Sunday 30 April 2017

Pandangan Orang Rohingya Terhadap Tindakan Politik PM Malaysia


Ada orang mengatakan tindakan DS Najib selaku PM Malaysia membantu orang Rohingya dan memperjuangkan isu mereka adalah bagi kepentingan politik peribadi semata-mata.

Mereka yang mengetuai pandangan ini sudah tentu adalah dari kalangan orang Burma yang melaksanakan genosid atau pun pembersihan etnik terhadap orang Rohingya di Myanmar itu. Kemudian diikuti pula oleh orang lain yang turut terpengaruh dengan dakwaan ini termasuklah segelintir kalangan rakyat Malaysia sendiri. 

Maka apakah pandangan orang-orang Rohingya sendiri dalam isu ini? 

Berikut adalah kutipan pandangan yang dibuat oleh M.S Anwar selaku editor Rohingya TV Vision. 
Seorang lelaki Rohingya dari Maungdaw telah memberikan pandangannya "Kita telah menghadapi pembunuhan etnik sejak lama dahulu. Tidak ada satu kerajaan pun yang bersuara untuk kita. Dengan demikian, inisiatif yang diambil kerajaan Malaysia itu memberikan harapan untuk kita meneruskan kehidupan di sini (Arakan)".

Pengarah Urusan Rohingya Vision TV, Muhammad Noor pula mengulas "PM Najib berhadapan dengan kritikan yang tidak sepatutnya selepas beliau memutuskan untuk menyatakan pendirian di dalam isu Rohingya ini. Beliau adalah pemimpin politik nasional, dengan itu sudah menjadi lumrah bagi semua orang mempunyai persepsi yang apa sahaja dilakukannya adalah berasaskan politik. Malah sekiranya betul pun beliau melakukannya atas alasan politik, itu bukanlah satu langkah politik negatif yang mendatangkan keburukan kepada orang lain tetapi sebaliknya adalah langkah politik positif yang membantu satu kumpulan manusia yang sedang menghadapi pembunuhan etnik".

Muhammad Noor seterusnya menambah "Saya berpandangan tindakan meremehkan inisiatif beliau untuk menyokong isu Rohingya dan banyak isu yang lainnya dan mengkritik beliau atas sebab itu adalah tidak adil kerana komuniti Rohingya sendiri mengalu-alukan tindakan beliau dan kami berterima kasih kepada beliau untuk itu. Kami benar-benar menghargai usaha beliau".

Hafiz Mohamad, seorang pelarian Rohingya ketika ditemui semasa Perhimpunan 4 Disember 2016 di Kuala Lumpur menyatakan "Kami merasakan hidup semula selepas Perdana Menteri Malaysia bersuara mengenai pembunuhan etnik kami di Arakan. Ini adalah cahaya pengharapan buat kami. Dengan itu juga kami boleh berharap penghidupan kami di Malaysia sebagai pelarian akan bertambah baik dalam jangka pendek atau panjang. Tetapi untuk itu kami juga perlulah bersikap sabar".

Beberapa aktivis penting seperti Tun Khin, Presiden Burmese Rohingya Organisation yang berpusat di UK, menganggap tindakan PM Malaysia itu tepat pada masanya dan sangat penting dalam menyelesaikan krisis Rohingya. Ia turut memudahkan aktivis seperti dirinya untuk melobi kerajaan-kerajaan negara yang ada dan membawa isu Rohingya bagi mendapatkan perhatian antarabangsa".

"Beliau telah mengambil langkah yang besar dalam memperjuangkan isu Rohingya dan menyelesaikan inti pati permasalahan. Tindakan beliau turut memudahkan kerja kami sebagai aktivis.  Saya juga turut berhadap keadaan pelarian di Malaysia akan turut bertambah baik selepas ini".

Bagi melarikan diri daripada pembunuhan sudah tentu orang Rohingya
sangat memerlukan bantuan daripada negara lain.
Seorang Rohingya bernama Farudullah seorang ahli perniagaan yang bertindak menjadi pembantu kepada Mufti Ismail Menk, ketika Mufti itu datang melawat Perdana Menteri ketika kunjungan ke Malaysia menyatakan "Perdana Menteri Malaysia sendiri membangkitkan isu Rohingya di dalam perbualan dengan Mufti Menk. Saya sangat suka melihat simpati beliau kepada umat Islam keseluruhannya dan dalam situasi ini secara khususnya Rohingya. Beliau telah memberikan contoh yang mulia dengan melakukan sedemikian. Kami sangat berterima kasih kepada beliau. Semoga Allah memberkati beliau".

Kesimpulan dari M.S Anwar, masyarakat Rohingya berterima kasih kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya, yang memberikan perlindungan kepada mereka ketika mereka dikenakan pembersihan etnik dan dihalau dari tanah air sendiri akibat penindasan dari pemerintah yang kejam di Myanmar. Mereka juga berterima kasih kepada penggubal undang-undang Malaysia, ahli parlimen, semua NGO, aktivis dan jurnalis yang tidak jemu-jemu membantu memperjuangkan isu Rohingya.

Para pemimpin, aktivis dan individu-individu berpengaruh dari komuniti Rohingya sendiri yang memandang inisiatif atau pun "tindakan politik" yang diambil oleh Perdana Menteri Malaysia itu dan kerajaannya adalah situasi "win-win" dan tidak ada salah dari sudut itu. 

Terjemahan bebas dari sumber rujukan; 
http://www.rvisiontv.com/rohingya-community-duly-acknowledges-pm-najibs-contributions/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...