Monday 1 February 2016

Kajian Klinikal : Khasiat dan Kelebihan Gam Arab Untuk Diabetes dll




Ada yang menamakannya sebagai gam arab, gam pokok akasia, manna dan Acacia senegal. Ia adalah getah pokok akasia yang membeku.


Ada yang mengaitkannya dengan makanan yang dipanggil al-manna. Al-manna ialah nama salah satu daripada dua makanan yang diturunkan kepada umat Nabi Musa a.s iaitu Al-manna dan Salwa. Namun demikian, kesahihan perkaitan itu memerlukan kajian lebih lanjut.

Walaubagaimanapun, sudah banyak testimoni yang menunjukkan khasiat makanan gam arab ini. Apa yang lebih menarik ialah beberapa kajian klinikal telah dibuat terhadapnya dan membuktikan secara saintifik mengenai mengenai khasiat gam arab dari segi perubatan. Khususnya bagi penyakit diabetes dan jantung.

Gam Arab juga mempunyai gred tertentu.
Gambar Wiki - By Gixie 
Apakah khasiat dan kelebihan gam arab atau arabic gum ini?

Satu kajian klinikal menunjukkan pengambilan serbuk gam arab sebanyak 4 gram sebagai makanan tambahan setiap hari telah memberikan kesan positif seperti berikut. (Rujukan : Kajian 1)

  • Menurunkan paras gula setelah 2 jam mengambil makanan (post prandial sugar level).
  • Menurunkan paras gula ketika berpuasa (fasting blood glucose)
  • Menurunkan paras kolestrol (triglyceride, LDL, VLDL dan HDL)
  • Menurunkan paras tekanan darah tinggi. 

Kajian tersebut dijalankan terhadap 45 orang penghidap kencing manis type-2 yang dipecahkan kepada 3 kumpulan mengikut kadar pengambilan serbuk gam arab iaitu 2 gram, 3 gram dan 4 gram. Hasil kajian adalah berdasarkan 28 hari pengambilan serbuk itu sebagai tambahan kepada diet seharian. 



Kaedah pengambilan dalam kajian tersebut : sebelum sarapan.

Kajian itu juga menunjukkan gam arab adalah berguna kepada penghidap kencing manis dan juga bagi penyakit jantung (coronary artery).

Gambar Getah Pokok Akasia
- http://news.sudanvisiondaily.com

Berbagai kaedah pengambilan.
  1. Serbuk - dilarut dalam air - minum.
  2. Ketulan - Dilarut dalam air - minum.
  3. Ketulan - Kumam dalam mulut.
Oleh kerana kajian-kajian klinikal masih lagi dijalankan, maka tiada cara khusus yang dikenalpasti mengenai cara pengambilan yang terbaik. Cara yang diamalkan oleh sesetengah orang ialah dengan memasukkan ketulan ke dalam air putih dan biarkan ianya larut selama 40 minit. Kemudian air tersebut dibuat minuman dari masa ke semasa.

Ketulan gam arab yang larut dalam air mineral selepas 40 minit.
Dibawa untuk minum dari masa ke semasa.
Menurunkan paras glikamik

Para glycemic bagi gula ialah 100. Sekiranya sesuatu makanan itu kurang daripada 55, kandungan glukosanya lebih lambat diserap oleh badan dan baik bagi penghidap diabetik.

Roti Gardernia yang sesuai bagi penghidap diabetes
mempunyai nilai Glycaemic Index (GI) 55.

Ia juga dikatakan boleh menjadi sebagai agen menurunkan paras glycemic (kadar serapan glukosa pada makanan) sesuatu makanan itu. Kerana ia mempunyai fiber yang banyak. Walaupun kajian di atas menunjukkan sedemikian tetapi kajian klinikal yang lebih khusus terhadap sifat glycemic gam arab ini diperlukan bagi memastikan lagi cara pengambilan yang lebih efektif.

Oleh kerana itu ia mungkin lebih praktikal daripada mengambil air berlendir sayur bende atau air barli pekat.

Sebenarnya banyak lagi khasiat yang dikaitkan dengan gam arab seperti untuk pesakit buah pinggang, batu karang dan banyak lagi. Tetapi artikel ini adalah berdasarkan kajian klinikal yang dibuat seperti dinyatakan sahaja.

Rujukan.
Kajian 1MANAGEMENT OF TYPE 2 DIABETICS BY INDIAN GUM ARABIC (Acacia nilotica) PODS POWDER
Kajian 2 - Renal and extrarenal effects of gum arabic ( Acacia senegal )--what can be learned from animal experiments?
http://news.sudanvisiondaily.com/details.html?rsnpid=202780
Gambar Wiki - By Gixie http://www.wikirestauro.it, CC BY-SA 3.0, $3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...