Tuesday 12 April 2016

Kisah Dr Zakir Naik Ditahan Di Lapangan Terbang Kerana Disyaki Pengganas


Kejadian selepas insiden 911 (2001).

Dr Zakir Naik berkata;

Saya telah pergi ke USA dalam bulan Oktober 2003, ke Los Angeles. Saya telah bersiap-siap dengan memakai tai, kod, sedia berjanggut dan berkopiah. Saya sudah bersedia untuk disoal jawab (semasa masuk ke lapangan terbang USA).

Semasa saya masuk ke imigresen USA itu, pihak berkuasa melihat saya berjanggut dan memakai kopiah. Terus saya diarahkan untuk pergi menjalani inkuiri (soal-jawab) sebab itu. 

“Kenapa kamu nak masuk ke sini?”

Saya jawab, "saya datang untuk menerima anugerah”.

“Anugerah apa?”
Saya jawab “anugerah untuk (jasa kepada) kemanusiaan/humanity”. 

Penganjur di Los Angeles, USA menganugerahkannya untuk saya kerana jasa kepada kemanusiaan.

“Apa jasa yang kamu dah beri?”

Saya jawab “Saya menyebarkan kebenaran. Jesus PBUH telah berkata, 

"Itulah kebenaran yang akan membebaskan semua”. Gospel John,Chapter 3 Verse 32.

Saya membuat perkara serupa. Saya seorang daie / pendakwah kepada agama yang benar.

Pihak berkuasa bertanya macam-macam tetapi bagi memendekkan cerita, saya dibawa ke Kastam dan beg saya dibuka. Mereka menemui video kaset di dalamnya bertajuk “Jihad dan Keganasan”.

Mereka tanya saya “Kamu percaya kepada Jihad?”
Saya jawab “YA”.

Sedang Jesus PBUH percaya kepada jihad dan berkata “Kamu harus berjuang / bersungguh-sungguh”. Sebab itulah saya pun kena berjuang sebagaimana yang Jesus percaya itu. 

Dia berkata “Bukan.. bukan.. maksud saya adakah kamu percaya kepada berperang?”

Saya katakan itu pun disebut dalam bible.

Book Of Exodus, Chapter 22, verse 20. “Kamu wajib berperang”

Book Of Exodus, Chapter 22, verse 27-28. “Kamu wajib berperang”

Book Of Numbers, Chapter 31, verse 1-19. “Kamu wajib berperang”

Gospel of Luke, Chapter 22, verse 36. Jesus berkata “Ambil pedang dan berperanglah”

Kemudian, pegawai Kastam USA itu yang juga seorang beragama Kristian membantah dengan tegas, 

“Bukan! Bukan! Itu adalah atas sebab mempertahankan diri!”.

Saya jawab kembali “Itulah yang saya orang Islam buat, iaitu untuk mempertahankan diri!”.

Dr. Zakir Naik dikhabarkan telah ditanya berbagai-bagai soalan mengenai agama-agama di lapangan terbang itu kerana pegawai-pegawai bertugas di situ hairan dengan individu seperti Dr Zakir Naik yang mengetahui kandungan pelbagai kitab agama seperti Bible, Torah, Mahabrata, Bhagwat Gita dan lain-lainnya. Walaupun ketika itu security di lapangan terbang sangat ketat khususnya kepada orang Islam tetapi berkat ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan yang ada pada diri Dr Zakir, beliau dapat menghadapi kesulitan tersebut. 

Kesemuanya dengan izin Allah jua. Semoga Allah merahmati Dr Zakir dan umat Islam semuanya. 

sumber : https://www.youtube.com/watch?v=_QjqyFtlfKY&nohtml5=False
https://zakirnaikqa.wordpress.com/dr-zakir-naik/salient-skills-of-dr-zakir-naik/


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...