Monday 15 February 2016

Abangla.. ada 3d juga kirja..

Ingatkan 3d maksudnya 3 dimensi, ala-ala 3d animasi macam tu. Tapi rupanya kerja dangerous, dirty dan difficult. Kerja-kerja bahaya, kotor dan susah. Kalau animasi 3d kita dah ada upin dan ipin, boboiboy dan beberapa kartun animasi yang telah diterbitkan. 

"Abang kita kirja 3d sini abang"

Tang animasi 3d ni ada orang kita yang nak kerja tapi tang 3d yang hat satu lagi ni tak ada pulak orang nak kerja. Tapi ada yang dengki bila pekerja Bangladesh memohon masuk Malaysia bagi mencari kerja yang halal walaupun 3d. 

Tang ni difficult and dangerous, ada ka orang kita buat lagu ni?
Cuba pi tengok kat stesen ketapi. 
Yang diberitahu kemasukan abang-abangla ni bukannya sekaligus 1.5 juta macam itu. Tapi beransur-ansur. Nak ikutkan PATI dalam negara ni pun dah berapa juta kan? Itu illegal dan boleh menambahkan masalah sosial dan kadar jenayah. 

Tapi bayangkan berberapa juta yang illegal tu digantikan dengan 1.5 juta yang masukannya secara terkawal, berperingkat dan secara bio-metrik. Sudah tentu akan ada penurunan jenayah yang signifikan di situ. 

"Abang.. jangan marah sama kita abang, mau kirja 3d sahaja" 

Apa-apahal peluang yang pekerja-pekerja Bangladesh dapat ni adalah disebabkan kelemahan orang kita juga. Mungkin kerana penangan sebab mengejar harta benda, pangkat dan kedudukan, sampai memandang rendah kepada pekerjaan yang dianggap kotor dan hina. Macamana kita nak marah orang Bangladesh ni pulak?

Mungkin cabaran buat kita semua untuk bermuhasabah diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...