Tuesday 2 February 2016

Edisi Siasat : Betul Ke Ada Masjid Ditutup Tapi Ada Azan Secara Ajaib Di London



Tajuk yang diberikan kepada klip video di Youtube ini ialah 
"Miracle by allah azan is given in mosque by no one". Dikatakan berlaku di suatu masjid di London.


Terdapat juga klip video yang disebarkan melalui whatsapp dan mungkin juga medium siber yang lain. Mesej yang diviralkan ialah seperti ini;
Video sebuah masjid yang sudah rasmi ditutup oleh kerajaan England malah sudah tidak ada lagi aktiviti didalamnya, tetapi masih terdengar dari masjid tersebut suara azan setiap.kali masuk waktu solat. SubhãnALLAH...  
Sungguh ajaib. Terlihat ramai wartawan yang membuat liputan dan merakam kejadian ini.  
Kejadian ini berlaku di London.. Masjid ini telah diarahkan oleh pihak berkuasa supaya semua aktivitinya di hentikan dan masjid ini juga telah pun di tutup.. tidak ada lagi supply elektrik bahkan dikawal ketat. 
Namun dengan kuasa Allah setiap kali waktu solat tiba ternyata masih berkumandang azan walaupun tidak ada siapapun di dalam masjid yang kosong itu, malah muazzin yang melaungkan azan juga tiada.. Allah menunjukkan kebesaran-Nya......Allahu Akbar...  
(Sila share keajaiban ini).

Adakah ini satu fitnah yang sengaja diviralkan bagi memburukkan Islam? Mari kita siasat.


Yang sebenarnya ialah..




Sebuah Masjid di Sweden mendapat permit
untuk mengalunkan azan buat pertama kalinya.
Nama Masjid tersebut ialah Fittja Grand Mosque di Stockholm.


Ini link bagi sumber berita lainnya.




Persoalannya ialah mengapa berita Hoax atau rekaan tersebut sengaja dibuat dan diviralkan. 

Adakah kita di akhir zaman yang penuh dengan fitnah? 

Adakah kita akhirnya share berita-berita yang sebenarnya rekaan fitnah oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda sendiri?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...