Tuesday 3 April 2018

Rumah atau tempat kediaman yang bahaya diduduki


Banyak pilihan bagi mereka yang berkemampuan dan ingin memiliki rumah kediaman. Dalam memilih tempat kediaman beberapa faktor hendaklah diberikan perhatian. Ini supaya keselamatan diri dan harta benda terjamin. 

Sudah tentu faktor kewangan juga diambil kira jika membeli rumah mahupun menyewa, tetapi lokasi rumah juga perlu diperhatikan. Sebagai contohnya, adakah lokasi rumah tersebut mudah dimasuki melalui jalan-jalan tertentu.

Faktor-faktor keselamatan

Adakah ia boleh menjadi tarikan kepada penjenayah-penjenayah untuk mempunyai niat melakukan sesuatu?

Motif untuk melakukan jenayah atau niat jahat itu timbul setelah melihat adanya ruang dan peluang. Bila adanya ruang dan peluang serta dia beranggapan ianya mudah maka kemungkinan untuk berlaku sesuatu jenayah itu pun tinggi. 

Bagi sesiapa yang sudah terpilih lokasi yang panas sebegini, maka langkah-langkah pencegahan yang lebih ketat perlulah diambil. Sebagai contohnya, kuncilah grill anda dengan dua mangga berbanding dengan satu sahaja. Ini kerana penjenayah adalah kebiasaannya manusia yang mempunyai sifat yang memilih kerja mudah. Mengapa dia perlu memecahkan dua mangga sedangkan banyak lagi grill rumah lain yang dikunci dengan satu mangga sahaja. 

Ancaman keselamatan sivil kesihatan

Keselamatan bukan sahaja mengenai security semata-mata tetapi ia juga membabitkan safety atau keselamatan sivil dan juga kesihatan. 

Contohnya, menyewa di dalam apartmen atau kondo yang dipasang grill kunci mati pula menyebabkan risiko penghuninya terperangkap dan berakhir dengan tragedi. Kes-kes ini sudah pun berlaku dan pihak BOMBA sendiri memperingatkan supaya pemilik apartmen supaya tidak memasang grill mati sebaliknya grill yang mempunyai pilihan untuk dibuka dari dalam.


Selain itu terdapat projek apartmen atau pun kondo yang dibina berdekatan dengan High Voltage Power Electric Cabel atau Kabel Elektrik Berkuasa  Tinggi. Walaupun belum ada kajian yang secara muktamadnya dapat membuktikan kesan medan elektrik magnetik dari kabel-kabel ini menyebabkan kanser tetapi memang ada kajian-kajian yang menunjukkan kemungkinan berkenaan.


Kajian-kajian menunjukkan adanya kemungkinan kesan medan elektrik ini menjadi penyumbang kepada penyakit kanser, leukimia, kelahiran cacat dan lymphoma. 

Mungkin kita tidak perlu menunggu untuk mengira adakah betul causal-relation benar-benar ada dalam kes seperti ini mengikut sistem SPSS sebelum kita hendak mengelak membeli rumah berdekatan dengan pencawang elektrik. 

Kemungkinan akibat kerosakan yang terjadi kepada diri sendiri dan keluarga dalam hal itu adalah sangat besar dan sewajarnya kita elakkan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...