Sunday 15 November 2015

Meniti hari-hari hujan tanpa henti.


Setelah jerebu telah kurang dengan drastiknya akibat hujan yang kerap sudah tentu kita merasa lega dan bersyukur atas perkembangan terbaru ini. Tetapi hujan yang turun dalam musim tengkujuh ini mengingatkan kembali memori dua tahun yang berlalu. 

Kejadian banjir besar yang berulang dua tahun berturut-turut yang memberikan tamparan hebat kepada negara dari aspek pengurusan bencana. Jelas, banjir besar ini adalah bencana. Jerebu juga adalah bencana. Dalam kes di Indonesia, apa yang dinamakan kabut asap akibat kebakaran hutan tanah gambut itu telah berlaku bertahun-tahun berturutan. Tetapi mereka tidak menjangkakan kabut asap kali ini adalah semakin parah sehingga mendatangkan korban jiwa kepada beberapa kanak-kanak dan bayi akibat menghidu udara yang tercemar.

Apa yang dilakukan oleh Indonesia adalah menubuhkan satu jawatankuasa secara ad hoc bagi menangani masalah itu dan menguruskan operasi memadam titik-titik api kebakaran hutan yang sangat luas dan banyak. Terbukti ia tidak mencukupi sehingga pasukan yang dihantar Malaysia menggunakan pesawat Pelican C-415 telah kembali ke tanah air sedangkan titik api semakin bertambah dipercayai kesan kerakusan manusia untuk membuka ladang kelapa sawit ataupun ladang bagi perusahaan.

Memori lepas.
Dalam kes banjir di Malaysia pula, setelah negara telah terpukul dua kali, kali ini sebelum berlakunya  musim tengkujuh Perdana Menteri telah mengumumkan satu langkah bagi menghadapi kemungkinan banjir besar yang bakal berlaku. (Artikel di sini)

Beberapa bulan sebelum itu juga, Timbalan Perdana Menteri DS Zahid Hamidi yang baru sahaja dilantik ke jawatan baru itu, telah mengumumkan perpindahan Jabatan Pertahanan Awam atau dikenali sebagai JPAM ke Jabatan Perdana Menteri. Ianya bertujuan bagi menjadikan Jabatan itu sebagai agensi tunggak untuk melaksanakan langkah-langkah menghadapi bencana alam. (Sumber Berita Harian)


Menurut DS Zahid, perletakan JPAM di bawah JPM itu menunjukkan keseriusan kerajaan bagi menghadapi soal bencana alam. Jelas, langkah ini adalah sesuatu yang positif. Setidaknya apabila dilihat kepada keputusan dasar kerajaan.

Tetapi adalah lebih menarik untuk melihat bagaimana agensi-agensi yang melaksanakan dasar ini menterjemahkannya kepada tindakan-tindakan yang berkesan. Keberkesanan ini dilihat dari segi operasional dan signifikan dan impaknya. Adakah aset, kelengkapan dan bantuan yang disalurkan adalah mencukupi untuk menyelamatkan mangsa-mangsa. Pelbagai persoalan timbul pada peringkat operasional ini.

Ini kerana pada peringkat inilah yang akan diperhatikan oleh orang kebanyakan. Mereka akan melihat kesan-kesan banjir kepada alam sekitar, orang awam dan harta benda. Mereka akan membincangkannya dan memviralkannya. Samada rasional atau tidak. Apatah lagi bagi mereka yang menjadi mangsa-mangsa itu sendiri. 

Dikhabarkan juga, satu agensi bagi menguruskan bencana negara telah pun ditubuhkan di bawah JPM yang mana JPAM akan diletakkan di bawahnya. Sehingga kini, belum ada lagi kenyataan dari peringkat operasional daripada Agensi Bencana Negara ini. (Sumber)

Dalam soal bencana dan kemalangan, prinsip "preparedness" adalah penting. Semoga dengan usaha dan langkah yang diambil kali diberkati Ilahi dan melahirkan satu hasil yang positif. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...