Wednesday, 13 August 2014

Dr Asyraf Wajdi adalah Saksi Pakar dalam kes mahkamah Bank Islam vs Tan Sri Khalid.

ISU BANK ISLAM DENGAN TAN SRI KHALID TIADA KAITAN UMNO

Dakwaan Rafizi Ramli yg menuduh berlakunya penyelewengan Tan Sri Khalid dalam kesnya dengan Bank Islam adalah satu fitnah besar apatah lagi berniat jahat dengan mengaitkannya dengan UMNO. 


Kes Bank Islam vs Tan Sri Khalid amat dekat dengan saya kerana keterlibatan saya secara aktif dalam industri kewangan Islam. Saya sendiri pernah ditawarkan menjadi saksi pakar bagi pihak Bank Islam pada tahun 2009 sebelum Akta Bank Negara 2009 dipinda yg memberi kuasa kepada Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara selaku badan tertinggi dan pemutus dalam hal ehwah Syariah yang menyentuh institusi2 kewangan termasuk perbankan dan takaful. Di bawah Akta ini, pandangan pakar luar tidak lagi diperlukan kerana Mahkamah harus terus merujuk kepada MPS Bank Negara. 


Dalam kes Tan Sri Khalid isu penyelesaian di luar mahkamah langsung tiada kaitan dengan penyelewengan mahupun perjanjian 'bawah meja'. Ia melibatkan dua isu besar iaitu: (1) perselisihan mengenai isu2 Syariah yang menyentuh kontrak Bai' al-'Inah dan kaedah perlaksanaannya termasuk isu 'inter-conditionality', 'pre-signed documents' dan muwaataah. (2) keabsahan Akta Bank Negara 2009 khususnya melibatkan kedudukan MPS yang terkait dengan isu Perlembagaan iaitu pemisahan kuasa (separation of power) antara badan kehakiman, eksekutif dan legislatif. 

Beberapa kerumitan yang terkait dengan isu2 inilah yang akhirnya menjurus kepada persetujuan kedua2 pihak untuk menyelesaikan perselisihan di luar mahkamah. Maaf selebihnya saya tidak dapat berkongsi kerana terkait dengan kerahsiaan dan kepentingan awam yang melibatkan pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia.

Persoalan besar yg perlu ditanya kepada Rafizi dan PKR, kenapa baru sekarang isu ini ditimbulkan walhal kes Bank Islam ini sudah berlarutan di pelbagai peringkat Mahkamah sebelum Tan Sri Khalid menjadi MB lagi? Mengaitkannya dengan UMNO juga adalah satu fitnah dan tohmah yang jahat dalam usaha mengkambing-hitamkan pihak ketiga dalam masalah dalaman kronik PKR yg bersungguh2 ingin menobatkan isteri Ketua Umumnya sebagai MB.

Oleh DR ASYRAF WAJDI DUSUKI Via Facebook.


Ulasan


Walaupun Bank Islam menjalankan perbankan Islam berdasarkan tafsiran Panel Syariahnya terhadap Al-Quran dan As-Sunnah (di Malaysia tafsiran tersebut lebih kepada dominan Mazhab Syafie), ia juga adalah satu Bank yang menjalankan business perbankan yang bermaksudkan keuntungan.

Panel syariah terdiri daripada tokoh-tokoh dan pakar fiqh dan perbankan Islam yang mengeluarkan pandangan ataupun ijtihad terhadap hukum harusnya sesuatu produk itu. Hukum harus ini diputuskan setelah ijtihad dibuat berdasarkan tafsiran fiqh.

Kadangkala sesuatu produk yang diasaskan atas konsep tertentu dan dinamakan berdasarkan konsep yang diambil dari Al-Quran atau As-Sunnah tidak sebenarnya mewakili konsep itu. Disinilah peranan peguam mencabar konsep-konsep ini dan cuba membuktikan di mahkamah bahawa ianya adalah konsep yang tidak mewakili apa yang disebut dalam konteks Al-Quran dan As-Sunnah tersebut.

Sekiranya suatu konsep produk perbankan Islam didapati tidak menepati konsep sebenar, maka produk itu boleh diputuskan sebagai terbatal kerana tidak selari dengan konsep yang didakwanya. Akibatnya sesuatu perbankan Islam itu menghadapi risiko tindakan mahkamah oleh sejumlah pengguna produk tersebut. Bagi mengelakkan risiko kerugian yang besar, Bank   secara praktikalnya mungkin menyelesaikan secara di luar mahkamah bagi mengelakkan satu penghakiman precedent.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...