Saturday 10 December 2016

Maulid Nabi SAW Adalah Program Umat Islam


Sabilangan orang dari umat Islam sendiri bila waktu maulid ni mulalah berlaku pertikaian. Sedangkan program lain dah macam-macam depa buat, tapi tang program maulid ni nak ada dalillah, nak hadis sahihlah. Malah ada yang mempertikaikan pemilihan tarikh sebab kata depa tak pasti tarikh lahir Nabi SAW.

Orang lain buat program tak ada dalil macam-macam dah. Yang sambut maulid sendiri atau maulid girlfren, bini atau anak-anak sampai tiup-tiup lilin atas kek tak pulak mintak hadis sahih. Tapi tang maulid satu ni sangat-sangat pulak depa ni pertikaikan.

Pada halnya, maulid ni adalah program umat Islam dalam satu negara atau kawasan. Tang pertikaian tarikh berbeza tu biasalah sebab adanya periwayatan berbeza. Periwayatan berbeza ni biasalah tetapi para ulama akan meneliti dan mengeluarkan pandangan tentang kekuatan satu periwayatan cerita itu. Bukan maulid sahaja malah banyak hukum-hakam yang lain di dalam Islam pun sebegitulah juga.


Bila pemerintah Islam dah pilih satu tarikh berdasarkan kesepakatan mufti-muftinya, kita pun ikutlah ketetapan tarikh berkenaan yakni 12 rabiul awal. Sebenaqnya bukanlah isu tarikh pun tapi kandungan program yang nak dijalankan. Inilah usaha ikthiar pemerintah umat Islam untuk memperingati Nabi SAW dalam bentuk program yang dijadualkan. 

Bukanlah nak menafikan Nabi SAW ni kita wajib ingat kat dia setiap hari. Walaupun begitu, sudah tentulah mengingati Nabi SAW memerlukan ilmu pengetahuan. Jika tidak ada ilmu bagaimanalah kita hendak mengenali Nabi SAW dan memahami ajaran baginda. Dengan ilmulah umat dapat mengenali Nabi SAW dengan lebih lagi.

Itulah perlunya usaha dan program yang sistematik dari pemerintah. Maulid ini adalah programnya. Kita lihat secara praktikal pun bukanlah maulid ni tetap pada satu hari sahaja programnya. Ceramah, seminar dan majlis selawat pun berterusan sebelum dan selepas tarikh yang dipilih. Umat sekarang pun dah faham kandungan program itulah yang penting bukan tarikh. Sebab kalau di Uzbekistan, India ka apa, mungkin ja mereka pilih program maulid depa ikut tarikh lain berdasarkan pandangan riwayat hadis yang lain pula. Tak mengapalah juga itu kemuafakatan ulama-ulama di sana. 

Tapi yang depa ni asik mempertikaikan program maulid sampai ka sudah tak faham-faham. Kalau jumpa depa-depa ni tanyalah Hang Nak Pi Mana?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...