Wednesday 27 April 2016

Kisah Bisnes : Apabila Sumber Kewangan Merosot

Kejatuhan harga petrol mengakibatkan sumber kewangan negara terjejas kerana negara banyak bergantung kepada minyak. Apabila sumber dana yang mengecil dan terhad ia memberikan kesan secara langsung kepada operasi yang hendak dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan yang menerima dana dari kerajaan.

Dana yang diterima tidak sama seperti masa lepas ketika harga minyak semakin menaik dan memberikan keuntungan besar kepada negara. Apabila terhadnya sumber kewangan, antisipasi ialah kemungkinan berubahnya cara pengurusan. Mungkin gaya pengurusan akan mengambil kira sumber yang terhad dan memaksimakan sumber yang ada.

Sumber yang ada untuk dioptimumkan bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dari aspek lain. Contohnya pengurusan modal insasi. Kerana manusia juga adalah modal kepada sesuatu pengurusan dan pentadbiran. Ada model pengurusan yang lebih mementingkan modal insani dan kebanyakannya lebih mementingkan modal kewangan atau aset. 

Oleh kerana budaya bekerja dan mentaliti yang terbentuk sekian lama hasil daripada kebergantungan kepada sumber yang sangat besar tiba-tiba ia menjadi terhad, sudah tentu ia menjadi cabaran kepada minda dan budaya kerja sesuatu kelompok pengurusan bisnes. Cabaran ini perlu diatasi dengan keinginanan yang jitu untuk melepasi rintangan di hadapan mata. 

Satu evolusi mungkin diperlukan bagi menggerakkan satu perlakuan baru dalam menjalankan operasi bisnes. Segala-galanya perlu dioptimumkan. Optimum ini bermaksud menambah sumbangan dari sumber sedia ada secara bijaksana dan strategik dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Paradigm Shift. Ia sudah tentu terasa sukar tetapi bukanlah perkara mustahil.

Maka samalah juga bagi seorang individu dan keluarga dalam menghadapi sumber kewangan yang terhad. Dia perlu berfikir bagi mengatasinya. Pengorbanan untuk merubah lifestyle mungkin menjadi satu keperluan. Dengan mendisiplinkan diri, insya Allah masalah boleh diatasi. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...