Friday 1 July 2016

Melihat Risiko Memandu Kereta Honda - Airbag Takata


Sekarang ini tengah kecoh orang ramai membincangkan mengenai kecatatan airbag Takata yang dipasang pada stereng kereta Honda dan lain-lain brand kereta tertentu mengikut batch. Sehinggakan airbag Takata yang cacat ini digelarkan dengan nama airbag pembunuh oleh sesetengah bloggers. Ini kerana terdapat sekurang-kurangnya 3 kes maut di Malaysia akibat bag ini membabitkan kereta jenis Honda.

Ada juga pemandu yang hanya mendapat kecederaan tetapi dengan kecederaan yang bernasib seperti terkena hirisan benda tajam di leher. Ia dipercayai akibat besi canister yang pecah semasa sistem airbag itu diaktifkan.


Pemilik-pemilik kereta Honda yang dibeli sebelum pengumuman recall juga menjadi panik dan bergegas ke Servis Center untuk pembaikan airbag secepat tetapi stok adalah terhad. Ini menyebabkan kereta-kereta yang terlibat dengan airbag Takata bermasalah ini terpaksa menunggu untuk satu tempoh sebelum mendapat pembaikan. Memandu kereta Honda yang terlibat dalam tempoh itu menimbulkan risiko kepada pemandu dan sesiapa jua bersamanya di dalam kereta. 

Risiko ini adalah sama ada terbunuh, mendapat kecederaan parah atau hanya cedera biasa bergantung kepada projection serpihan besi yang melayang keluar daripada gelembung airbag. Ini boleh terjadi tanpa mengira apa jenis kemalangan, kecil atau pun besar. Asalkan mekanisma airbag Takata bermasalah itu aktif, pemandu dan lain-lainnya menghadapi risiko berkenaan. Mekanisma airbag ini juga boleh teraktif sekiranya satu force yang signifikan dikenakan terhadap bumper. Seperti tendangan yang kuat. Dan itu tidak dikategorikan sebagai kemalangan kenderaan. 

Ada yang mengambil inisiatif dengan mencabut soket tertentu bagi tidak mengaktifkan sistem airbag. Jadinya individu seperti ini mengambil risiko memandu keretanya tanpa sistem airbag yang aktif. Lalu ada perbincangan mengenai tindakan ini. Adakah ia wajar atau sebaliknya?

Ada yang berhujah mengatakan tindakan tersebut akan membatalkan insuran yang diambil. Sekiranya pemandu terlibat dalam kemalangan dan siasatan dijalankan mendapati soket airbag telah dicabut maka pampasan tidak diberikan kepada mangsa kerana telah merubah setting keselamatan pada kereta. 

Pertimbangannya sekarang adalah adakah pemandu memilih risiko mencabut soket untuk satu tempoh, menunggu sehingga pembaikan dibuat? Atau pun memandu macam biasa dan mengharapkan tak berlaku apa-apa kemalangan?

Airbag tak meletup <--Cabut Soket<-- 2 Pilihan --> Tak Cabut Soket -->Airbag meletup

Insuran tak cover <--Kesan--> Insuran cover

Cedera, mati sebab tak ada airbag <--Kesan Kemalangan --> Mati, Cedera Sebab serpihan besi


Maka ini terpulanglah kepada penilaian masing-masing. Sudah tentu kesan kemalangan dengan airbag atau tanpa airbag adalah berbeza mengikut keadaan pemanduan, kereta dan sikap memandu. 

Kebiasaannya pemandu yang berhemah jarang terlibat dalam kemalangan akibat kecuaian diri sendiri. Berbeza pula dengan speed demon yang memandu seakan-akan bermain permainan komputer  car racing. Memandu tidak mengikut peraturan dan secara tidak berhati-hati mempunyai risiko yang lebih tinggi menyebabkan kemalangan. 

Mungkin di sini seorang pemandu yang berhati-hati boleh mengambil risiko untuk mencabut soket bagi tidak mengaktifkan sistem airbag untuk tempoh tertentu. Sehingga panggilan dari Servis centre. Ini lebih kurang risiko berbanding jika memandu dan terlibat dengan kemalangan yang disebabkan oleh faktor luaran atau pun pihak lain.

Memandu tanpa airbag bukanlah sesuatu yang pelik dan luar biasa. Kereta asalnya dihasilkan dan dipandu tanpa airbag sehingga satu masa airbag dicipta bagi membantu mengurangkan impak kemalangan. Malah masih banyak kereta dipandu di atas jalan raya tanpa ada airbag. 

Sikap hati-hati adalah penting dalam memandu kerana ia lebih bernilai daripada adanya airbag tetapi memandu secara merbahaya. Dalam kes airbag Takata pada kereta Honda ini pula ia boleh teraktif sekiranya berlaku hentakan yang signifikan kepada bumper. Itu boleh berlaku tanpa adanya pelanggaran antara dua kereta.

Perlu diingat juga, walaupun peratusan kejadian adalah kecil berbanding airbag yang tidak meletup tetapi tiada siapa yang tahu adakah airbag Takata yang digunakan akan meletup dan serpihannya melayang atau pun tidak.

Airbag Takata yang bermasalah adalah diibaratkan pistol yang diacukan kepada pemandu kereta sepanjang masa pemanduan. Sudah tentu tidak ada pemandu yang sanggup memakai helmet dan baju kalis peluru semata-mata untuk memandu ke tempat kerja atau pulang ke kampung berhari raya. Penilaian dan pertimbangan untuk keselamatan diri dan keluarga adalah diperlukan oleh setiap pemilik kereta yang terlibat.

Pilihan di tangan anda.



Sumber Gambar 

http://www.beritapremium.com/2016/06/airbag-honda-city-meletup-13-jahitan-di.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...