Saturday 23 January 2016

Perjanjian TPPA - Pro dan Kontra


Nak masuk TTPA atau tak nak masuk? Nak bantah atau nak sokong?

Atau nak berkecuali?

Sudah tentu apabila seorang peniaga diajak untuk memasuki dalam satu blok perniagaan bersama-sama peniaga lain, blok itu bertujuan memberikan manfaat sesama ahli-ahli berbanding yang bukan ahli.

Jika blok perniagaan itu dikehendaki syarat-syarat tertentu yang mungkin merugikan ahli-ahli tertentu, sudah tentu ahli-ahli itu mengkaji terlebih dahulu dan membuat pertimbangan samada dia hendak menyertai atau tidak.

Jika dia melihat banyak mudarat daripada manfaat bolehlah dia memutuskan untuk tidak menyertai pakatan perniagaan itu. Jika tidak maka dia boleh membuat keputusan sebaliknya.

Dalam konteks TPPA pula ia bukan melibatkan individu peniaga tetapi ahlinya adalah negara-negara. Sudah tentulah negara itu sendiri mempunyai mekanisma dan pasukan yang ditugaskan  bagi mengkaji baik dan buruknya perjanjian TPPA ini. 

Saya sendiri bersyukur kerana pasukan yang ditugaskan mengkaji dan meneliti perjanjian ini diketuai oleh DS Mustapha Mohamed. Seorang yang dikenali jujur dan amanah, tidak terlibat dengan mana-mana kontroversi yang dikaitkan dengan mana-mana jenayah, salah guna kuasa atau pun penyelewengan wang. Yang dihormati oleh kawan dan lawan.


DS Mustapha Mohamed - Malaysia mestilah
berkeupayaan untuk mengalami perubahan. Youtube.

Sebagai rakyat sudah tentulah bergantung kepada kerajaan dalam membuat kajian terhadap TPPA ini yang merupakan subjek yang besar dan rumit untuk difahami.

Tetapi sudah tentulah ada juga kajian daripada pihak lain. Pihak ini terbahagi kepada dua, yang menyokong dan yang membantah TPPA.

Sekarang kita lihat hujah-hujah yang menyokong TPPA.

Ini adalah hujah-hujah logik yang umum bagi rakyat memahami mengapa TPPA itu baik untuk Malaysia dan juga memberikan lebih manfaat daripada mudarat.
"..Jika TPPA adalah alat AS untuk menjajah negara-negara TPPA, kemungkinan besar Vietnam awal-awal lagi telah menarik diri.

Sedikit sejarah: Vietnam telah berperang dan bermandi darah dengan AS dalam Perang Vietnam selama 20 tahun. Adalah tidak logik bagi generasi Vietnam sekarang (yang hanya satu generasi ke hadapan) sudah bersedia merelakan negara mereka dijajah oleh AS.

Negara yang begitu tinggi semangat kebangsaannya seperti Jepun juga tidak mungkin membiarkan negara mereka dijajah kuasa luar, khususnya AS. 
Sedikit fakta: Apabila Mexico menyertai NAFTA, terdapat kerisauan dalam sektor automotif yang ketika itu dilindungi oleh duti import yang tinggi, lesen dan kuota. Mexico hanya menghasilkan 6% daripada jumlah kereta di Amerika Utara. Selepas NAFTA dilaksanakan, saiz pasaran kereta yang dipasang dan dieskport oleh Mexico adalah 19% dengan 1.69 juta kenderaan sahaja dieksport ke pasaran AS. .."
"..Jika TPPA adalah perjanjian untuk menjajah, mengapa Thailand, Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan berminat untuk menyertai TPPA selepas perjanjian ini dimuktamadkan?

Komposisi negara-negara TPPA serta kesediaan negara-negara lain menyertai TPPA tidak mencerminkan bahawa TPPA adalah alat AS untuk menjajah atau membeli kedaulatan mana-mana negara termasuklah Malaysia. .."
"..Lebih menarik, sekalipun 11 negara TPPA lain menandatangani perjanjian tersebut dan kongres AS menolaknya, TPPA akan tetap dilaksanakan walaupun tanpa penyertaan AS.

Jika ini berlaku, siapa pula yang menjajah? .."
"..Dalam apa-apa perjanjian, isi kandunganlah yang paling penting. Perjanjian Pangkor, walaupun 12 helai telah menjajah Tanah Melayu beratus tahun lamanya. Ini kerana isi kandungan perjanjian berat sebelah itu yang ‘mengikat’ tanah air kita.

Berbeza dengan Perjanjian Pangkor, teks TPPA telah memberikan begitu banyak pengecualian kepada Malaysia. Antaranya adalah pengiktirafan dasar Bumiputera, perolehan syarikat milik kerajaan, persaingan SME, label halal dan sebagainya.

Namun di akhirnya, TPPA memberikan Malaysia hak untuk menarik diri dari TPPA dengan memberikan notis bertulis dalam masa 6 bulan. (Chapter 30: Final Provision, Article 30.6: Withdrawal) .."
Dipetik dari buku TPPA (Gambar di bawah). 
Free download Di sini.



Itu hanyalah sebahagian sahaja daripada tulisan penulis Mat Rodi. Untuk lebih terperinci sila download buku percuma tersebut. 

Sebelum ini juga incikposmen ada posting mengenai kejayaan Malaysia di dalam rundingan TPPA di sini.

Bagi yang membantah pula ada hujah-hujah mereka tersendiri. Saya ada menerima satu klip video yang saya anggap merumuskan secara umum hujah bantahan yang disuarakan.



Saya melihat mungkin TPPA tidaklah boleh disamakan dengan perjanjian berat sebelah yang lain seperti perjanjian Pangkor di zaman penjajahan dahulu. Saya percaya pasukan negara yang diketuai DS Mustapha Mohamed telah menjalankan peranannya dengan bijaksana berunding bagi menjaga kepentingan negara.

Pada pendapat saya, bersetuju atau pun tidak apabila kerajaan telah memutuskan untuk menyertainya maka rakyat haruslah bersedia menghadapi perubahan itu. Khususnya peniaga-peniaga samada kecil, sederhana atau pun besar mestilah mempunyai daya saing dalam suasana semua berebut-rebut mendapatkan manfaat daripada TPPA ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...