Friday 11 June 2021

Kenapa Microsoft Excel tak sesuai untuk digunakan bagi senarai penerima vaksin?

Ia bermula apabila seorang YB DAP bertanya kenapa team YB KJ tak guna Microsoft Excel untuk ektrak data penerima vaksin dari kalangan warga emas dan golongan yang lebih memerlukan.

Ini kerana dalam Microsoft Excel ada fungsi filter dan juga fungsi logik yang boleh digunakan terhadap senarai penerima vaksin yang sudah tentu berjuta-juta jumlahnya.

Microsoft Excel adalah satu perisian mengira dan sebagai menguruskan database yang powerful buat individu dan syarikat yang kecil. Tetapi ia bukanlah tidak ada had dan batas kepada kemampuannya.

Sebenarnya kekurangan dan risiko menggunapakai Microsoft Excel ini sudah pun terbukti di mana pada akhir tahun 2020 telah berlaku hilangnya hampir 16 ribu data melibatkan keputusan ujian Covid-19 oleh pihak Kesihatan Awam England.

Pihak kesihatan tersebut telah menggunapakai Microsoft Excel untuk tujuan mengekstrak database yang diterima. Namun demikian apabila Microsoft Excel cuba menukar satu fail jenis CSV ia tidak mampu melakukannya dengan baik. 

Ini kerana Excel hanya mengandungi 1,048,576 juta baris ataupun row. Excel yang digunakan oleh pihak Kesihatan England itu adalah versi lama yang hanya mempunyai 65, 536 baris. Maka berlakulah error apabila ia hendak memproses jumlah senarai yang lebih besar.

Jika Excel hendak digunakan untuk memproses jumlah senarai penerima vaksin yang berjumlah berjuta-juta tentulah ia tidak dapat digunakan dalam satu sheet. Sebenarnya dalam satu sheet itu pun tidak akan sampai senarai sejuta kerana terdapat elemen lain juga akan disertakan bersama senarai-senarai nama.

Oleh itu bagi database yang besar seperti penerima vaksin adalah tidak sesuai menggunapakai Excel. Ini kerana risiko kesilapan akibat kemampuannya yang terhad boleh membawa kemudaratan dari aspek keselamatan kesihatan.

Microsoft Excel lebih sesuai adalah bagi jumlah data yang kecil atau pada satu jumlah yang dapat diuruskan oleh perisian tersebut.

:->

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...