Hadis Fitnah Dajal perlulah difahami oleh orang Islam kesemuanya. Tidak memahamkan hadis akhir zaman ini menjadi punca orang Islam tertipu dan salah tanggap, akhirnya menyokong kumpulan jihad yang palsu dan khalifah yang palsu seperti ISIS.
ISIS ditaja oleh pihak tertentu yang memusuhi Islam dengan dari segi kewangan dan persenjataan.
Mata Dajal itu buta sebelah kanan. Simbol kepada kebutaan secara dalaman bukannya luaran.
Perkataan kafir (كفر) yang ternyata pada dahi Dajal hanya boleh dilihat oleh orang mukmin. Tetapi tidak dapat dilihat oleh selainnya kerana penglihatan itu bukan dengan mata zahir tetapi mata batin.
Mata batin tersebut hanya boleh melihat sekiranya memiliki iman.
Sheikh Imran berkata beliau mungkin tidak dapat menyaksikan peristiwa akhir zaman ini tetapi audien di hadapan beliau mungkin dapat menyaksikannya. Ini menunjukkan betapa dekatnya peristiwa akhir zaman ini.
Beliau juga berpandangan perlunya ayat-ayat Al-Quran mutasyabihat ditakwilkan / ditafsirkan (yang mengatakan sifat-sifat Tuhan dengan perkataan melambangkan anggota jisim manusia seperti mata, tangan, bersemayam dan lain-lain) dan bukannya diambil secara zahir perkataan.
Yang mengetahui makna ayat-ayat Al-Quran mutasyabihat ialah Allah dan Allah juga memberikan ilmu tersebut kepada orang-orang yang mengamati ilmu (رَاسِجُوْنَ فِيْ الْعِلمِ).
Bagi memahami makna ayat-ayat Al-Quran mutasyabihat seseorang itu perlu meneliti kesemua data-data di dalam Al-Quran dan kemudian mengeluarkan satu kesimpulan secara harmoni. Kerana ayat-ayat Al-Quran itu tidak bertentangan antara satu sama lain.
Dalam Surah Al-Kahfi ada menerangkan tentang ilmu zahir dan batin apabila mengisahkan Nabi Musa A.S dan Khidir.
Beliau juga menyentuh tentang hati kita sebenarnya berhajat kepada ketenangan yang sebenar dan bukannya shopping mall tetapi kita tidak memahaminya.
Petikan daripada video:
No comments:
Post a Comment