Umat Islam marah apabila Amerika Syarikat mengumumkan Baitul-Muqaddis sebagai ibu negara Israel baru-baru ini. Kemudian berlakulah perbincangan di seluruh dunia termasuk di Malaysia tentang apa yang sedang berlaku dan bagaimana Israel yang dianggap memerintah dunia secara proksi serta mencapai matlamatnya bagi menawan Baitul-Muqaddis.
Chistopher Bollyn adalah seorang Jurnalis Penyiasatan yang mengkaji perancangan dan gerakan Zionis Israel, iaitu gerakan yahudi zionis bagi merampas Baitul-Muqaddis dan membina apa yang mereka namakan sebagai Kuil Nabi Sulaiman.
Selain itu, Chistopher turut menceritakan perkaitan kejadian 9 / 11 di World Trade Center, New York yang menjadi teras kepada perancangan Israel dalam gerakan memerangi musuh yang direka-reka mereka dan dinamakan sebagai kempen memerangi keganasan.
Berikut adalah terjemahan Bahasa Melayu (secara bebas) kepada dialog oleh Christopher sewaktu Open Mind Conference 2016 yang jelas dapat menggambarkan apa yang sedang berlaku di dunia kini dengan pembabitan Israel.
Chistopher Bollyn
Bagaimana Idea Dijual Oleh Israel
"Sebenarnya, apa yang dinamakan kempen memerangi keganasan ini yang dipentaskan di seluruh dunia bermula pada tahun 1979 di Israel. Di Institut Netanyahu, dalam satu Persidangan yang dinamakan Persidangan Jurusalem, Keganasan Antarabangsa."
"Persidangan ini adalah selama 3 hari, ia dianjurkan oleh Kerajaan Israel yang diketuai oleh Menachem Begin, Mr Netanyahu dan ayahnya. Mereka ini adalah penyelaras utama. Juga George Walker Bush, pada masa itu merupakan calon untuk Timbalan Presiden Amerika Syarikat dalam tahun 1979.
"Dalam Persidangan tersebut, satu doktrin atau idea telah dibentangkan kepada Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang menjadi sekutu Israel, mengenai keperluan untuk mereka menyertai peperangan memerangi keganasan di Timur Tengah (negara-negara Arab) bagi menentang apa yang mereka namakan sebagai kumpulan pengganas yang memerangi Israel. Dan juga terhadap negara-negara yang memberikan bantuan kepada kumpulan-kumpulan pengganas ini."