Rabbi yang mendakwa telah bertemu dengan Messiah yang mendedahkan identitinya dalam sebuah nota kertas!!
Rabbi Yitzak Kaduri adalah salah seorang Rabbi yang paling dihormati di Isreal. Beliau adalah seorang pakar ilmu Kabbalah iaitu satu ilmu mistik bagi orang-orang Yahudi.
Rabbi Kaduri lahir di Baghdad dalam tahun 1902 semasa ia masih lagi dalam pemerintahan Uthamaniyah Turki. Sejak remaja lagi beliau dengan penuh dedikasi telah mempelajari dan mengkaji ilmu Kabbalah. Beliau mengkaji ilmu mistik Yahudi tersebut sepanjang hidup beliau.
Pengacara rancangan : Apakah itu? Adakah itu tanda kumpulan tertentu?
Jim Carrey : Macamlah kau tak tau apa benda tu! Kau betul tak tahu apa benda tu?
Pengacara rancangan : Memang aku tak tahu.
Jim Carrey : Kau tak tahu, Jim Fallen pun kononnya tak tahu, David Letterman pun konon tak tahu. Semua komik dan industri hiburan kononnya tak tahu. Apa bendanya ni (membuatnya sekali lagi). Kann??
Setakat hari ini, semua masih lagi semacam terkejut. Samada yang menang atau yang kalah. Segala-galanya tidak menentu dan bila-bila pun boleh berlaku sesuatu yang diluar jangka.
Siapa sangka yang Malaysia akan menerima seorang Perdana Menteri yang berumur 92 tahun. Walaupun penuh pengalaman dan bekas Perdana Menteri tetapi faktor usia dan kesihatan turut mempengaruhi performance seseorang itu.
Atau adakah sebahagian rakyat yang sebenarnya begitu kejam dan mempunyai persepsi seseorang itu boleh menyelesaikan masalah dengan magic stick. Dalam sekelip mata sahaja masalah boleh diselesaikan dengan sekali hayunan kayu magic. Siapa ada magic stick maka masalah negara perlu diberikan kepadanya. Tai ci?
Bolehkah dikatakan sebahagian rakyat telah men-taici masalah negara kepada seseorang yang dianggap mempunyai magic stick? Adakah perbuatan taici-mentaici masalah ini akan menjadi budaya atau penyakit kepada masyarakat sehingga jika ada masalah negara sahaja pada masa akan datang, rakyat akan melakukan taici mentaici.
Dimanakah collective responsibility? Tanggungjawab secara berjamaah.
Bagi yang sudah biasa mendengar jawapan kepada soalan ini, tentu sudah maklum berbagai jawapan yang diberikan oleh para alim ulama serta para ustaz ustazah yang berbeza-beza mengikut kefahaman masing-masing.
Dalam potongan klip Youtube yang didapati ini, kita boleh mendengar jawapan serta dalil yang dikemukakan oleh Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang, seorang ulamak Selatan Thailand yang sangat mahir dengan ilmu-ilmu daripada khazanah tradisional pondok.
Loghat bahasa yang digunakan oleh Tuan Guru telah dialihkan serta diubahsuai kepada Bahasa Melayu standard bagi lebih difahami pembaca Bahasa Melayu zaman urbanisasi ini. (Ditambah atau dikurangkan sedikit perkataan sebagai kaedah menjelaskan)
Pertanyaan : Adakah Wahabi itu keluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Kita kena tengok setakat mana? Sebagai contoh manusia yang sakit pun tidak serupa, adakah orang demam itu orang sihat? Jawabnya sudah tentu tidak sihat.
Tapi setakat mana tak sihat, kita kena tengok betul-betul. Yang ini ada berapa persen dan yang ini ada berapa persen? Kita nak pukul rata tak boleh.
Wahabi atau tak Wahabi ni adalah satu cara (aliran) baru. Sebenarnya sebutan itu bukan Wahabi tetapi Al-Wahhabi (dua H). Kalau sebut Wahabi itu boleh jadi keliru. Kerana orang yang mengaji Tasawwuf pun ada ilmu Wahabi.
Pertama sekali, incikposmen mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Auni Mohamad kerana menimbulkan tajuk Projek Blue Beam ini dalam salah satu ceramah beliau. Dengan berbuat demikian, mudahlah kami untuk memperincikan lagi tajuk Projek Blue Beam ini supaya ia lebih jelas dan dapat difahami oleh umum.
Sememangnya tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Eskatalogi Islam dan fitan akhir zaman ini adalah sesuatu yang amat luas. Apatah lagi ianya berkaitan dengan keadaan penduduk bumi kini yang melalui zaman moden serba canggih dengan teknologi yang semakin berkembang. Pendek kata, untuk memahami topik-topik dari satu bidang yang amat luas dan rumit ini memerlukan keutamaan pemilihan tajuk-tajuk dan pencernaan tertentu bagi memudahkan kefahaman umum.
Dengan memilih tajuk Project Blue Beam dari berbanyak tajuk yang lain, mudah-mudahan dapat menjadi pemangkin kepada kefahaman pembaca-pembaca sekalian dalam memahami satu bidang yang banyak berkaitan dengan konspirasi dan agenda raksasa / grand design ini (Ustaz Auni juga ada membicarakan tajuk-tajuk yang lain). Setiap tajuk berkaitan fitan akhir zaman ada perkaitan dengan tajuk-tajuk yang lain. Memahami satu tajuk adalah membantu kefahaman secara keseluruhannya.
Apakah Itu Project Blue Beam?
Gambaran semata-mata. Kejadian sebenar mungkin berbeza dari paparan.
Sila Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas.
Sabilangan orang dari umat Islam sendiri bila waktu maulid ni mulalah berlaku pertikaian. Sedangkan program lain dah macam-macam depa buat, tapi tang program maulid ni nak ada dalillah, nak hadis sahihlah. Malah ada yang mempertikaikan pemilihan tarikh sebab kata depa tak pasti tarikh lahir Nabi SAW.
Orang lain buat program tak ada dalil macam-macam dah. Yang sambut maulid sendiri atau maulid girlfren, bini atau anak-anak sampai tiup-tiup lilin atas kek tak pulak mintak hadis sahih. Tapi tang maulid satu ni sangat-sangat pulak depa ni pertikaikan.
Pada halnya, maulid ni adalah program umat Islam dalam satu negara atau kawasan. Tang pertikaian tarikh berbeza tu biasalah sebab adanya periwayatan berbeza. Periwayatan berbeza ni biasalah tetapi para ulama akan meneliti dan mengeluarkan pandangan tentang kekuatan satu periwayatan cerita itu. Bukan maulid sahaja malah banyak hukum-hakam yang lain di dalam Islam pun sebegitulah juga.
Saya selalu terfikir dan berpandangan populariti bukanlah segala-galanya. Jika hendak popular sudah tentu ada resepi dan cara-caranya yang boleh diikut. Ramai yang telah lakukan dan terbukti keberkesanannya. Tetapi adakah itu segala-galanya. Adakah dengan cara itu ia dapat membuat perubahan yang positif dalam iklim blogging dalam Malaysia ini. Dalam suasana umpat, fitnah dan propaganda negatif berleluasa dan mendapat tempat dalam bacaan masyarakat, sudah tentu perlunya ada keseimbangan. Perlunya ada pihak memberikan masukan positif. Walaupun ianya kurang atau pun mungkin tidak mendapat perhatian. Satu lagi gejala yang saya cuba lawan dan sebahagian dari perjuangan saya dalam alam blogging ini ialah sifat mudah mempercayai khabar-khabar negatif tidak benar yang tersebar di kalangan rakyat kita. Apabila mereka mudah percaya maka mudahlah viral. Apabila sudah viral khabar negatif yang palsu itu sudah pasti memberikan impak yang buruk kepada mangsa-mangsanya.
Nabi Musa A.S berjumpa Khidir duduk di atas batu di pertemuan dua sungai / laut. Pertemuan dua sungai / laut membawa simbol kepada bertemunya ilmu zahir dan batin.
Khidir bermaksud hijau. Sheikh mentakwilkan ianya membawa simbol seperti hujan yang turun dan menjadikan kesemuanya hijau akibat tumbuh-tumbuhan. Ini menunjukkan ilmunya bukanlah ilmu yang dihafal daripada kitab-kitab. Tetapi ilmu yang langsung dari Allah. Spiritual insight.
Hadis Fitnah Dajal perlulah difahami oleh orang Islam kesemuanya. Tidak memahamkan hadis akhir zaman ini menjadi punca orang Islam tertipu dan salah tanggap, akhirnya menyokong kumpulan jihad yang palsu dan khalifah yang palsu seperti ISIS.
ISIS ditaja oleh pihak tertentu yang memusuhi Islam dengan dari segi kewangan dan persenjataan.
Mata Dajal itu buta sebelah kanan. Simbol kepada kebutaan secara dalaman bukannya luaran.