Review ini simple dan tidak terlalu teknikal. User review. Kalau nak teknikal boleh googlekan spesifikasinya itu.
Macbook Air 12” adalah..
Lebih ringan. Lebih nipis.
Skrin lebih besar. Paparan lebih cantik dan jelas.
Keyboard
Ok, buat saya. Tapi saya lebih sukakan Macbook Air yang lebih timbul keyboardnya. Ini citarasa masing-masing. Mungkin Apple nak jadikan Macbook ini lebih nipis maka keyboardnya juga flat begitu.
Bateri
Selepas baru caj, ia menunjukkan ada 12 jam untuk bateri.
Badan Macbook.
Macbook Air lebih kukuh dan kadang-kadang rasa macam besi kerasnya. Macbook 12” ini lebih plastik sedikit materialnya.
Tetapi pembuatannya dirasakan tetap kukuh.
Nak membayangkan macamana keringanannya ialah kalau Macbook 11” yang lebih berat itu pun kadang-kala saya gunakan browsing dengan berbaring. Bayangkan dengan yang ini, lebih ringan. Saya telah cuba berbaring sambil browsing dengan Macbook 12" ini. Ringan macam tablet.
Kalau dengan Air, ia sedikit berat dimana papan keyboard Air akan menekan dada. Tetapi dengan New Macbook 12", anda boleh develop satu skill, menaip sambil baring. Contohnya saya lakukan untuk menaip perenggan ini. Ia agak praktikal dan mana tahu akan menjadi kaedah kegemaran ramai. Cubalah.
Saya dapati ianya lebih laju daripada Macbook Air 2013. Sorry, saya tak gunakannya untuk main game. Strictly business. Tiada komen untuk itu.
Memori simpanan
256 SSD ini adalah sudah cukup untuk sebuah ultraportable yang dibawa kemana-mana. Satu lagi Macbook 12” menawarkan 512 SSD, jika anda perlukan storan yang besar amat. Dah tentu harganya pun berbeza.
Ciri khas
Tidak ada normal USB Port. Dia ada satu saja apa yang dinamakan USB-C. Anda kena bawa Adapter ini kemana-mana jika mahu gunakan USB Drive. USB-C ini jugalah tempat caj baterinya.
Apa yang saya suka.
Memang Super-Ultraportable jika dibandingkan dengan Macbook Air 11”.
Saya boleh meletakkannya di riba sambil menaip tanpa merasa memegang sesuatu yang berat. Ini baru lap top.
Trackpad lebar.. luass. Berbanding dengan Macbook Air yang juga luas trackpadnya.
Saya memang seorang yang mobile. Oleh itu sangat sukakan benda yang mudah dibawa. Laptop ultraportable seperti ini adalah pakaian saya. Macbook 12" baru ini telah membawa ultraportability ke satu tahap baru.
Apa yang saya tidak suka.
Tiada full USB port.
Saya mungkin beli kalau saya perlukan Macbook baru. Satu Ultraportable yang unggul dalam kelasnya. Memang portibility tahap maksimum. Walaupun anda kena bawa juga adapter USB tu ke mana-mana kalau nak guna USB drive.
Ini bagi siapa yang memang pakai sistem OsX dan Mac lah. Kalau yang pakai Windows tu review ni mungkin tidak sama bagi anda. Anda kena biasakan dahulu dengan Macbook dan OSX, barulah anda dapat mengapresiasikannya.
Anda mungkin menimbangkan untuk memilih Macbook 12” ini jika anda..
1) Seorang yang sangat mobile, bergerak sana sini dan anda memerlukan satu laptop yang sangat ringan, nipis tetapi berkuasa.
2) Anda seorang writer. Laptop dan diri anda berpisah tiada.
3) Anda miliki bajet dalam RM4,769.00 bagi storan 256 SSD dan RM5,829.00 bagi storan 512 SSD. Itu tak masuk lagi harga Adapter USB yang berharga kira-kira RM300.00.
Sekali lagi list ini boleh bertambah-tambah kalau anda pengguna bukan pengguna Macbook. Bukanlah sistem lain macam windows itu tidak ada kelebihan. Masing-masing ada kelebihan sendiri.
Tetapi Macbook itu sendiri direka supaya mempunyai kelebihan yang Windows tidak ada. Begitu juga sebaliknya. Hanya jika anda sanggup menukar mind setting dan mengambil masa untuk membiasakan diri dengan sistem baru.
No comments:
Post a Comment