Monday 27 June 2016

Isu dengan Takata Airbag - Berkaitan Kemalangan Kereta Honda


Rupanya kejadian seorang pemandu wanita baru-baru ini yang meninggal dunia akibat terkena sesuatu daripada mekanisma airbag yang teraktif apabila kereta Honda miliknya berlanggar dengan Mercedes Benz bukanlah kes yang baru berlaku setahun dua. Ia ada kaitan dengan defect yang terdapat kepada sistem airbag Takata yang dipasang kepada di strereng kereta itu. Honda bukanlah satu-satunya yang menggunakan sistem airbag Takata ini tetapi banyak kereta lain juga yang guna seperti Toyota, Mazda, Subaru dan Mitsubishi. Takata sendiri telah memanggil (recall) semua pemilik kereta  tertentu yang dipasang dengan airbag Takata untuk pemeriksaan dan penggantian. Sila rujuk artikel Paul Tan di sini. 

Dalam satu kejadian yang dilaporkan di Orlando, USA dalam tahun 2014, seorang pemandu wanita telah disyaki oleh polis telah dibunuh di dalam kereta Honda Accordnya. Ini kerana kecederaan yang dialami oleh wanita berkenaan adalah seperti serangan benda tajam yang memotong lehernya. Tetapi siasatan kemudian mendapati ianya berpunca daripada sistem airbag Takata yang cacat itu. Sumber  berita di sini. Ianya menyamai satu kes di dalam tahun 2013, yang polis juga mulanya mengesyaki mangsa telah ditembak di kepala.



Dalam tahun 2015 pula Carlos Sarlos 35 tahun meninggal dunia apabila bumper kereta Honda Accordnya terlanggar kenderaan lain apabila memasuki kawasan parking. Akibat daripada itu, sistem Airbag Takata telah aktif dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Sumber berita di sini.

Seorang remaja perempuan di Houstan, USA dalam tahun 2016 pula telah meninggal dunia apabila disyaki satu besi daripada sistem airbag Takata itu mengenai lehernya apabila sistem itu teraktif ketika kemalangan kecil. Remaja berkenaan Ms Hanif memandu kereta Honda Civic. Sumber berita di sini.

Jumlah Kematian di USA akibat Airbag Takata.

Dilaporkan juga kemalangan maut akibat daripada sistem yang cacat ini sedang meningkat dari seluruh dunia. Laporan mengenai kecederaan pula ada lebih banyak daripada kematian. 

Bagi pemilik-pemilik kereta yang terlibat dalam recall ini janganlah bermalas-malasan untuk pergi menukar sistem airbag itu. Pelanggaran yang kecil atau hentakan terhadap bumper kereta sahaja sudah boleh mengaktifkan airbag maut ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...