Saturday 22 October 2016

Satu Pandangan Terhadap Encik Azizan Osman


Ini satu pandangan sahajalah dari author di Incikposmen ni, mungkin tak mewakili pandangan authors yang lain. Pada pandangan saya Encik Azizan Othman ini adalah seorang yang berbakat dan tidak ramai individu seperti orang ini.

Beliau mampu menjual idea-idea dan ilmu tentang marketing dan perniagaan dan berhasil dan berkesan untuk melahirkan ramai peniaga-peniaga melayu. Tidak kurang pula daripada mereka itu yang sudah berjaya. 

Beliau mempunyai strategi dan kaedah-kaedah beliau sendiri. Tetapi sudah tentulah beliau terlebih dahulu mempelajari asasnya daripada orang lain. Seterusnya beliau kembangkan dengan Research and Development yang diterokai oleh beliau sendiri. Dari segi ini sahaja pencapaian beliau dianggap sebagai terbaik.

Dalam dunia ledakan teknologi maklumat ini,  sesiapa sahaja boleh akses kepada pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Tetapi siapa pula yang dapat menterjemahkan segala input itu kepada sesuatu yang boleh dikerjakan dan mendapat hasil. Dan saya lihat Encik Azizan Osman mempunyai sesuatu bakat, kemahiran dan kepakaran di sini.

He is good at what he does.

Bagi bab kelayakan akademik pula, mungkin ada beberapa isu di sini. Yang saya lihat menghantui cerdik pandai di alam melayu ini. Bagi sebahagian orang kelayakan dan pangkat adalah mencerminkan nilai yang tinggi. 

Mempunyai pangkat Dato', Datuk atau Tan Sri mungkin menunjukkan pencapaian atau pun jasa yang telah dicurahkan oleh seseorang itu. Dalam realitinya pula ada juga Dato' dan Datuk yang diperolehi oleh seseorang yang tidak layak. Ini terbukti jika kita lihat kes-kes sabitan di mahkamah melibatkan perbuatan jenayah / komersial dari individu yang bergelar Dato' dan Datuk.

Dalam bidang akademik pula, isunya ialah adakah kelayakan akademik seseorang itu dengan Ijazah Master atau pun Phdnya dapat menunjukkan tahap pragmatism / praktikaliti dan pemikiran realistik yang efisien dalam menghasilkan sesuatu. 

Jika ya, mungkinlah Steve Jobs, legenda syarikat Apple dan Bill Gates tokoh Microsoft masing-masing mempunyai sekurang-kurang 7 Phd atau sekurang-kurangnya ijazah master. 

Realitinya Bill Gates hanyalah seorang dropout Universiti dan Steve Jobs hanyalah berkelulusan kolej. Tetapi mereka ini mempunyai pemikiran yang genius sebagai CEO syarikat komputer antarabangsa dan telah dibuktikan dalam lipatan sejarah. 

Pengalaman saya pula melihat para konsultan daripada kalangan akademik, kadang-kadang mereka ini berhasil mengetengahkan sesuatu idea baru tetapi mereka ini tidak cukup berkemampuan untuk menghasilkan sesuatu yang praktikal. 

Sudah tentu bukanlah semua begitu. Ada juga ahli akademik yang datangnya dari satu profession yang lain yang aktif terlibat dalam field work.  

Isu mengenai praktikaliti seseorang yang berteraskan kelayakan akademik ini juga diulas oleh ramai pakar-pakar termasuklah seorang pakar kewangan Robert Kurosaki. Sesetengah profession pula seolah-olah tidak menggalakkan mengambilan master dan Phd kerana tidak memberikan kesan signifikan kepada kerjaya. 

Ini tidaklah untuk menyatakan tidak ada gunanya kepada sesiapa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat master atau pun Phd. Tetapi untuk menyatakan jika tidak ada kelayakan sedemikian bukanlah menunjukkan seseorang itu tidak ada ilmu atau kepakaran tertentu.

Cuma kalangan orang melayu ini janganlah terlalu cepat hendakkan gelaran dan kedudukan sehingga sanggup membuat perkara-perkara yang bodoh. Jika sudah mencapai pencapaian tertentu itu tidak perlulah hendak menokok tambah gelaran yang dibuat-buat seperti Yang Mulia, Sheikh, Ustaz, Doktor, Tuan Guru, Datuk Sulu yang kesemuanya hanyalah untuk menunjukkan martabatnya yang tinggi di hadapan para pengikut. 

Jika ada individu yang berbakat, seharusnya dia tidak mensia-siakan bakat seperti itu dengan membuat benda-benda yang merugikan. 

Selamat Maju Jaya.

Kenyataan Encik Azizan Osman tentang gelaran doktor falsafah.
http://azizanosman.com/wawancara-eksklusif-majalah-niaga-bersama-dr-azizan-osman/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...