Saturday 16 May 2015

Macbook baru dah masuk Malaysia ( New Macbook 2015 ) Satu Pandangan Awal.

Sekali pandang, memang nipis. Macam bukan laptop. Macam tablet dengan keyboard yang disediakan. Oh my God. Itulah reaksi aku apabila kali pertama melihat Macbook baru ini. 

Yang aku pelik takde pulak announcement dia launch benda ni. Last sekali aku pergi Low Yat baru-baru ni pun, dia orang kata tak tau bila masuknya Macbook baru ni. Bila aku jalan-jalan weekend ni terjumpa pulak.

Macbook baru ni 12". Dia tak masuk kategori Air dan tak masuk pula kategori Pro.

Tengok gambar perbandingan sedikit dengan Macbook Air 11". Nampak skrin dia lebih besar daripada 11" walaupun nampak macam sama kecik. 

Sebelah kiri adalah New Macbook. 
Dia lagi ringan daripada Macbook Air 11" tuh. 
Trackpad lebih besar.
Badan lebih nipis. 
Skrin lebih besar.
Keyboard lebih luas dan optimized ruangnya.
Retina display, maknanya paparan lebih cantik.

Ini sudah cukup menarik buat peminat laptop kecil ultrabook macam aku. Sebabnya laptop dalam kategori ultrabook ini sifatnya kecil dan mobiliti tinggi tetapi berkuasa. 

Macbook ni suruk dalam folder pun boleh.

Kekurangan, ikut pembacaan aku dia tak ada full Usb port. Satu pun. Dia ada port dia sendiri dan kena pakai kabel khas untuk sambung dengan Usb drive. 

Hmm.. adakah itu praktikal? Memang Apple ni berani mencuba. Dalam banyak inovasi dia buat tu, tak semualah jadi praktikal. Macam Thunderbolt dia tu. Tak praktikal sangat di Malaysia ni. Mungkin di negara lain tak macam di Malaysia.

Warna yang aku nampak ialah Silver, Space Gray dan Gold.

HARGA DIA

Ni warna gold / emas.
RM4,769.00 untuk 8GB dengan 256 SSD, 1,1 Ghz Intel Core M
RM5,829.00 untuk 8 GB dengan 512 SSD, 1.2 Ghz Intel Core M

Ni SSD ya bukan GB. Sila search google apa bezanya dan kelebihannya.

Dia pakai Intel Core M, bukan i3, i5 tu. Tapi ada turbo boost. Kalau ikut satu review yang aku baca, yang paling kuat dalam ranking New Macbook ni masih tak dapat match kekuatan Macbook Pro Entry Level. Sila ambil perhatian ye!

Ini diperkuatkan lagi dengan cakap seorang pekerja dekat satu Reseller Apple haritu. 

Mungkin dia lebih power daripada kalangan Macbook Airlah kan.

VERDICT AWAL AKU NI

Ni personal lah. Lain orang lainlah keperluan dan kecenderungan. Sebab aku sangat menghargai mobility, aku memang suka design dan semua spec. Tapi bila tak ada Usb port yang penuh, camana aku nak buat kerja dengan efektif. 

Takkan nak bagi alasan takde kabel la. Kita bisnes kena efektif la kan. Aku tak suka bagi alasan, so aku membayangkan kalau aku beli memang kena lah ada extra kabel. Itu macam kita bawak charger la. Kita bawak ke mana-mana.

Tang lain, memang nipis dan kecik. Tadi cakap macam tablet kan. Ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Tq sebab baca review aku yang tak seberapa ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...