Wednesday 17 February 2016

Faiz Subri Menang Puskas Award 2016?

Di peringkat antarabangsa sekarang ini sibuk mereka yang terlibat atau minat bolasepak berdiskusi tentang perkara ajaib ni. Ramai yang berpandangan pemain bolasepak Pulau Pinang, Malaysia, Faiz Subri besar kemungkinan menang Puskas Award 2016. 

Padahal ni baru je Februari 2016, tak habis tahun lagi. Kenapa dia orang kecoh-kecoh pasal award Puskas ni. Award Puskas ni apa kebendanya pun aku tak tahulah.

Owhh, rupanya award ni diberikan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kepada mana-mana pemain bolasepak lelaki atau perempuan yang berjaya menjaringkan gol paling esktetik atau paling cantik dalam tahun itu.

Gol daripada Faiz Subri

Macam dalam video itu jelas sepakan daripada Faiz bukan sahaja lencong tetapi juga seolah-olah bertentangan dengan hukum fizik. Sampai penjaga gol pun confuse. Seolah-olah tersihir. 

Sepakan ini mengulangi kenangan lampau sepak lencong Roberto Carlos dari Brazil dan dikatakan belum ada lagi sepak lencong yang lebih menarik dari itu sehinggalah gol hasil sepakan percuma Faiz Subri ini.

Walau macamana pun kenalah tunggu tahun depan untuk kita tau Faiz menang tak Puskas Award nih.


Legenda Roberto Carlos

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...