bagi satu servis atau produk, customer mesti dapat merasa kebenaran dakwaan you terhadap service dan produk tu. Barulah customer puas hati. Barulah branded produk tu memang branded betul iaitu sebab kualitinya terjaga.

Macam aku baca aritu Tun Mahathir cakap, “when you say a number, they want the number to be on their body”. Kira maksudnya bukannya saja ada outcome tapi ada touchpoint lagi. Itulah yang kita nak customer kita rasa.

Ok, setakat nilah perkongsian pengalaman aku. Semoga memberikan manfaat. K bye..


Kita tambah ilmu melalui video ini. 3 tips sahaja. 

1. Take the perspective of the other person negotiated.
2. Ask for more than you really wants.. why? Watch the video! 
3. Blame the boss (cool..)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...