Friday 1 June 2018

Jentera Fitnah, Logik Facebook dan Taici

Pasca Pilihanraya ke-14. 

Setakat hari ini, semua masih lagi semacam terkejut. Samada yang menang atau yang kalah. Segala-galanya tidak menentu dan bila-bila pun boleh berlaku sesuatu yang diluar jangka.

Siapa sangka yang Malaysia akan menerima seorang Perdana Menteri yang berumur 92 tahun. Walaupun penuh pengalaman dan bekas Perdana Menteri tetapi faktor usia dan kesihatan turut mempengaruhi performance seseorang itu. 

Atau adakah sebahagian rakyat yang sebenarnya begitu kejam dan mempunyai persepsi seseorang itu boleh menyelesaikan masalah dengan magic stick. Dalam sekelip mata sahaja masalah boleh diselesaikan dengan sekali hayunan kayu magic. Siapa ada magic stick maka masalah negara perlu diberikan kepadanya. Tai ci?



Bolehkah dikatakan sebahagian rakyat telah men-taici masalah negara kepada seseorang yang dianggap mempunyai magic stick? Adakah perbuatan taici-mentaici masalah ini  akan menjadi budaya atau penyakit kepada masyarakat sehingga jika ada masalah negara sahaja pada masa akan datang, rakyat akan melakukan taici mentaici.

Dimanakah collective responsibility? Tanggungjawab secara berjamaah.

Jika benar magic stick itu ada sudah tentu boleh berlaku hari ini memerintah besok boleh turun harga minyak. Kalau ada magic stick, bukan boleh berjanji setakat itu sahaja. Malah boleh dengan secara spesifiknya dinyatakan berapakah harga minyak yang dijanjikan. Sebagai contoh RM1.50 sen.

Itu kalau percaya magic stick. Segala-galanya mungkin berlaku. Tetapi sehingga hari ini nampaknya ia tidak seperti apa yang dijanjikan. Apa yang berlaku ialah realiti kepada apa yang dipersepsikan sebelum ini.

Realitinya diterjemahkan dengan pertanyaan kalau berkahwin hari ini takkanlah besok dah beranak?

Belum lagi nanti ada pula yang berkata "banyak juga kes berlaku orang berkahwin tak dapat-dapat anak".

Mengapakah logik boleh terpesong? Mungkin hari ini kita boleh mengesyaki facebooklah punca terpesongnya logik itu. Rakyat setiap hari membaca facebook dan akhirnya pemikiran mereka terbentuk menjadi logik facebook. 

Logik facebook berbeza dengan logik asal pemikiran manusia. Logik facebook memberikan persepsi yang jauh daripada realiti sebenar. Tetapi persepsi tersebut adalah sangat logik dalam pandangan orang yang membaca berita atau kandungan dari facebook.

Akhirnya persepsi yang dibentuk atas logik facebook ini memberikan harapan palsu. Kerana realiti sebenar adalah jauh dari itu.



Logik facebook ini diburukkan lagi dengan adanya jentera-jentera penyebar fitnah. Akhirnya fitnah diterima sebagai satu fakta. Keputusan pula dibuat atas fakta-kata ini yang sebenarnya bukan fakta. Maka keputusan tersebut adalah keputusan yang batil. Keputusan yang batil tak membuahkan hasil kecuali hasil itu sia-sia sahaja.

Maka selagi ada jentera-jentera penyebar fitnah, penyakit logik facebook akan menular di kalangan rakyat yang dianggap berkuasa menentukan hala tuju negara itu.

Walau macamana baik atau bagus pun seseorang pemimpin itu, ia tidak bermakna. Kerana dalam tempoh masa tertentu, persepsi rakyat boleh dipesong dan penglihatan rakyat kepada pemimpin itu segala buruk dan jahat belaka. 

Walau macamana jahat pemimpin itu pula, logik facebook boleh menutupi kejahatannya. Segala-gala boleh dilihat baik seadanya. 

Pilihan di jari-jari anda.

Rakyat jelata semua!! Selamat datang ke fitan akhir zaman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...