Thursday 10 December 2015

Singgah Kejap Ke Perhimpunan Agung Umno 2015


Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini bagi aku agak unik sebab wujudnya isu-isu tertentu, khususnya di antara DSN dengan Tun M. Ia menjadikan perhimpunan kali ini menarik dan orang dari dalam dan luar negara ingin melihat apa yang akan berlaku. 

Akibat perselisihan di antara dua giants ini, banyak perkara-perkara yang unik berlaku dalam PAU kali ini. Timbalan Presiden UMNO iaitu TSMY tidak dibenarkan berucap dalam PAU kali ini. Sudah tentu penyokongnya akan merasa tidak puas hati. Tun M pula walaupun sedang berkonfrontasi dengan Presiden parti, memilih untuk datang mendengar ucapan amanat presiden. Satu langkah unik tetapi sebenarnya tidaklah pelik kepada seorang seperti Tun M, seorang yang mempunyai fikirannya sendiri dan yang sejak dahulunya sukar dibaca pergerakannya.

Dan isu 1MDB dan dana 2.6 bilion inilah yang menjadi bidak caturnya. Tun M menggunakan kelemahan ini untuk membuat serangan. Apabila diperhalusi sebenarnya ada benda lain yang Tun M ini tidak berpuashati dengan kepimpinan PM. Itulah yang dijumlahkannya dengan isu 1MDB dan 2.6 bilion. 


Sudah tentu juga, DSN selaku PM bukanlah calang-calang orangnya dalam membuat langkah-langkah mempertahankan dirinya. Beliau telah menzahirkan apa peribahasa Melayu zaman berzaman mengatakan seakan-akan menarik rambut dalam tepung. Satu kaedah yang mencari keseimbangan dalam mempertahankan dirinya dari asakan serangan lawan. DSN mempertahankan dirinya dengan memberikan isyarat masih lagi menghormati Tun M dan pada masa yang sama beberapa pergerakan jentera serangan Tun M telah pun dicantas. 

Pertahanan DSN juga diperkukuhkan dengan sokongan padu daripada Timbalan beliau, DSZH. Satu sokongan yang amat diperlukannya ketika menghadapi waktu yang sukar apabila diserang oleh Tun M ini. Sehingga kini sokongan dan dokongan daripada DSZH ini amat membantu PM dalam menguruskan negara dan isu-isu politik yang dihadapi beliau.

Apa-apa pun yang melibatkan isu 1MDB dan dana 2.6 bilion ini tak perlulah aku ulas disini. Masing-masing boleh menggunakan akal fikiran dan membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang ada. Jika orang itu memihak kepada kem tertentu sudah tentu dia akan menggunakan hujah-hujah dan alasan dari kem itu. Itu sudah pasti.

Sebagai rakyat sudah tentu perkembangan ini harus diteliti oleh setiap warga Malaysia tidak kira UMNO atau bukan. Kerana ia akan memberikan kesan kepada perjalanan politik dalam negara dan juga ekonomi. Dengarnya ramai wartawan asing datang kali ini. Mungkin mereka sangat teruja untuk melihat perkembangan yang akan berlaku. 

Aku bukanlah orang politik, tapi sebagai dari umat di dalam negara ini aku mengambil berat apa yang berlaku. Tu sebab aku singgah kejap. Aku tengok UMNO ni masih lagi mewakili sebahagian besar umat Melayu dalam negara. Walaupun ada segelintir kecil orang-orang Melayu yang masuk PKR dan DAP dan sebahagian yang masuk PAS, ia masih tak mampu mewakili orang-orang Melayu yang mempunyai budaya Melayu dan cara hidup Melayu yang unik itu. Memahami budaya dan cara hidup orang Melayu adalah penting bagi ahli-ahli politik dalam negara. 

Tun M walaupun beliau pernah menjadi Perdana Menteri dan berada di puncak kuasa untuk membuat perubahan, beliau sendiri sebenarnya adalah seorang"outlier" apabila diletak dalam istilah statistik. Itu sebab kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun M ini kadangkala sangat drastik jika ia melibatkan orang-orang Melayu. Mungkin ketika memegang kuasa sebahagian hasrat beliau mudah tercapai. Tetapi Tun M sendiri sedar yang orang Melayu itu bagaimana. Apa yang Tun M ucapkan jelas menunjukkan kesedaran beliau itu.

..**TammaT**..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...