Proton melalui proton Exora REEV telah berjaya memenangi untuk dua kali berturut-turut Kereta Pelbagai Guna Cekap Tenaga Terbaik dalam perlumbaan berprestij tahunan Cabaran Kereta masa Depan Brighton London RAC (FCCBTL-RAC) dalam tahun 2010 dan 2011. Manakala anugerah Kenderaan Elektrik Jarak Tambahan (E-REV) pula, Proton telah memenanginya dengan berkongsi bersama Toyota.
Program Test Fleet kemudiannya telah dilancarkan untuk menguji prototaip kereta-kereta elektrik Proton oleh pihak kerajaan dan agensi-agensinya. Ianya disasarkan untuk diproduksi secara besar-besaran dalam tahun 2013. Namun demikian, program Proton tersebut dinilai semula berikut perkembangan terbaru.
Bagi operasi kenderaan eletrik, faktor takrif elektrik menjadi satu pertimbangan. Selain itu, industri melihat kesesuaian permintaan pengguna di pasaran, perkembangan terbaru memperlihatkan permintaan pasaran adalah lebih kepada kereta jenis hybrid berbanding kereta elektronik. Prasarana bagi kereta elektrik juga masih belum memadai bagi menampung kenderaan berunsurkan elektrik.
Potensi untuk permintaan kereta elektrik perlu diambil peluang oleh Proton. Kadangkala permintaan terhadap sesebuah produk itu boleh tercipta kemudiannya. Contohnya, siapa sangka pada suatu ketika permintaan terhadap hand phone bersaiz besar berlaku kerana perkembangan saiz handphone pada ketika itu semakin kecil dan kecil. Rupa-rupanya hand phone bersazi besar seperti 5 inci malah 7 inci mampu menarik perhatian sekiranya didatangkan dengan ciri-ciri yang menarik kepada pengguna.
Selain itu juga kenderaan elektrik mempunyai manfaat kepada alam sekitar. Bayangkan sekiranya anda berada di tengah panas terik di Malaysia pada ketika ini. Satu suasana panas yang tidak pernah anda alami dalam tahun 1980-an ke bawah. Diburukkan lagi dengan penebangan pokok-pokok hutan yang berleluasa dan masalah jerebu. Oleh itu penggunaan kereta eletrik dengan meluas dapat membersihkan udara dan menjadikan suasana lebih sejuk dan sihat.
Diharap projek kereta elektrik ini bakal terlaksana juga akhirnya.
Artikel berkaitan
Sebuah artikel terkini oleh kolumnis Utusan yang membincangkan perkembangan terbaru Proton tersebut.
Berita Utusan yang berkaitan dalam tahun 2011.
No comments:
Post a Comment