Monday 1 January 2018

Apakah maksud Zionis / Zionism di Israel ? - Pandangan Christopher Bollyn




Rahsia Israel menguasai Baitul Muqaddis.

Lagi maklumat yang penting bagi memahami apa yang berlaku kepada Baitul Muqaddis khususnya dan juga Palestin amnya. Juga perkaitan kejadian 9/11 sebagai pencetus utama kepada usaha merampas Baitul Muqaddis daripada Palestin. 

Seterusnya melihat apakah perancangan Israel seterusnya untuk mencengkam Baitul Muqaddis yang diisytiharkan oleh Amerika Syarikat sebagai milik mutlak Israel.

Berikut adalah sebahagian petikan sesi temubual yang dijalankan oleh Derrick Broze dengan Christopher Bollyn. (Terjemahan Bebas)

Boleh anda memberikan takrif Zionisme untuk kami? 

Negara Israel itu dipanggil sebagai negara zionis. Ia satu negara yang dibina atas matlamat zionisme iaitu satu ideologi politik. Bukan ideologi agama, bukan ideologi bangsa, ia adalah satu ideologi politik.

Jadinya sesiapa sahaja boleh jadi zionis?

Ya, sudah tentu. Ada orang Islam zionis, ada Kristian zionis. Apa yang saya temui daripada hasil kajian yang telah saya lakukan mereka yang terlibat dalam perancangan 9/11 bukan calang-calang zionis. Mereka ini adalah ahli zionis dari peringkat tertinggi. Yakni pada hierarki tertinggi dalam pertubuhan organisasi zionis. Seperti yang saya katakan tadi ia adalah satu ideologi politik.

Pada hari ini ideologi zionisme dizahirkan dalam bentuk parti politik Likud. Ia kini menguasai politik di Israel sejak 1977. Yakni semenjak doktrin (idea) kempen memerangi keganasan dan kejadian 9/11 mula dirancang. Yang penting ialah plot 9/11 ini serta kempen memerangi keganasan boleh diibaratkan sebagai 2 sisi daripada satu duit syiling yang sama. Inilah "duit syiling" yang dihasilkan oleh parti Likud.

Parti Likud atau L.I.K.U.D di Israel adalah satu kumpulan pengganas lama di Israel. Ia diasaskan oleh Menachem Begin. Dan dalam tahun 1977,  Menachem Begin mendapat tampuk kekuasaan di Israel. Disinilah bola mereka mula bergolek (rancangan bermula).

Dalam siasatan anda, anda melihat cap-cap jari Israel dan tapak kaki mereka di tempat jenayah?

Tepat sekali. 

Bagaimana pula kata-kata orang menyebut bantuan kewangan daripada Pakistan atau Arab Saudi?

Benda-benda ini sebenarnya bukan perancangan yang utama. Kerana ini adalah satu operasi yang dirancang dari peringkat tertinggi bagi mencapai matlamat tertentu oleh perisikan yang dijalankan oleh negara terlibat. Ia bukan dari Pakistan dan bukan dari Arab Saudi. Malah ia bukan dari Amerika Syarikat sendiri. Ia adalah operasi daripada Israel. Satu perancangan oleh perisikan Israel sejak 1970-an. 

Ia mengambil masa 30 tahun untuk melaksanakan perancangan tersebut. Sehinggalah kini kita sekarang berada dalam zaman dimana kempen memerangi keganasan itu asalnya dicipta oleh Israel sendiri. Ia bukan kepentingan Amerika Syarikat, bukan Saudi Arabia dan bukan kepentingan Pakistan. Ia adalah perancangan Israel untuk melakar semula peta di Timur Tengah. 

Adakah anda menyokong teori bangunan WTC runtuh disebabkan bahan letupan yang diletakkan dalam bangunan ketika 9/11?

Ya, bangunan itu memang meletup. Itu jelas. Ia meletup daripada atas ke bawah.

Kalau begitu, MOSSAD iaitu perisikan Israel telah berjaya masuk ke kedua-dua bangunan tersebut dan meletakkan bahan letupan?

Sudah tentu ya, Larry Silverstein iaitu seorang pelaku zionis yang penting, juga sebagai Pengerusi Kebangsaan kepada Lembaga Pelobi Israel, satu badan yang mengusahakan bantuan dana kepada negara Israel. Dia ini menelefon Netanyahu setiap minggu untuk bertahun-tahun sebelum berlakunya 9/11. Setiap petang hari Ahad, Netanyahu dan Larry Silverstein ini akan berbual melalui telefon. 

Bagi siapa yang belum tahu siapa Larry Silverstein, dia adalah pemilik World Trade Center dan menjadi kaya sebab kejadian 9/11.

Ya. Ya. Jadinya, Larry Silverstein adalah ibarat Godfather kepada 9/11 manakala Netanyahu adalah Godfather kepada kempen memerangi keganasan. Netanyahu telah menerapkan doktrin kempen memerangi keganasan sejak tahun 1979. Dia tulis buku mengenainya, beri ceramah, seluruh karier dia adalah membuat urusan ini.

Sekarang.. apabila anda melihat apa yang berlaku di Syria, sebenarnya adalah pelaksanaan rancangan Israel untuk memecah-mecahkan negara-negara Arab kepada serpihan-serpihan. Ia memecah-belahkan persatuan negara-negara Arab. Iraq dan Syria adalah target pertamanya. Itulah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat sekarang ini. Memusnahkan ketenteraan Iraq dan Syria, dan memecahkan mereka kepada pecahan mengikut etnik, sebagaimana yang dilakukan terhadap Yugoslavia. 

Itulah model yang mereka gunakan.

Ramai orang di Internet suka memetik kata-kata kita dan memutar belitkannya ikut apa yang dikehendaki mereka. Ada beberapa tohmahan terhadap anda di internet dan ada orang yang meminta berhati-hati dengan anda. Mengatakan anda anti-yahudi dan anti-semitik dan lain-lain. Saya ingin berikan anda peluang untuk menjelaskan perkara seperti ini.

Urusan kita ini bukanlah menentang sesuatu etnik atau agama. Ia adalah sejenis ideologi politik, Zionisme. Tujuan zionis adalah pembentukan negara Israel. Ada pendokong utama zionisme ini adalah seperti keturunan Rothchild di Britain, beberapa pembentukan organisasi lainnya di seluruh dunia. 

Mereka yang melaksanakan 9/11 adalah sebahagian kecil daripada pergerakan zion itu. Tetapi sebahagian kecil itulah yang menjadi dominan pada hari ini. Kumpulan kecil ini bersifat kejam dan psikopath, itulah parti zionis Likud. Menachem Begin, Yittzak Shamir, Ariel Sharon dan Netanyahu. Mereka itulah orangnya yang kita perkatakan sekarang ini. Kalau ada orang hendak mengatakan ia adalah disebabkan kumpulan zionisme yang lain, itu pilihan mereka sendiri. 

Tetapi bukti-bukti menunjukkan kumpulan inilah disebalik 9/11, mereka merancang dan melaksanakan kempen memerangi keganasan. 

Dengan bukti-bukti terbaru yang anda perolehi dan perkembangan semasa kini. Kita ada kajian terbaru daripada Universiti Alaska yang menyimpulkan bukan api yang menyebabkan runtuhan 9/11. Adakah anda fikir akan ada peluang untuk satu siasatan semula oleh kerajaan Amerika dan jika tidak apakah harapan anda terhadap orang ramai, para aktivis, penyelidik online boleh buat? 

Kerana kita boleh kumpul banyak maklumat tetapi akhirnya mereka (zionis) yang mengawal media, akademik dan pelbagai sumber maklumat maka mereka dapat mengawal paradigma. Maka adakah anda berfikir kita dapat memenangi kebenaran mengenai 9/11? Jika tidak apa yang perlu kita buat?

Begini, pertama sekali kebanyakan fakta-fakta mengenai 9/11 sudah terdedah di luar sana. Jadi kita perlu menambah lagi jumlah orang yang sedar dan perihatin terhadap perkara ini. Mengenai tujuan sebenar kempen memerangi keganasan dan hakikat 9/11. Inilah peperangan paling lama dalam sejarah Amerika Syarikat. Banyak memakan duit rakyat Amerika Syarikat sendiri. 

Ia memusnahkan imej dan prestij Amerika Syarikat sendiri. Malah seluruh dunia. Seperti saya sebutkan, kebenaran mengenai 9/11 itu sendiri dapat menghentikan peperangan ini. Rakyat Amerika Syarikat perlu bangun dan sedar yang perang itu adalah sesuatu yang memusnahkan bangsa kita dan gaya hidup kita, sebagaimana juga kepada negara-negara yang kita serang.

Seperti anda katakan tadi, media arus perdana adalah antara pihak yang menyembunyikan kebenaran ini. Ia juga dikawal oleh orang yang sama merancang 9/11. 

Kita juga memperkatakan tentang pihak bank-bank. Konglomerat besar yang menguasai media dalam negara ini. Duit dan dana daripada Rothchild. Contohnya Bank Murdock dilahirkan oleh Rothchild! Jadi dia menguasai 160 penerbitan surat khabar dan dia menyokong kempen perang.

Tetapi jika kita ada satu jumlah orang yang mencukupi yang menyedari penipuan 9/11 dan kempen memerangi keganasan, rancangan jahat mereka ini akan hilang kekuatannya. Yang kita perlukan adalah revolusi kesedaran. Lagi ramai yang menyedarinya, lagi cepatlah perubahan berlaku. 

Tetapi sekarang ini tangan kita diikat kerana media yang dikawal oleh mereka ini mengawal pemikiran hampir semua rakyat Amerika. Maka ini adalah perjuangan yang mencabar. Kerana mereka sudah mengawal kuasa politik, kuasa kewangan dan mengawal fikiran rakyat Amerika. 



(Lain-lain)

Boleh melihat Website saya di www.bollyn.com. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...