Friday 18 November 2016

Adakah anak-anak yang tidak score UPSR tak pandai?

UPSR
💡💡💡

Sebenarnya pandangan pakciklah. Kebijaksanaan itu berjenis-jenis. Ukuran kepandaian di sekolah ini hanyalah pada peringkat akademik. Ronaldinho pemain bola sepak Brazil itu seorang yang genius tetapi kegeniusan dia itu tidaklah dalam memilih jawapan yang tepat di antara a) b) c) atau d).

Tetapi Ronaldinho mempunyai tahap skill dan bermain bola yang berada di tahap genius. Tidak semua orang memiliki kepandaian seperti ini. Tak semua orang juga ada duit banyak macam dia yang dibayar tinggi untuk bermain bola.

Ronaldinho adalah pemain bola terbaik dunia (Noktah)
Dalam sejarah politik tanah air pula, ada tokoh terkenal yang diketahui pencapaian akademiknya tidak memberangsangkan tetapi telah menghuru-harakan satu Malaysia dengan tipu helahnya yang sangat berbakat. Sebaliknya yang mendapat CGPA tinggi pun kalau selalu keluar sitcom rajalawak, orang gelar pelawak juga. Macam Mr Bean. Dia ada Master in Engineering.

Kau ado?


Apa kelulusan yang diperolehi Steve Job pengasas Apple. Yang disanjung-sanjung orang itu? Hanyalah berkelulusan kolej. Samalah juga Bill Gates, drop out, tetapi kedua-dua orang ini telah membuktikan kelulusan akademik bukanlah segala-galanya. Jalan menuju kejayaan di dalam hidup ini ada berbagai.

Mendiang Steve Job, cakapnya orang dengar, percaya dan beli.
Rakan seperniagaannya cakap dia satu kod komputer pun tak tahu.
Pakar marketing dan cakap power. 
Ada yang dilahirkan dengan "street smart", mereka pandai tetapi kepandaian itu tidak dapat dibuktikan di dalam dunia akademik. Mereka lebih dapat menzahirkan kepandaian itu dalam menjalani kehidupan seharian.

Keberhasilan dalam bidang akademik biasanya dikaitkan dengan pencapaian IQ yang tinggi. Sedangkan kajian menunjukkan kemampuan IQ bukanlah satu ukuran untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Faktor kejayaan ada banyak dan pelbagai.

Ada yang berjaya dengan kemahiran. Ada dengan pengalaman. Ada dengan bakat seni dan sebagainya.

Dalam laluan akademik pun, jika tidak berjaya pada peringkat awal bukanlah bermakna dia akan berakhir dengan kegagalan di peringkat seterusnya. Ada pakar matematik yang memberikan syarahan di seluruh dunia tidak mendapat markah yang memberangsangkan ketika di peringkat sekolah rendah.  Katanya kesedaran dan minat terhadap matematik itu datang kemudian, sehinggalah dia memilih bidang matematik apabila melanjutkan pelajaran di Universiti.

Apa yang penting ialah mereka telah membuat yang terbaik. Tanggungjawab ibu-bapa adalah menjadi pendorong terbaik sehingga mereka mencuba sehabis baik. Apa jua hasilnya itu sudah ketentuan. Redo sahajalah untuk teruskan perjuangan dengan lebih baik.

Adakah kita mengenal pasti kebolehan dan anugerah yang Tuhan berikan kepada anak-anak kita? Jika anak-anak itu tidak mendapat keputusan yang cemerlang seperti 6A maka seolah-olah tiada masa hadapan baginya. Sebenarnya kita sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Silaplah jika dengan keputusan UPSR sahaja, kita telah beranggapan sedemikian. 👌

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...