Monday 25 August 2014

Kajian terkini! Agensi perlancongan US masih beranggap Malaysia destinasi menarik selepas MH 370 dan MH 17.

1) Agensi-agensi perlancongan Amerika Syarikat masih lagi menganggap Malaysia sebagai negara yang menarik untuk dilawati walaupun selepas kejadian MH 370 dan MH 17. Ini adalah berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh Tourism Malaysia yang mempunyai pejabat di New York.
2) Kajian ini juga menunjukkan bahawa agensi-agensi perlancongan Amerika Syarikat beranggapan MAS tidak harus dipersalahkan atas 2 kejadian malang tersebut.

3) Walaupun setelah 2 kejadian kemalangan itu berlaku, jumlah pelancong yang melawat Malaysia meningkat secara sederhana. Ini mengesahkan lagi kebenaran kajian terhadap persepsi agensi-agensi perlancongan tersebut.

Pandangan incikposmen

Berdasarkan liputan media antarabangsa MAS sememangnya diiktiraf sebagai satu penerbangan yang mempunyai rekod yang baik. Komen-komen dan reaksi daripada netizens antarbangsa juga menunjukkan mereka seronok menaiki MAS kerana hospitality-nya.

Dalam satu segi yang lain, kejadian malang ini juga menunjukkan sebenarnya MAS mempunyai rekod penerbangan selamat yang cemerlang. Ini kerana ianya menunjukkan bahawa MAS memiliki juruterbang yang berkualiti dan tidak dikenali terlibat dalam kecuaian. Untuk menjatuhkan sebuah kapal terbang MAS, ia perlu di hijack, ditembak dengan peluru berpandu atau di apa-apakan dengan cara jahat.

Sumber berita Bernama di sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...