Friday 21 October 2016

Rohingya.. Dan memori silam Bosnia.


Sumber Wikipedia / OGL

Bila aku tengok gambar-gambar minoriti etnik Burma Rohingya ia mengingatkan kepada Bosnia tidak lama dahulu. Bagaimana Malaysia sebuah negara Islam telah membantu umat Islam Bosnia walaupun mereka bukan di dalam Asia mahupun Asean. 

Bila aku cuba memahami apa yang berlaku di Burma ini dari media massa antarabangsa, pelbagai isu pula timbul. Mendakwa isu ini komplikated dan bukan isu yang mudah. 

Bagi aku kalau sebegitu komplikated pun kita kenalah ambil isu yang paling simple. Jika ianya komplikated bagaimanapun, perlukah etnik Rohingya ini diusir dengan kejam, disiksa, dibunuh dan macam-macam lagi perlakuan yang tidak berperikemanusiaan. 

Baru-baru ini pun telah terpapar pada media massa yang kerajaan Myanmar atau Burma ini telah menghalang bantuan UN kepada 80 ribu etnik Rohingya di utara Myanmar. Sumber.



Dilaporkan juga kerajaan Myanmar melarang petugas kerajaan mereka memanggil etnik itu dengan nama Rohingya. Itu serupalah kalau kerajaan Malaysia melarang orang cina di Malaysia dipanggil cina atau pun orang india di Malaysia dipanggil india. Jelas begitu jauh layanan kerajaan Malaysia terhadap minoriti di Malaysia berbanding di Myanmar. 

Ada pula dakwaan daripada kerajaan Myanmar yang Rohingya ini bukanlah etnik daripada Myanmar. Kalau semua negara mendakwa satu-satu etnik yang tinggal dalam negaranya itu bukanlah dari negara itu macam-macam etniklah yang akan kena diskriminasi termasuklah di Malaysia ini. 

Bagaimana pula sikap masyarakat antarabangsa. Malaysia sebagai negara Islam pula perlulah bersikap dengan akhlak Islam. Iaitu membantu sesama Islam. 

Alangkah bagusnya jika umat Islam dalam negara ini menolak ketepi fahaman politik dan bersatu sekurang-kurangnya mengeluarkan suara supaya masyarakat dunia mengambil prihatin tentang isu Rohingya ini. Negara-negara Islam pula perlulah duduk semeja bagi menyelesaikan isu umat Islam Rohingya ini. Setakat ini Malaysia, Indonesia dan Bangladesh sudah mula memikirkan sesuatu.

Usaha ke arah ini perlu disegerakan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...