Dalam sesi ini akan lihat mengenai makanan yang tepat
untuk otak anda. Anda sudah pasti maklum bahawa pemakanan yang optimum adalah
faktor paling penting dalam menjaga kesihatan otak anda. Memilih makanan untuk
otak bukanlah sesuatu yang kebanyakan dari kita tahu bagaimana untuk
melakukannya.
Kita mungkin tahu bagaimana untuk menurunkan berat badan
atau bagaimana untuk menjaga jantung kita sihat tetapi kita tidak pernah
memikirkan bagaimana diet yang kita pilih dapat mempengaruhi otak kita.
Setiap nutrisi yang anda masukkan ke dalam mulut anda bakal
menjadi bahan mentah yang akan membina struktur sel otak anda seterusnya menjaga
semua sistem komunikasi di dalam otak berjalan dengan lancar. Dengan itu anda
boleh berfikir, beremosi, belajar dan mengingati.
Sekiranya anda ingin merasai otak yang kuat dan menjaga otak
agar sentiasa hebat anda perlu mengeluarkan senarai makanan-makanan atau
perkara yang tidak baik dan memasukkan makanan dan perkara yang baik. Ini termasuklah
anda melakukan terhadap pilihan jenis makanan dan juga pilihan anda untuk
menjalani apa bentuk gaya hidup anda.
Lihat, ramai di antara kita kurang mendapat makanan yang
baik, terlalu sedikit nutrisi, cahaya semulajadi yang tidak mencukupi, tidak
cukup udara bersih atau air.
Juga tidak cukup rehat atau tidur, pergerakan aktif atau
senaman yang kerap, tidak bermasyarakat, berhubungan, kasih sayang atau perkara
yang mempunyai makna dan tujuan dalam hidup kita.
Kira terdedah kepada banyak produk makanan yang
berkualiti rendah, merasakan terlalu banyak tekanan, diganggu begitu banyak
toksin dan banyak alergen dalam diet dan persekitaran kita.
Berita baiknya pula ialah, dengan mengamalkan strategi
pemakanan yang saya akan berikan, anda boleh menjaga dari elemen-elemen buruk tersebut
seterusnya membina otak terbaik yang ideal untuk diri anda.
Mula-mula, mari kita mulakan dengan bercakap mengenai
gula, dan ia adalah topik kegemaran saya. Sekiranya anda pernah makan beberapa produk
dari gula, dan kemudiannya anda berasa down, anda sudah tahu bagaimana gula boleh
menyumbang kepada kemurungan. Malah,
banyak kajian telah mengesahkan pengambilan gula yang tinggi adalah berkait
rapat dengan kemurungan.
Sudah tiba masanya untuk menjadi detektif dengan menyiasat
sendiri dan mengelakkan sumber gula dalam diet anda yang sebenarnya lebih banyak
daripada yang anda fikirkan. Purata rakyat Amerika Syarikat menggunakan kira-kira
152 paun gula setahun. Itu adalah purata bagi kira-kira 22 sudu sehari untuk
setiap individu di Amerika Syarikat.
Sesetengah kanak-kanak pula mereka mengambil 34 sudu teh gula sehari dalam pemakanan mereka. Itu adalah melebihi 20 auns soda. Hampir 1 daripada 4 remaja kita yang menghidapi diabetes atau pre-diabetis. Kes-kes seperti ini tidak ada kita temui dahulu.
Dr Mark Hyman adalah seorang Doktor yang pakar dalam pengubatan berasaskan fungsi. |
Semasa saya belajar di sekolah perubatan, saya tidak pernah menjumpai remaja yang ada pre-diabetik atau pun diabetes type-2.
Dan tahukah anda bahawa tepung sebenarnya menaikkan gula dalam
darah kita dengan lebih lagi, malah melebihi gula meja, bahkan melebihi seluruh
tepung gandum.
Oleh itu, saya cadangkan supaya kita mengeluarkan semua
karbohidrat yang telah diproses secara kilang dan gula dari diet anda,
terutamanya sirap jagung fruktosa yang tinggi kandungan gulanya.
Dan sekiranya anda ingin mengambil sedikit gula
sekali-sekala dan dalam waktu tertentu sahaja perlulah anda ingat dan
berhati-hati bahawa ia bukan makanan ruji anda. Jangan jadi seperti apa yang diamalkan
oleh kebanyakan rakyat Amerika ketika ini.
Langkah seterusnya adalah untuk makan makanan yang tulen,
maksudnya ialah makanan organik, segar, buatan tempatan dan tidak diproses di
kilang.
Ini bermakna anda perlu makan buah-buahan dan sayuran
yang berwarna-warni. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni ini penuh
dengan khasiat yang merangsang otak seperti phytochemicals atau phytonutrients.
Ini adalah bahan yang wujud dalam tumbuh-tumbuhan yang tidak
ditemui dalam mana-mana vitamin, mineral, protein, lemak, karbohidrat atau
serat. Phytochemicals dan phytonutrients adalah bahan kimia semulajadi ajaib dalam
tumbuh-tumbuhan yang membantu dalam penyembuhan.
Warna makanan dari sayur dan buah-buahan yang gelap dan
garang, warna merah, kuning, oren, hijau dan biru ini bermakna ia mengandungi
makanan anti-radang, detoksifikasi, makanan antioksidan yang kuat yang juga
meningkatkan tenaga dan memperkasakan kemampuan otak. Dengan memakan makanan
ini ia dapat memelihara prestasi otak anda dengan hebat sekali.
Nikmatilah makanan anda.
Sekali lagi, senarai pelbagai makanan tumbuhan yang
berwarna-warni adalah seperti blueberries, berdaun hijau seperti kale, chard
Swiss, bayam, watercress dan arugula. Semua ini sangat kuat khasiatnya.
Malah coklat hitam juga adalah baik untuk otak anda.
Semua buah-buahan dan sayuran yang berwarna-warni ini
dipanggil "karbohidrat lambat serap" dan ia berbeza dengan
karbohidrat yang cepat diserap.
Cauliflower (Kembang kol) dan ais krim jatuh ke dalam
kategori karbohidrat yang sama. Tetapi seperti yang anda tahu, kategori
sebelumnya adalah sihat dan yang kedua tidak begitu sihat.
Memakan makanan berasaskan tumbuhan yang banyak serat, bersama
sedikit kacang, bijirin yang tanpa mengandungi gluten, tumbuhan jenis biji
(seeds), semua ini akan membantu mengoptimumkan kesihatan badan anda dan
memastikan toksin keluar dari badan seterusnya memastikan adanya bakteria yang
sihat dalam usus anda. Dan seperti anda maklum,
usus yang sihat bermakna otak yang sihat.
Seterusnya, saya meminta anda makan banyak lemak yang
sihat kerana otak anda terdiri daripada lemak dan lemak adalah nutrien yang
paling penting otak kita. Malah 60% daripada otak anda terbuat dari DHA, iaitu
lemak omega-3 yang anda dapatkan dari alga dan ikan juga dari sumber susu ibu.
Otak saya bekerja dengan baik sebelum ini, tetapi mengamalkan
pengambilan lemak, lemak tepu yang baik, seperti minyak kelapa dan minyak MCT
ia melonjakkan prestasi minda saya melebihi hadnya.
Saya menyediakan pelan makanan lemak yang sihat dan
terperinci dalam buku baru saya "Makan Lemak, Dapat Kurus" (Eat Fat,
Get Thin).
Sekarang pada masa yang sama, saya mahu anda membuang
lemak buruk. Selama ini, kita telah disarankan untuk mengelakkan lemak tepu, sebaliknya
kita disarankan makan minyak sayuran walaupun ia diproses dan berbagai lemak
lain yang tidak sihat.
Sekarang telah didapati yang jenis lemak seperti ini tidak
baik untuk otak anda. Malah kajian telah menunjukkan bahawa lemak jenis omega-6
daripada sayur-sayuran ini berkaitan rapat dengan gejala peningkatan jenayah bunuh,
bunuh diri, keganasan dan jenayah-jenayah lain.
Lemak-lemak jenis ini adalah toksik kepada otak, dan ia
membuatkan otak yang meradang (brain inflammation).
Menarik untuk diperhatikan bahawa empat hingga lima juta
tahun dahulu manusia bergantung kepada pemakanan dari laut di mana makanan laut merupakan sumber
utama lemak.
Pada ketika itu, tidak ada minyak biji atau minyak kacang
yang kita gunakan sekarang untuk memasak segala-galanya termasuklah kentang
goreng, donat dan makanan yang dibungkus.
Kita perlu bertanya kepada diri
sendiri apa yang berlaku kepada minda dan badan kita apabila pemakanan kita berubah
secara radikal selepas itu. Maksud saya
ialah sebenarnya jumlah minyak kacang soya dalam diet kita benar-benar tidak
selamat. Ia adalah kira-kira 10% daripada kalori kita secara keseluruhan, dan terdapat
sejumlah yang banyak glyphosate dari racun Roundup, yang merupakan racun herba yang
berkait dengan GMO.
Para penyelidik mendapati kes jenayah bunuh di United Kingdom meningkat
secara mendadak dengan peningkatan penggunaan minyak soya daripada asid
linolenik. Sekarang perkara yang sama
berlaku di Amerika Syarikat, juga di Australia, Inggeris Kanada dan Argentina.
Sebaliknya, kadar kes jenayah pembunuhan adalah lebih
kurang di negara yang mana penduduknya di dalam persekitaran diet makanan laut,
bermakna mereka lebih banyak mengambil makanan laut sebagai diet, contohnya di
Jepun.
Saya menekankan ada alasan yang baik untuk menjauhkan
diri dari lemak yang tidak sihat seperti minyak sayuran, lemak trans, tetapi
pada masa yang sama ambillah makanan mengandungi banyak lemak yang sihat
seperti lemak ikan, kacang dan biji-bijian (seeds), minyak zaitun, buah avocado,
dan lemak tepu yang berkualiti baik seperti minyak kelapa.
Protein juga memainkan peranan utama dalam kesihatan
otak. Kita memerlukan kira-kira 30 gram protein setiap hidangan untuk membina
otot. Dan apabila anda kehilangan otot anda lebih cepat umur dan ia memberikan
kesan buruk kepada otak anda.
Oleh itu, anda ingin makan kira-kira 4 hingga 6 auns
protein pada setiap hidangan termasuk telur omega-3, kacang dan biji-bijian,
daging dari haiwan yang diberikan makan rumput, lemak dari ikan yang tidak
dipelihara.
Telur omega-3 mempunyai banyak khasiat kepada otak pilihan baik untuk dimasukkan ke dalam senarai diet. |
Akhirnya, saya mahu anda menambah suplemen dengan cara yang
bijak. Saya sarankan anda mengambil multivitamin berkualiti tinggi, magnesium,
Vitamin E3 dan omega-3 dalam bentuk minyak ikan. Saya juga menggalakkan anda
mengambil probiotik serta vitamin B, folat, B6, dan B12. Ini semua perlu untuk fungsi otak yang optimum.
Dengan mengikuti beberapa langkah sahaja, secara dramatik
boleh menambahbaik kesihatan anda dan otak anda. Kemudian, kita akan bercakap
tentang punca utama gangguan otak termasuk ketidakseimbangan hormon,
keradangan, tekanan, usus, dan banyak lagi.
Saya jumpa anda di lain masa.
Terjemahan Bebas Incikposmen
Terjemahan Bebas Incikposmen
No comments:
Post a Comment