Wednesday 10 September 2014

Kelebihan Iphone 6 dan Iphone 6 plus.


Iphone 6 dan Iphone 6 Plus.
“..tidak diragukan lagi ini adalah Iphone terbaik yang pernah kami (Apple) keluarkan” 
Tim Cook – CEO Apple.

 Mungkin mengkaji kelebihan hand phone paparan skrin besar yang diperkenalkan oleh Samsung dengan produk Samsung Note 1, 2, 3 dan 4. Apple kini mengumumkan pula Iphone terkini yang lebih besar paparannya tetapi lebih nipis.

Ianya dikeluarkan untuk 2 jenis model iaitu Iphone 6 dan Iphone 6 plus. Apakah kelebihan model terbaru Iphone ini?


+ Paparan lebih besar dan cantik
+ Lebih nipis
+ Pixel lebih banyak
+ Direka supaya mudah digunakan sebelah tangan

Paparan


Perbandingan paparan di antara Iphone 5S, Iphone 6 dan Iphone 6 Plus.
Untuk perbandingan Samsung Note 4, iaitu satu produk terbaru Notes HP keluaran Samsung mempunyai paparan 5.7. Mungkin bagi satu bentuk yang lebih ideal untuk dioperasikan sebelah tangan, Apple telah memutuskan paparan Iphone yang terbesar ialah 5.5".

Iphone 6 kini boleh memaparkan paparan melintang.
Menjadikan membaca dan menaip satu tugas yang mudah. 
Paparan yang besar memudahkan pengguna untuk membaca, melihat foto, melayar internet, menaip perkataan dan sebagainya.  Satu kelebihan mana-mana pun hp bersaiz besar. Ianya adalah kenapa Samsung 5.5" dinamakan Samsung NOTE.

RETINA HD


Generasi terbaru paparan retina yang dinamakan “Retina HD”.
Paparan gambar yang lebih jelas, tepat dan menakjubkan.
Teks lebih jelas dan ketara.

Iphone 5S - Iphone 6 - Iphone 6 Plus
Fizikal Iphone juga lebih nipis dengan Iphone 6 paling nipis dengan hanya 6.9 mm.

Fungsi Reachability

Sentuh dua kali (bukan tekan) ID button (Yang warna biru bulat tu). Separuh paparan akan turun dan anda boleh menyentuh apps yang berada di sebelah atas dengan tangan yang sama. Bagi memudahkan pengendalian sebelah tangan.

Apple Pay

Hanya 2 Iphone ini yang boleh membuat Apple Pay – Sistem pembayaran terbaru oleh Apple system yang seperti wallet bergerak dengan kerjasama pelbagai stores membeli belah yang mempunyai sistem wireless.

Untuk pasaran antarabangsa, harga model 4.7" adalah USD199 untuk 16GB. Untuk versi 64GB dan 128GB pula adalah  USD 299 dan USD399 setiap satu. Yang besar 5.5" iPhone 6 pula berharga USD299.

Ok, Kita tengok Video Iphone 6 ini.


Bagaimana pandangan anda?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...