Friday 8 April 2016

Adab berbahasa Melayu


Saya pernah tanya seorang arab ni senang tak berbahasa melayu. Saya terkejut bila dia kata bahasa melayu ni susah. Saya tanya kepada dia kenapa susah, sebab bahasa Melayu ni antara bahasa yang ringan. Tatabahasa dia agak simple kalau nak banding dengan bahasa Inggeris atau Arab. Bahasa Inggeris, "dia" tu lain bagi lelaki dan perempuan (he dan she).

Dalam Arab pulak, bukan setakat itu, variasi satu, dua dan tiga lebih itu sahaja ada format perkataan dia sendiri. Contoh kalau kamu tu ada untuk seorang, dua orang dan lebih. Kena tahu pattern dan variasi perkataan yang banyak. Belum tengok benda lain lagi.

Jadinya, kenapa jadi susah? Bahasa arab lagi susah dan bahasa yang berat. Arab ni cakap bahasa Melayu ni susah sebab....


Dia cakap bahasa Melayu ni bab ringan tu memang ringan, tak banyak grammar, nahu saraf macam bahasa Arab. Tapi bahasa Melayu susah bila dibawa bercakap. Bila cakap dengan kawan-kawan lain bahasa, cakap dengan orang tua lain bahasanya, cakap dengan cikgu pun lain.

Bercakap dengan orang baru kenal tak sama pula dengan orang yang dan lama dengan kita.

Bahasa melayu tak menggunakan awak, kamu atau anda bila bercakap dengan orang yang lebih tua. Bahasa melayu tak panggil orang yang lebih tua dengan panggilan orang itu seperti Haslina, tetapi memanggilnya dengan gelaran sesusi dengan usianya seperti kakak, makcik atau nenek.

Jika tidak boleh juga panggil dengan gelaran yang menjadi anugerah sperti Dato', Tan Sri kalau kita maklum. Zaman sekarang ini ada pula gelaran Dr samada jalan medic ataupun akademik Phd. Bolehlah kita panggil makcik tu Dr sebab itu satu norma yang diterimapakai semua orang.

Bila saya mendengar alasan orang arab ni tadi barulah saya terbuka mata. Ada juga orang bukan melayu yang beranggapan bahasa melayu ni susah. Sedangkan bahasa Arab ni dikatakan orang antara bahasa yang susah dikuasai antara bahasa dunia.

Bahasa melayu ni mementingkan adab bila berbahasa. Itulah nilai yang ada pada bahasa Melayu. Kalau nilai ni hilang memang ringan sangatlah bahasa melayu ni. Saya sebenarnya sedikit bangga bila seorang Arab macam ni kata bahasa melayu ni susah.

Tapi bahasa Melayu Malaysia ini perlu diperkasakan. Baru-baru ini bahasa Melayu Indonesia dimasukkan sebagai dalam 10 bahasa yang paling digunakan oleh dunia. Saya lihat Indonesia ini giat memajukan bahasa Melayu mereka dengan memperbanyakkan vocab yang ada termasuklah mencipta perkataan-perkataan baru. Untuk menjadi bahasa ilmu yang mantap.

Sebagai negara yang nak maju, kita juga kena majukan bahasa dan adab kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...