Sunday 10 January 2016

Kejayaan Malaysia dalam rundingan TPPA


Apabila DS Najib telah berjaya dalam negosiasi dengan para pemberontak di Ukraine untuk mendapat laluan bagi proses menyelamat dan mengambil mayat-mayat mangsa pesawat MH17 yang jatuh seterusnya memberikan laluan kepada proses siasatan bermula, media massa antarabangsa terkejut kerana ia berlaku secara mengejut dan tidak disangka-sangka.

Pada sangkaan mereka, konflik tersebut akan berlanjutan sehingga satu tempoh lama dan tidak akan ada pasukan penyelamat dapat masuk ke kawasan pesawat terhempas dalam tempoh terdekat.

Setelah kejayaan negosiasi itu, media massa antarabangsa mulalah membincangkan mengenai sejarah skill negosiasi Malaysia yang dianggap sebagai luar biasa. 


Bemula dengan satu bangsa yang merdeka melalui negosiasi sehinggalah kejayaan-kejayaan terkini seperti menjadi pengantara antara perjanjian damai diantara pemberontak Sulu dan kerajaan Filipina dibincangkan oleh mereka.

Dalam Sejarah : Rundingan Baling

Skill negosiasi ini juga diakui oleh negara tetangga Indonesia. Oleh kerana itulah, mereka mendesak kerajaan Indonesia supaya tidak membawa kes-kes yang menjadi pertikaian ke mahkamah Antarabangsa. Kerana bagi mereka sudah tentu Malaysia yang menang. Mereka memberi alasan pihak Malaysia ini licik.

Walaupun ianya adalah proses mahkamah, tetapi ia juga melibatkan dokumentasi dan bagaimana mempersembahkan apa yang didokumentasi itu. Memperkatakan setiap daripadanya dengan bijaksana. Ia adalah sebahagian skill negosiasi. 

Maka tidak hairanlah, sekali lagi mereka menjadi hairan bagaimana Malaysia boleh memperolehi pengecualian tertentu dalam di dalam deraf perjanjian TPPA yang tidak diperolehi oleh mana-mana negara yang lain.

Pandangan Jayant Menont pakar ekonomi dari Asian Development Bank;

"How Malaysia was able to secure this, I don’t know. But I  think International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed is a great negotiator," he added, at the Asean Economic Forum today. - 
"Malaysia has been perhaps the most successful in securing exemptions in many sensitive areas, including things like government procurement, reform of state enterprises or government-linked companies and protection in certain areas of intellectual property reforms. "With so many exemptions, probably it is not a big deal for Malaysia to go through with the TPP after all," he said. - Source 
Terjemahan;
"Camana Malaysia dapat buat benda ni pun aku tak tahu, tapi mungkinlah Menteri MITI tu Datuk Seri Mustapa Mohamed adalah seorang perunding yang hebat" katanya di Forum Ekonomi Asean hari ini.
"Mungkinlah Malaysia ni negara yang paling berjaya dalam memastikan Malaysia pengecualian dalam hal-hal sensitif (yang menjadi kepentingan Malaysia) termasuklah isu perolehan kerajaan, penstrukturan semula GLC atau syarikat-syarikat kerajaan dan perlindungan dalam hal ehwal penstrukturan semula hak harta intelek. 
"Dengan banyaknya pengecualian yang Malaysia dapat, mungkin tidak ada masalah bagi Malaysia untuk bersetuju dengan TPPA pun" Katanya.
Antara pengecualian penting yang diperkatakan ialah draf TPPA bagi Malaysia membenarkan untuk Malaysia untuk mengundurkan diri daripada TPPA tanpa perlu merujuk kepada Parlimen pun. Tidak ada satu negara pun selain Malaysia yang mempunyai klausa seperti ini. 

Namun demikian, TPPA masih lagi dalam bentuk deraf dan negara utama TPPA sendiri iaitu Amerika Syarikat belum tentu mendapat kelulusan Kongress bagi deraf tersebut.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...