Sunday 21 February 2016

CADANGAN AKTA BLOGGER


Ada cadangan daripada pihak kerajaan untuk menggubal satu Akta yang berkaitan dengan blogger yang mana bagi mengekang pihak tertentu bagi mengeluarkan berita-berita fitnah. (Sumber berita di sini)

Kaedah yang ingin digunapakai ialah dengan mewajibkan penulis-penulis blog supaya berdaftar dengan KKM. Maka tiadalah lagi penulis-penulis blog yang tidak dikenali atau identitinya misteri. 

Mungkin hasilnya nanti, tiada lagi penyangak-penyangak bertopeng seperti perompak dan pencuri. Tetapi akan tiadalah juga hero-hero bertopeng seperti Zoro, Batman, Spiderman, Robin dll sebab mereka akan diwajibkan untuk berdaftar dengan KKM. 

Malaysia adalah sebuah negara yang meraikan penggunaan internet dan antara negara yang terawal menggalakkan kemudahan internet secara meluas di kalangan rakyatnya dengan memberikan bermacam-macam inisiatif. Sudah tentu pada awalnya bagi tujuan positif. Kementerian Multimedia dan Komunikasi pada ketika itu membuat kempen menggalakkan kandungan internet tempatan yang dari segi positifnya menggalakkan perkongsian maklumat dan perkembangan ilmu.

Kempen itu sebenarnya memang menjadi. Sehingga pada satu ketika pihak Jepun mengeluarkan kenyataan Malaysia akan menerajui bidang IT kerana pesatnya kegiataan dan pembangunan IT di Malaysia. 

Tetapi bila berlaku perlaksanaannya tidak semua dapat dirancang menjadi positif. Contohnya dalam suasana berpolitik, terdapat penulis-penulis upahan yang dibayar bagi tujuan menjatuhkan pihak lawan. Terdapat funding yang besar digunakan oleh pihak-pihak yang berkecimpung dalam bidang ini. Penulis-penulis upahan yang banyak dan berpengaruh dapat memberikan kerosakan kepada karakter lawan seterusnya mempengaruhi persepsi pengundi di peringkat on the ground.

Penulisan seperti ini dikesan pada awalnya dari kalangan pihak parti pembangkang di Malaysia yang mana mereka menggunakan cybertroopers tidak bernama menyebarkan berita-berita dan propaganda bagi kepentingan tertentu. Perlu diingat cybertroopers tidak semestinya dalam bentuk bloggers. 

Terdapat platform-platform lain yang mungkin sukar dikaitkan dengan blogging seperti facebook, instagram, whatsapp, twitter dll. Pelbagai bentuk platform-platform baru bakal muncul dari masa ke semasa yang menjadikan platform lama menjadi tidak popular dan mungkin pupus.

Terdapat juga cybertroopers yang ditugaskan untuk memonopoli komen-komen di portal-portal dan facebook berpengaruh. Cybertroopers seperti ini kurang diberi perhatian tetapi memberikan kesan yang besar kepada pembaca-pembaca komen. Sudah tentu mereka ini tidak dapat disenaraikan sebagai bloggers dan dikesan identiti.

Beberapa Persoalan?

Jika isu pembunuhan karakter adalah menjadi punca utama perlu diwujudkan Akta Blogger?

Jika ya. Perlulah dilihat adakah kemungkinan kegiatan cybertrooping yang negatif ini akan berhenti jika Akta Blogger ini dilaksanakan? 

Pelbagai blogs juga telah dibuat oleh pihak politik pro-kerajaan BN bagi menyeimbangkan serangan dari tulisan politik pihak pembangkang kerajaan. Mereka ini ada yang menggunakan nama peribadi dan ada juga nama samaran. Sudah tentu Akta blogger ini memberi kesan  kepada mereka juga. Kesan dirasakan oleh kedua-dua belah pihak dan bukan sebelah pihak sahaja. 

Pihak manakah sebenarnya lebih bersedia bagi menghadapi Akta Blogger ini? 

Pihak manakah yang lebih berada di posisi advantage dengan Akta Blogger ini?

Mengambil kira jumlah cybertroopers di kedua-dua belah pihak, dilihat cybertroopers BN banyak berpaksikan blogging dan facebooking. Ada juga yang memberikan tentangan sengit melalui sebarang twitter dan whatsapp. Perlu diingat di dalam sejarah internet negara, kemasukan mereka ini ke alam cyber agak lewat berbanding establishment pihak pembangkang.

Cybertrooping pembangkang lebih mempunyai kepelbagaian platform. Dipercayai mereka dapat mengadaptasi dengan cepat dengan kehendak Akta Blogger ini dengan mengekalkan kekuatan dan kelebihan platform tertentu yang tidak dapat disenaraikan sebagai blogging atau apa yang menjadi loopholes di dalam Akta.

Diharapkan juga Akta Bloggers ini tidak merencatkan perkembangan dan perkongsian ilmu di kalangan bloggers bukan politik. Kerana maklum bloggers orang kita ini perlu inisiatif dan mereka mungkin malas untuk register nama dengan KKM bila buat blog secara sukarela. Jika berlaku sudah tentu bertentangan dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan kandungan tempatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...