Monday 3 April 2017

Dakwaan Rawatan Alternatif Kepada Kanser?



Kanser atau cancer bila diterjemahkan kepada Bahasa Melayu ia dipanggil Barah.

Seorang rakan memberitahu saya memberitahu yang beliau pernah menghidap barah di bawah ketiak ketika kanak-kanak. Bapanya hanya mengubat barah tersebut dengan ramuan herba tradisional seraya dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Rakan saya itu sembuh dari barah itu dan terus hidup dan dapat menceritakan kepada saya kisah itu. Beliau juga mendakwa penyakit barah ini adalah penyakit biasa sahaja bagi keluarganya.

Ketika cerita ini diterjemahkan kepada penulisan rakan saya itu masih lagi hidup sihat dan beranak-pinak. Mungkin penyakit barah adalah sejenis penyakit yang parah (serius) tetapi ia bukanlah penyakit yang fatal kepada masyarakat Melayu dahulu-kala. Ia tidak dikenali sebagai penyakit maut.

Tetapi zaman moden mengenalinya sebagai demikian. Ia adalah penyakit fatal dan sekiranya menghadapinya perlulah menjalani prosedur rawatan yang menyulitkan seperti kemoterapi.

Baru-baru ini saya mendapat satu video seperti di atas yang dibuat oleh pihak tertentu dengan dakwaan-dakwaan tertentu berkaitan kanser / cancer / barah. Antara dakwaan video ini ialah kanser itu bukanlah penyakit tetapi adalah satu bisnes. Seterusnya ia mempromosikan satu perubatan yang berasaskan apa yang dinamakan sebagai Vitamin B17.

Video ini membuat kesimpulan kanser adalah bukannya penyakit tetapi adalah kekurangan Vitamin B17. Apabila disemak, terdapat banyak dakwaan yang menyatakan sedemikian tetapi banyak pula dakwaan sebaliknya dari pihak yang menyokong perubatan moden. Seperti baru-baru ini pun, Kementerian Kesihatan UAE telah menafikan Vitamin B17 sebagai ubat kanser. Link.

Satu artikel daripada Dr Mercola pula menyokong pengubatan kanser berasaskan Vitamin B17 ini seperti di sini. Artikel ini menyatakan seorang pengkaji perubatan terkenal pada suatu ketika dahulu, Dr Kanematsu Sugiura telah melakukan kajian terhadap Vitamin B17 ini dan mendapatinya sesuatu yang sangat efektif sebagai rawatan kanser. Namun demikian berlakunya tentangan daripada syarikat besar yang menghasilkan rawatan perubatan kanser moden maka penemuan ini dinafikan. Segala perincian cerita politicking itu dapat dibaca di dalam artikel Dr Mercola tersebut.

Artikel Dr Mercola ini juga ada menyebut kajian-kajian saintifik lain yang turut menyokong penemuan Dr Kanematsu Sugiura itu. Namun demikian, pada pandangan Dr Mercola walaupun Vitamin B17 dapat membantu kesembuhan dan efektif tetapi ia bukanlah ubat total kepada kanser.

Ia bukanlah terhad kepada Vitamin B17.

Saya juga ingin menarik perhatian pembaca kepada berita seorang wanita penghidap kanser payudara dari London yang enggan melakukan rawatan kemoterapi. Sebaliknya beliau memilih menjalani diet khusus bagi melawan kanser yang dihadapinya. Antara ramuan yang digunakan ialah turmeric ataupun kunyit. Akhirnya beliau diberitakan sembuh dari kanser tersebut. Beritanya di sini.

Apa yang menarik ialah dakwaan wanita ini, "kunyit membuatkan sel kanser membunuh diri".

Sebenarnya banyak kajian klinikal yang menyokong ke arah itu. Cuma wanita ini menjadikannya lebih ekstrim sebagai ubat utama bagi rawatan kansernya. Rawatan pengubatan moden pula tidak membangunkan herba seperti kunyit bagi tujuan rawatan asas.

Curcumin pula adalah bahan aktif yang diekstrak dari turmuric dan dianggap sebagai bahan yang mempunyai sifat-sifat efektif bagi kunyit itu. Kini pil-pil curcumin boleh didapati di farmasi dan boleh dibeli oleh orang ramai. Curcumin adalah dalam bentuk serbuk kunyit yang mempunyai warna oren atau kuning yang sangat pekat.

Cuma dikatakan masalah bagi curcumin ialah kadar penyerapannya di dalam darah adalah rendah. Dengan itu syarikat pengeluar pil biasanya menyertakan sekali bahan seperti lada hitam yang dipercayai dapat meningkat kadar penyerapan tersebut.

Banyak lagi rawatan alternatif di luar sana yang memungkinkan penyembuhan kepada penyakit kanser. Tuhan tidak menciptakan sesuatu penyakit itu kecuali diciptakan juga ubatnya. Manusia pula sekadar berusaha bagi mencari segala sebab dan bertawakal kepada kesan akibatnya.

CUMIN
Produk Curcumin dari Live-Well
Antara produk pil curcumin yang boleh didapati di pasaran.

_*<TAMMAT>*_

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...