Kehendak dan Kudrat.
Apakah hikam ini?
Jawapan kepada ini tidak akan diberikan secara langsung dengan dalam satu ayat. Tetapi akan diterangkan secara berperingkat dalam artikel-artikel yang akan dikeluarkan. Dengan izin Allah jua.
Yang pastinya hikam seperti ini bukanlah pakaian kepada mereka yang suka bermalas-malasan, tidak mahu membaca, tidak mahu berfikir, tidak mahu memerhatikan alam dan tidak mahu praktis.
Disini juga suka dinyatakan bahawa hikam ini bukanlah merujuk kepada satu-satu modul sahaja. Banyak modul lain dari pelbagai bidang menggunapakai kalimah “hikam” ini.
Berbalik kepada 3 sifat utama yang diterangkan sebelum ini. Yakni ilmu, kehendak dan kudrat.
Dalam satu kejadian, seseorang telah keliru berkenaan apa itu kehendaknya dan kudrat yang terzahir. Sebenarnya hal seperti ini berlaku berulang-ulang kali dalam alam ini. Ianya berlaku kepada diri kita dan semua manusia yang lain.
Itulah yang membezakan antara seseorang yang dapat bermuhasabah kemampuan dirinya dengan seseorang lain yang tidak mampu. Orang yang dapat mencatur dan mengatur dengan waspada dan saksama sudah tentu dapat melaksanakan perancangannya.
Manakala orang yang hanya berkehendak, walau bagaimana pun kehendak itu. Tetapi tidak memiliki kudrat yang setanding untuk melaksanakannya akan hanya tinggal niat semata-mata.
Selain azam dan semangat untuk melakukan sesuatu, haruslah kita perhatikan kadar kemampuan kita melakukannya. Oleh itu kita perlulah realistik. Jika kita mengirakan ianya tidak mampu dilakukan maka janganlah kita lakukan. Tetapi perkiraan seperti ini juga bukanlah pengiraan sembrono.
Mengira mestilah berdasarkan ilmu yang benar. Ilmu yang benar-benar mendatangkan manfaat. Apa yang mungkin berlaku juga ialah mengira dengan ilmu yang tidak benar. Maka salahlah perkiraan mereka.
Mendengar bicara seperti ini, ada yang menentang kebenarannya. Kebanyakan mereka ialah daripada yang merasakan keinginan mereka yang tinggi mampu menyebabkan mereka mampu melakukan apa sahaja. Tetapi keinginan seperti itu hanyalah nafsu semata-mata yang ingin melakukan itu dan ini tanpa melihat kepada kemampuan sebenar.
Sekiranya mereka ini musuh-musuh atau pesaing-pesaing anda, sudah tentu mudah bagi anda mengalahkan mereka. Asalkan anda beramal dengan hikam.
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment