Thursday 26 May 2016

Kesejukan Cameron Highland Dalam Kenangan


Dah dua kali akhbar The Star menyiarkan nasib Cameron Highland kini. Sungguh menyedihkan.

Aku terdengar dan terbaca kadang-kala orang bercerita pergi ke Cameron Highland dan betapa indahnya dan sejuknya Cameron Highland (kemungkinan besar dia bermalam di situ). Ada seorang kenalan yang baru pertama kali naik ke Cameron Highland tak tahan sejuk dan tak dapat tidur waktu malam kerana terlalu sejuk.

Aku mendengar ini dengan rasa sedih kerana jika dia mengalami suasana Cameron Highland yang asal (kalau tak cukup lapis baju panas) entah-entah dah mati kesejukan. Sekarang suasana sejuk yang asal hanyalah dalam kenangan. Aku tak nampaklah macamana negara Malaysia ni akan dapat satu Cameron Highland yang macam dulu-dulu.

Sekarang bila aku berjalan-jalan di Cameron Highland pada waktu pagi dengan memakai t-shirt sahaja sudah cukup membuat aku rasa sedih. Bagi aku kesejukan Cameron Highland kini hanyalah sejuk-sejuk kuku.

Nak tau macamana Cameron Highland zaman dulu-dulu.

Ini aku ceritakan sahajalah. Takde gambar pun zaman dulu-dulu. Aku cuba menggambarkan agar pembaca dapat feel.

Pada zaman dahulu..

Cameron Highland adalah satu tempat kawasan tanah tinggi yang sangat indah. (Bukan indah yang macam sekarang ni, lagi indah). Seakan-akan memasuki taman yang penuh bunga-bunga dan flora dan fauna. Ada bermacam-macam bunga dan kedai bunga berlambak-lambak. 

Anda berjalan-jalan sahaja akan ada pokok-pokok bunga di tepi jalan kerana sangat suburnya dan bersesuaian dengan cuaca. Bila berjalan di waktu pagi anda akan terjumpa pelbagai serangga-seranggan yang aneh di atas jalan. Kerana serangga-serangga ini tidak dijumpai di bawah sana.

Melihat tumbuh-tumbuhannya sahaja mengasyikkan. Indah dan bersih. Tiada pencemaran.

Sejuknya. Macam masuk negeri mat saleh. Sebab bila sampai, memang terbayangkan macam inilah agaknya negara-negara mat saleh.

Dia punya sejuk, jangan haraplah nak pakai t-shirt sahaja waktu pagi-pagi tu. Kadang-kala dan selalu juga, anda akan dilanda kabus waktu pagi. Walaupun dekat pekan tu. Sekarang kabus pun dah tak ada.

Anda (kalau rakyat tempatan) hanya akan dapat menanggalkan baju panas anda yang entah berapa lapis pada waktu tengahari, ketika matahari sedang tegak atas kepala. Itu pun masih sejuk. Rasanya sejuk pagi sekarang pun tak boleh lawan sejuk masa tenghari dulu.

Apatah lagi bila nak masuk malam. Berapa lapis baju tebal dengan selimut beb.

Itulah kenangan zaman dulu. Cameron Highland zaman dulu-dulu. Macam kita dah tak dapat mewarisikannya kepada generasi yang terkemudian. Cuma boleh lagi, sehingga setakat ini kita dengar generasi hari ini yang baru naik Cameron Highland berkata sejuk.. sejuk..

Sejuk yang sejuk-sejuk kuku itu. Itu pun entah bilalah bertahan.

Air Sungai Warna Macam Ni Paham2 Jelah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...