Saturday 2 April 2016

Kena Pukau


Ketika saya membaca posting facebook daripada Malaysian Respond Team mengenai laporan seorang kena pukau semasa mengeluarkan duit di ATM, sehingga dia kerugian seluruh simpanan dalam banknya ketika itu. Ini menunjukkan betapa bahayanya pukau ini.

Tetapi isunya pula, pukau ini tidak diiktiraf dalam perundangan moden kerana undang-undang kita hanya mengiktiraf perkara-perkara yang dapat dikesan dengan pancaindera 5. Kanun Keseksaan contohnya, tidak memperuntukkan hukuman jika seekor jin membunuh manusia. Juga tidak ada hukuman jika seekor jin meragut beg tangan manusia. Tidak ada juga hukuman bagi orang yang melakukan sihir terhadap orang lain.

Pukau ni bagi saya mmg ada. Pengalaman saya pernah ada 2 org keturunan afghanistan arab @ pushtun datang jumpa saya sebaik sahaja saya selesai solat di satu masjid.

Rakannya itu memperkenalkan seorang lagi sebagai mufti dari Afghanistan. Lepas tu mereka ni pun mulalah cerita nak minta derma bagi satu sekolah mereka di Afghanistan sana.

Pada ketika itu saya pun terasalah nak buat amal kebajikan dan bagilah mereka ni 100. Tapi peliknya bila dah dapat 100 tu dia mula cerita pasal rumah kebajikan yang lain pulak.

Saya pun pelik biasa kalau org minta derma mestilah bagi penerangan sekaligus. Ni ada 2 kali pulak. Walaupun pelik, sy pun fikir tak apalah, bagi juga mereka ni 50. Kurang dari tadi.

Yang jadi pelik lepas tu mereka bercerita pulak kali ke-3. Sekolah manalah pulak. Waktu tu saya dah mula syak wasangka.

Tapi sebab mereka ni minta secara baik takdalah bukti2 jenayah tu. Jadinya, saya pun cakaplah secara baik yang itu sahajalah kemampuan saya untuk bagi derma. Kemudian saya melihat rakan yang dikatakan mufti itu memberikan isyarat mata supaya dia berhenti.

Sebenarnya ketika itu saya masih cuba berbaik sangka. Mungkin cara mereka ni memang meminta derma sampai 3 kali begitu. Tetapi saya tertanya juga kalau diberikan derma yang ke-3 adakah mereka akan minta derma ke-4 dan seterusnya.

Oleh kerana saya ada tahu perkataan arab sedikit saya pun cubalah berbual dengan mufti Afghanistan tersebut dalam bahasa Arab.

Tetapi nampaknya, beliau tak dapat menjawab ayat pertanyaan saya dari bahasa Arab yang begitu asas itu. Pada pendengaran saya jawapan beliau itu adalah dalam bahasa Afghanistan/pushtun atau Pakistan. Mungkin juga mufti-mufti di sana tak mendapat pendidikan bahasa arab yang sempurna. Fikir saya ketika itulah.

Tetapi ketika itulah saya melihat wajah-wajah mereka menunjukkan kegelisahan. Oleh kerana tidak mahu duduk lama lagi saya pun meminta diri untuk meneruskan perjalanan.

Berbulan lamanya kemudian, ketika saya membelek timeline facebook saya terlihat satu posting yang menunjukkan adanya 2 orang yang didakwa menipu dan pukau. Juga mereka mendakwa sebagai mufti. Nampak kelibat itu seakan-akan 2 orang yang bertemu saya di masjid kelmarin. Tetapi kerana gambar tidak jelas tak dapatlah saya mensabitkan bahawa mereka itulah yang saya bertemu itu hari.

Saya juga terfikir, jika benar ia adalah pukau maka mereka sebenarnya akan meminta-minta derma itu sehingga mangsa kehabisan duitnya. Dalam kejadian di masjid itu saya sendiri merasakan seolah-olah ada satu stimulasi yang mendesak saya supaya menderma. Oleh kerana menderma itu memangnya suatu kebajikan dan amalan yang baik maka tidaklah saya merasakan itu satu keganjilan.

Apa-apa pun saya cuma berharap sedekah RM150 itu diterima oleh Allah hendaknya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...