Thursday 19 July 2018

Kelebihan Bahasa Arab Sebagai Bahasa Ilmu - Sheikh Hamza Yusuf


Credit Youtuber : Islam Rewards

Kita mendapat satu anugerah yang agung dari Bahasa Arab. Allah telah menganugerahkan umat ini satu kurniaan maka kita perlu mempelajarinya dan menggunakan sebaiknya. Dan akhirnya kita perlu menyedari ia sebenarnya satu jalan keluar dari gejala kegilaan kesan dunia moden yang menghasilkan suasana yang tidak memberikan apa-apa makna.

Ia mengembalikan kepada manusia itu kefahaman yang mendalam, malah saya maksudkan anda boleh membina ilmu kosmologi berdasarkan ilmu bahasa Arab. Sudah ada ilmuwan yang telah pun melakukan perkara itu. Kerana Bahasa Arab itu sememangnya menjelaskan dan mentafsirkan alam. Ia benar-benar menafsirkannya. Dan kita percaya pandangan ilmiah inilah sebenarnya paling muktabar. Sesiapa sahaja yang mengkajinya secara dalam akan menemui kesimpulan yang sama.

Kita percaya Bahasa Arab benar-benar jenis tauqifiyyah (Diberikan petunjuk khusus). Allah SWT telah  menentukan secara khusus bahasa ini dengan sifat berkenaan. Saya pernah menceritakan dalam ucapan saya sebelum ini, seorang pakar Bahasa Arab telah datang kepada saya dan beliau mengatakan adalah tidak betul jika anda mendakwa sedemikian. 

Beliau mendakwa orang Arab ada perkataan pasir sebagaimana orang Eskimo ada perkataan salji. Beliau menyatakan bahasa Arab adalah bahasa yang dibangunkan oleh persekitaran manusia sebagaimana bahasa-bahasa lain.

Itu tidak benar!

Teori mengenai Eskimo itu pun tak betul. Orang Eskimo ada dua perkataan sahaja untuk salji. Malah dalam Bahasa Inggeris ada banyak perkataan yang membawa maksud salji melebihi bahasa orang Eskimo. Sehinggakan telah adanya satu penulisan ilmiah berjudul "Dongeng salji orang Eskimo dan beberapa cerita tak betul  berkaitan bahasa".

(Petikan ucapan Sheikh Hamzah Yusuf)


Bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...