Sunday, 26 July 2015

Kajian Neuro-sains. Otak Berubah Mengikut Kepercayaan.

                                                                  

Apabila mendengar pembentangan ilmiah yang diberikan oleh salah seorang peserta yang bernama Eduardo Bercino di salah satu program TedX ini (Video Youtube dibawah), ia mengingatkan kembali kepada pelajaran berkenaan minda dan potensinya. 

Seperti biasa apabila mendengar kepada satu pakej yang diwawarkan dapat meningkatkan potensi manusia dari segi minda dan keupayaannya, saya mendengarnya dengan perasaan teruja tetapi penuh hati-hati.

Saya merasa teruja dan gembira kerana dapat mempelajari sesuatu yang baru. Saya juga rasa bersyukur kerana ada di kalangan manusia yang berusaha bersungguh-sungguh melakukan kajian berkenaan sesuatu bidang ilmu dan kemudian berkongsi dengan orang ramai supaya mereka mendapat manfaatnya.

Saya mendengar dengan penuh hati-hati kerana..

..ada kemungkinan dapatan kajian saintifik itu benar tetapi kesimpulan yang dibuat tidak tepat. Oleh itu ianya bakal mengelirukan orang ramai dan akhirnya mereka mengamalkan sesuatu yang tidak benar. 


Kajian Neuro-Saintifik

Berdasarkan kajian neuro-saintifik, satu kesimpulan telah dibuat yang menyatakan bahawa faktor-faktor bagi mencapai sesuatu matlamat yang diusahakan seperti kerajinan, fokus dan tidak berputus asa itu hanyalah produk sampingan kepada sesuatu yang lain.

Sesuatu yang lain itu ialah satu mindset / ketetapan minda yang mempercayai minda mampu untuk meningkat dan berkembang. Oleh itu kajian ini lebih menumpukan kesan kepada dua senario iaitu;

1) Satu kelompok yang percaya keupayaan minda boleh berkembang.
2)  Satu kelompok yang tidak percaya keupayaan minda boleh berkembang.


Perbezaan utama diantara kedua-dua kelompok ini adalah;
perspektif / persepsi mereka tentang kepintaran (intelligence).

Kajian mendapati:

Kelompok Yang Tidak Percaya  Kelompok Yang Percaya
1. Otak menjadi aktif apabila mendapat maklumat bagaimana seseorang itu perform. Sebagai contohnya, mendapat markah yang lebih tinggi.  1. Otak menjadi aktif apabila mendapat maklumat bagaimana seseorang itu dapat membuat lebih baik kemudiannya. 
2. Memberi fokus kepada bagaimana mereka dihakimi. 2. Memberi fokus kepada pembelajaran.
3. Bagaimana saya boleh dilihat pandai? 3. Bagaimana saya boleh belajar?
4. Pujian oleh cikgu kepada pelajar untuk membangunkan minda yang fixed. 

Awak sememangnya pandai dalam menjawab soalan ini.


Hasilnya adalah pelajar yang kemudiannya takut untuk mencuba soalan yang difikirnya diluar kemampuannya.
4. Pujian oleh cikgu kepada pelajar untuk membangunkan minda yang tidak fixed.

Awak tentu telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan ini.

Hasilnya adalah pelajar yang berani mencabar diri membuat soalan yang lebih sukar.

Berdasarkan kajian itu juga, didapati mindset boleh diubah. Mindset yang berubah kepada positif menghasilkan perbuatan yang positif. Mindset ini berubah setelah kepercayaan itu berubah. Maksud kepercayaan berubah di sini ialah percaya bahawa kepintaran dan keupayaan insan boleh dibangunkan. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...