Saturday 16 July 2016

Tetiba nilai saham PAS melambung naik.



Ni nak cerita politik la pulak. Macam harga emas sekarang mula menaik. Dan menyebabkan ringgit semakin mengukuh berbanding dollars. Sapa pula menjangka nilai kerjasama dengan parti PAS menaik mendadak.

Sedangkan PAS lone ranger, sorang diri. Entah mungkin berkat menjauhkan diri daripada parti DAP yang sangat kontra dengan Islam dengan itu PAS mendapat rahmat. Cuba lihat sekarang pakatan yang hendak ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir dalam cuba menggugat kerajaan yang memerintah. Apa pun alasan Tun Dr Mahathir itu pada pandangan aku ia sebenar bertentangan dengan apa yang pernah diteorikan dulu. Marriage of convenience. Atau marriage of inconvenience pada pandangan aku sebenarnya. Dan teori ini melibatkan satu elemen yang merealitikan teori itu. DAP.

Pakatan Tun ni dengan itu memang tak lengkap. Nak lengkap, mereka kena buat satu benda. Pujuk dan mempengaruhi PAS untuk masuk serta dalam pakatan ini. PAS pulak sekarang dilihat friendly dengan UMNO. Walaupun tak masuk dalam BN dan secara literalnya masih menentang BN. UMNO pula sangat-sangat memerlukan sokongan PAS dalam keadaan sekarang. Setidaknya cuba mempengaruhi PAS supaya tidak bersama-sama dengan pakatan yang diokestrakan oleh Tun.


Tun ni ada satu aliran pemikiran yang dia tak faham-faham sejak dulu. Itu yang membuatkan formulanya kini lemah.

Dalam PAS sendiri tak semua yang bersetuju PAS berbaik-baik dengan UMNO. Terutama sekali bagi mereka yang telah ditarbiah sebelum ini dengan pendekatan muwajahah yang keras. Menentang UMNO dan Barisan nasional ditakrifkan sebagai perjuangan  Islam dan menjadi tujuan jamaah. Mereka ini masih di dalam PAS sebab menganggap PAS itu jamaah Islam yang hakiki. Bagi mereka wajib di dalam jamaah dan tidak keluar jamaah. Walaupun mereka tak setuju dengan pimpinan tertentu dan trend PAS masakini.


Tidak hairanlah kalau masih ada juga saki-baki Anwarinas di dalam PAS yang tidak keluar menyertai PAN. Elemen ini juga lah yang boleh mempengaruhi jamaah. Kalau tidak berhati-hati pimpinan PAS boleh kena percubaan coup de tat macam Erdogan kena di Turki. Di waktu-waktu yang terdesak sebegini apa-apa boleh berlaku.

Macam tu lah sekarang bila parti dah ada demand. Macam market jugaklah. Tetapi di seberang sana ada DAP. Yang sangat kontra dengan PAS. Bukan setakat kontra tetapi telah menunjukkan track record samseng kepada PAS. Adakah PAS betul-betul serik macam diperkatakan atau pun akan menunjukkan sesuatu yang menggadai maruah?

Apa pun sebagai jemaah Islam seperti yang didakwa parti itu kepentingan Islam perlulah diutamakan. Bukannya politik peribadi dan kumpulan tertentu. Keputusan yang dibuat oleh PAS juga dilihat boleh mempengaruhi kestabilan politik dalam negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...