Friday 26 September 2014

Tu sebab nak mansuh Akta ni kena kaji betul-betul.

Mungkin sebab tak dapat menunjukkan kemaluan
sesuka hati di Malaysia menjadi alasan beliau lari ke Amerika.

Alvin Tan lari ke Amerika dan serang UMNO dari sana? Apa nak jadi ni?
Siap tunjuk fu** UMNO dari sana!
Sebab dah lari jauh dia pun ambik peluang kutuk PM, Menteri Kementerian dalam Negeri,
Ketua Polis  dan of course, Peguam Negara

Apa nak jadi la dengan dia ni. Dengarnya dah lari ke Amerika. Jauh sangat lari ni, mana dapat duit ni. Sekarang nampaknya dia akan kutuk-mengutuk tahap maksimum. Yang jadi mangsa ialah para pemimpin UMNO daripada Perdana Menteri, Menteri-menteri, ahli-ahli UMNO dan parti UMNO itu sendiri.

Apa akan jadi kepada Malaysia sekiranya keadaan sekarang memudahkan lagi pembiakan makhluk-makhluk macam ni?

Selain suka tunjuk fu** kepada UMNO,
Alvin juga seorang kaki lucah yang tegar.

Pihak kerajaan seharusnya berhati-hati apabila nak mansuh Akta-akta ni. Macam Akta Hasutan, memanglah mereka ni mendesak untuk memansuhkannya. Mereka ada agenda dan kehendak mereka sendiri. Mereka ingin berbuat sesuka hati, boleh telanjang atau separuh telanjang di tepi jalan. Boleh maki hamun dan fitnah sesuka hati. Bagaimanakah keadaan negara sekiranya suasana seperti ini bermaharajalela?

Diburukkan lagi pulak ada yang menghasut sampai nak bawak Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia. Bayangkan pada waktu inilah Akta Hasutan ini tiba-tiba dimansuhkan dan tidak terpakai. Ingat, sebaik sahaja ISA dan Ordinan Darurat dimansuhkan, kejadian pencerobohan di Lahad Datu berlaku.

Antara komen facebookers dari Malaysia kepada Alvin.
Diharap pihak kerajaan memantau situasi di Malaysia ini dengan baik supaya tidak berlaku kekacauan dan berlaku peristiwa yang mengganggu gugat ketenteraman awam. Kadangkala tindakan tegas itu perlu bagi mendisiplin sesetengah pihak yang sengaja tak faham-faham. Yang ada agenda sendiri dan nak melihat negara jadi kucar-kacir dan akhirnya jatuh kepada serigala-serigala asing yang dah lama berdendam dengan Malaysia.

Kalau tak percaya tengok kat facebook dia sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...