Ketika ini banyaklah analisa, komentar, artikel dibuat oleh para blogger yang datang daripada berbagai latarbelakang. Tidak kiralah mereka itu insider kepada PAS atau pun outsider.
Incikposmen sendiri pun ada mengeluarkan beberapa artikel atau pun komentar berkenaan perkara ini. Walaupun Incikposmen bukanlah satu blog politik yang dibayar oleh orang-orang tertentu, blog ini merasakan pentingnya keprihatinan terhadap isu semasa yang melibatkan ummah.
Ini kerana kehidupan dunia ini hanyalah sementara, tujuan kita hidup bukanlah semata-mata bersantai-santai menikmati secret recipe, noodle station, starbucks, kfc dan bersiar-siar dan shopping dalam mall. Atau pun semata-mata menjalankan bisnes yang menguntungkan berlipat kali ganda. Atau berlumba-lumba mendapat pengaruh politik. Bagi yang berkerja kerajaan pula, menerima gaji, naik pangkat dan kuasa.
Kematian itu adalah sesuatu yang pasti dan akhirnya kita ditanya mengenai amalan sewaktu di dunia.
Sedangkan keprihatinan kita terhadap ummah dan agama yang benar ini adalah antara modal kita menghadapi persoalan itu.
Berbalik kepada persoalan tadi...
Siapakah PAS sebenarnya? Persoalan ini pernah dibangkitkan di sini. Sebagai reaksi kepada artikel Mr Azmi dalam The Star. Will the real Pas stand up, tanya beliau.
Adakah Mr Azmi sekarang ini dapat menerima selepas muktamar baru-baru ini, the real PAS sudah berdiri?
Rata-rata menyatakan 2/3 daripada grassroot PAS menyokong puak yang memenangi pemilihan Muktamar baru-baru ini. Manakala 1/3 yang lain menyokong pihak yang kalah. Senang ceritanya yang menang dinamakan geng ulama manakala yang kalah adalah Anwarinas.
Hairan jugalah kalau ada yang beriya-iya menyokong PAS tanpa tahu kewujudan dua blok ini. Pelik tapi benar, ramai yang macam itu rupanya. Itu yang jadi macam mi segera. Cepat masak dan cepat pula kembangnya. Cepat masuk PAS, cepat pula keluarnya.
Sewaktu Mr Azmi menulis artikel itu, seolah-olah beliau memanggil berdiri kepada real PAS yang pada pandangan beliau adalah majoriti. Memahami beliau dan kenapa artikel itu keluar di The Star, sudah tentulah harapan beliau itu bukan kepada geng ulama. Tetapi kepada Anwarinas yang telah mula menguasai PAS, terutamanya dari segi media massa samada tradisional atau pun di alam internet. Satu puak yang dilihat progressif, tidak totok dan boleh co-existent atau hidup bersama-sama DAP dan PKR sosialis (Meminjam istilah Presiden PAS).
Jika melihat ketika itu betapa ramainya tokoh Anwarinas yang telah menjawat jawatan penting di dalam struktur PAS, ditambah pula yang dipilih menjadi wakil MP atau pun DUN serta yang memegang jentera media, memanglah seseorang itu boleh mempunyai persepsi yang Anwarinas ini hampir-hampir menguasai PAS.
Ini kerana mereka tidak faham apa yang membuat PAS itu menjadi PAS.
PAS ini terbentuk atas satu tafsiran kepada teks Al-Quran dan As-Sunnah. Dan ini adalah fundamental.
Antara tunggak utama Ulama PAS ketika ini yang gigih mempertahankan fundamental dalam PAS. |
Bila disebut satu tafsiran, maknanya adalah juga tafsiran-tafsiran yang lain. Tetapi ini nak menyatakan yang kewujudan PAS yang fundamental ini hanya dapat diatasi oleh fundamental yang lain. Atau pun tafsiran yang lain yang sama tarafnya.
Inilah yang menjadi punca utama kenapa geng Anwarinas gagal dalam usaha mereka. Kerana mereka tidak berupaya menggugat fundamental itu tadi. Tafsiran yang mereka cuba ketengahkan hanyalah bertaraf cabang atau branch dan bukan fundamental.
Hendak dikatakan semua tidak faham pun tidak juga. Kerana satu pihak disana itu sangat memahami perkara ini. Mereka telah membuat penyelidikan bertahun-tahun lamanya bagi memahami konsep ini. Mereka telah menghasilkan formula-formula hasil kajian ampuh mereka. Mereka ada dana yang besar bagi melaksanakan perancangan. Cuma mereka itu bukan Islam.
Mereka memerlukan orang Islam untuk menjalankan agenda mereka.
RAMALAN PASCA MUKTAMAR
Lupakan dan kehidupan terus seperti biasa?
No.. no.. no.. my friends. Politic here is about power and money. They will kill for power and money.
Jika kepentingan mereka tergugat, sedangkan mereka telah invest bermacam-macam sama ada dalam bentuk duit, tenaga dan segalanyalah.
Uncle Tony wants you!! Anwarinas only!! |
Mereka takkan lupakan. Macam mafia lah. Ataupun boleh dikiaskan macam pinjam duit dengan ah long. Nak ke ah long tu cincai-cincai lupakan hutang tu?
Bila dia orang tak puas hati adalah agenda mereka nanti. Jika ideologilah yang menjadi musuh mereka, maka mereka akan bergerak untuk membunuh ideologi itu. Dalam Islam iman tu ideologi ke?
Kalau keimanan ahlul-ahlul PAS itu yang menjadi rintangannya, itulah yang perlu diketepikan supaya matlamat tercapai. Mereka merasakan matlamat mereka hampir-hampir sahaja tercapai. Tetapi sayangnya kata mereka, ada pula yang melintang di tengah jalan. Geng Ulama.
Dah tu..
Selepas ini diramalkan berlakunya pertembungan ideologi. Peperangan ideologi ini berlaku tidak kira PAS itu berpecah atau tidak. Sama ada Pasma itu keluar dari PAS jadi parti politik atau pun Pasma dan kuncu-kuncu Anwarinas itu masih di dalam PAS.
Mereka akan berperang di dalam atau di luar. Desakan daripada pihak di belakang mereka itu akan mendorong agenda-agenda tertentu untuk dilaksanakan. Makanya ahlul-ahlul sekalian, silalah buat pilihan. Dimanakah anda? Kenapa anda disitu dan anda nak pergi mana? Ye Tuan Haji..
Eh.. Tolonglah.. kalau nak masuk satu-satu parti tu kajilah dulu. Parti sendiri pun tak kenal.
Mampukah El-Haraki menghadapi ombak serangan mereka selepas ini? |
No comments:
Post a Comment