Saturday 10 February 2018

Adakah Fahaman Wahabi Sesat? - Dari khazanah pondok Pattani


Kredit : Youtuber - alpayaikani24 alraufi

Bagi yang sudah biasa mendengar jawapan kepada soalan ini, tentu sudah maklum berbagai jawapan yang diberikan oleh para alim ulama serta para ustaz ustazah yang berbeza-beza mengikut kefahaman masing-masing. 

Dalam potongan klip Youtube yang didapati ini, kita boleh mendengar jawapan serta dalil yang dikemukakan oleh Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang, seorang ulamak Selatan Thailand yang sangat mahir dengan ilmu-ilmu daripada khazanah tradisional pondok. 

Loghat bahasa yang digunakan oleh Tuan Guru telah dialihkan serta diubahsuai kepada Bahasa Melayu standard bagi  lebih difahami pembaca Bahasa Melayu zaman urbanisasi ini. (Ditambah atau dikurangkan sedikit perkataan sebagai kaedah menjelaskan)

Pertanyaan : Adakah Wahabi itu keluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Kita kena tengok setakat mana? Sebagai contoh manusia yang sakit pun tidak serupa, adakah orang demam itu orang sihat?  Jawabnya sudah tentu tidak sihat. 

Tapi setakat mana tak sihat, kita kena tengok betul-betul. Yang ini ada berapa persen dan yang ini ada berapa persen? Kita nak pukul rata tak boleh.

Wahabi atau tak Wahabi ni adalah satu cara (aliran) baru. Sebenarnya sebutan itu bukan Wahabi tetapi Al-Wahhabi (dua H). Kalau sebut Wahabi itu boleh jadi keliru. Kerana orang yang mengaji Tasawwuf pun ada ilmu Wahabi. 

مِنَ الْعُلُوْمِ الْوَهْبِيَّةِ

Dari ilmu-ilmu Wahbiyah

Kena tahu kalimah sebenar. Kadang-kadang orang awam membawa isu ini melebihi daripada orang yang berilmu. Sebab itu kita kena jaga supaya tidak berlaku kekeliruan. Apa isu sebenarnya pun kadang-kadang kita sendiri pun tak faham.

Sebenarnya, Al-Wahhabi ini dibangsakan kepada Muhammad bin Abdul Wahhab. Bapa dia Abdul Wahhab. Bapa dia seorang alim ulamak bermazhab Hambali dari segi fiqh. Perjalanannya adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dan saudaranya (abang) Sulaiman bin Abdul Wahhab pun seperti ayahnya.

Manakala Muhammad bin Abdul Wahhab itu dari segi akidahnya terlari sedikit. Dipanggil terlari sebab terlari dari perjalanan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perbezaan istilah Wahhabi dan Wahabi (istilah ilmu Tasawuf)

Kemudian dibahasakan (dilabelkan). Al-Wahhabi, bukan Wahabi. Wahabi ni maknanya pemberian daripada Allah Taala. Ilmu Wahabi, ilmu Laduni. 

Jika mengaji kalimah. Masdarnya daripada;

وَهَبَ يَهِبُ هِبَةً وَ وَهْبًا

Apabila masuk kepada ي untuk nisbah, وَهْبِيٌّ ilmu bangsa / jenis pemberian daripada Allah yang tidak melalui usaha manusia. Ataupun usaha dengan mengaji sedikit tetapi Allah beri banyak. Kerja sedikit tetapi boleh menghasilkan banyak. 

Kalau tengok tak padan dengan kerja. Kerja sedikit sahaja. Tetapi dapat banyak. Itulah dipanggil Wahabiy, pemberian daripada Allah. Itu disebut dalam ilmu Tasawuf.

Yang ditanyakan ini bukanlah tentang ilmu ini, tetapi Al-Wahhabi yang dinisbatkan kepada Muhammad bin Abdul Wahhab. Bila orang ikut perjalanannya, nama Al-Wahhabi dinisbatkan kepada dia. Bila dinisbah اَلْوَهَّابِيْ  dengan ي jenis nisbah. Maknanya seorang individu yang dibangsakan kepada perjalanan (aliran) Muhammad bin Abdul Wahhab. 

Lepas tu, kita hendak tahu perjalanannya (aliran) macamana.

Kaedah yang digunapakai

Tiap-tiap sesuatu yang kita nak hukum itu, اَلْحُكْمُ عَلَى الشَّيْئ فَرْعٌ عَنْ اَلْتَّصَوُّرِهِ. 

Kita nak hukum sesuatu apa itu, kita kena tergambar dulu apa masalah macamana.

Kemudian kena bentangkan apa masalah mengenainya, (contoh) dari segi akidah atau dari segi apa. Kadang-kadang tuduhan banyak. Caranya kena perhalusilah setiap pertuduhan itu. 

Orang tuduh perjalanannya lain daripada perjalanan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seperti bab masalah akidah, antaranya akidah yang mengatakan Tuhan bertempat. 

(Akidah Tuhan bertempat) itu bukan sahaja dari Muhammad bin Abdul Wahhab. Dia mari dari dulu lagi. Bukan sahaja datang daripada Ibnu Taimiyah. Dia mari dulu lagi. Dulu mana?

Dulu iaitu zaman sahabat Nabi SAW (radiallahi anhum) itulah.

Kaum yang berpegang dengan zahir ayat Mutasyabihat (ayat yang menyerupai makhluk).

Selain Ahli Sunnah Wal Jamaah ada yang dinamakan sebagai Mushabbihah. Yakni mereka berpegang dengan zahir ayat Mutasyabbihat.

Tidak kiralah dia daripada kumpulan nama apa. Hatta walaupun mendakwa ikut Imam Hassan Ashaari (Asyairah) pun tapi dia kata Tuhan itu bertempat maknanya dia sudah terlari dari jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Nak panggil Wahhabi atau tak Wahhabi tak menjadi perkiraan (isu), kalau sudah terlari dari jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Kaedah tadi, Allah Taala zat-Nya لَيْسَ كَمِثْلِهِ الشَّيْئ maksudnya zat-Nya tidak menyerupai sesuatu pun. Maha Suci daripada berjihat (bersudut) dan bertempat. Bila dia berkata Tuhan itu berjihat dan bertempat itu dipanggil akidah musyabbihah (akidah yang menyerupakan). Itulah yang asalnya berlaku pada zaman sahabat lagi.

Kalau orang yang menafikan qada' dan qadar mereka dinamakan qadariah mutaqaddimu.

Bila ada orang berkata qudrat saya memberi bekas, dipanggil muktazilah yang qadriah.

Bila orang menafikan sirath, jambatan titian (pada hari akhirat) itu tidak ada, dipanggil perjalanan (mereka) muktazilah.

Walaupun kepada orang yang hidup sekarang (yang menafikan), dipanggil muktazilah.

Begitu juga orang yang menafikan mizan (timbangan pada hari akhirat), juga dipanggil perjalanan muktazilah.

Kemudian, tempat (golongan) kita nak kata itu (jatuhkan hukum mengenai persoalannya) kena tanya pula apa pegangannya?

(Golongan itu berkata) "Pegangan kami bahawa Tuhan itu bertempat"

Itu akidah Musyabbihah!! Bukan waktu Muhammad Abdul Wahhab sahaja, tetapi dulu masa zaman sahabat (Nabi) lagi dah ada.

Sebab itu kita jarang sebut kalimah macam tu (Wahabi), sebab sebut tapi tak tahu apa (maksud).

Asalnya ialah ia bukan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah bila berpegang dengan zahir ayat mutasyabihah (dari Al-Quran dan Hadis). Sebab zahir ayat mutasyabihah, لَيْسَ بِمُرَاد atau bukanlah maksud yang dikehendaki.

Ahli Sunnah berkata أَمِرُّوْاهَا كَمَا جَائَتْ, perlakukanlah sebagaimana ia datang. مَعَ التَنْزِه bersama mensucikan Allah dari segala sifat yang لَا يَلِيْقُ بِهِ (tidak layak bagi-Nya).

Sebab Ahli Sunnah kata إِسْتَوَى (bersemayam) adalah إِسْتِوَاءً يَلِيْقُ بِهِ (makna bersemayam yang layak baginya).

Perjalanan apa itu? Itulah Tanzih dan Tafwidh. Apabila dihuraikan lagi (ilmunya) ia menjadi jalan Tanzih dan Tafsil.

Semua kaedah bersetuju bahawa makna yang umum daripada lafaz mutasyabihat bukanlah maksud yang dikehendaki. Sebagai contoh hadis Qudsi;


يَا إِبْنَ آدَم إِنِّيْ مَرِضْتُ فَلَمْ يَعُدْنِيْ 
(Tuhan berkata pada hari akhirat kelak) 
Wahai bani Adam, sesungguhnya Aku telah sakit, tetapi kamu tidak menziarahi Aku

Hadis Qudsi adalah hadis riwayat daripada Nabi SAW yang menyatakan perkataan daripada Allah tetapi bukan perkataan daripada Al-Quran. 

Bila tengok إِنِّيْ bererti Ta'kid atau penegasan, maknanya sesungguhnya Aku. Aku itu siapa? Aku itu maksudnya Allah!

مَرِضْتُ maknanya Aku telah sakit,  فَلَمْ يَعُدْنِيْ, kamu tidak pernah menziarah-Ku.

Sakit ni sifat siapa? Kalau pakai tafsiran zahir?

Allah! Tapi bolehkah dikatakan Allah bersifat dengan sakit tetapi sakit yang layak dengan Dia? Sakit cara Tuhan bukan sakit cara kita. Bolehkah kita kata begitu?

Boleh terima tak ajar begitu? Tuhan sakit juga tapi sakit cara Tuhanlah. Hadis Qudsi daripada mutasyabihat dinamakannya. 


الظَاهِرُ لَيْسَ بِمُرَادِ iaitu zahir lafaz bukanlah maksud yang dikehendaki. 


Dibelakang hadis tersebut ada huraian. Kata bani Adam, wahai Tuhanku bagaimana aku nak menziarahi-Mu sedangkan Engkau Tuhan sekalian alam?


Maka dikatakan "Tidakkah hambaku itu sakit, dia sabar dan reda kerana qada' Aku, kamu tidak pergi menziarah dia. Sekiranya kamu pergi menziarah dia nescaya kamu dapati Aku di sana".


Pulak dah, (Tuhan) bertempat pulak. Tadi sakit. Tempat pulak dah. (Itulah) hak zahir ayat bukan murad atau maksud yang dikehendaki.


Apabila kita pakai (tafsiran) zahir, itu bukan perjalanan Ahli Sunnah, tak kira perjalanan siapa pun. 


Sebab apa ni? Sebab sifat sakit ini adalah sifat makhluk. Kenapa Dia kata sakit? Jawabnya tidakkah hambaKu itu sakit, dia sabar dan reda dengan qada' Aku, seolah-olah Akulah sakit. (Maksudnya) nak menceritakan kelebihan sakit. Kelebihan kita reda dengan qada' Allah sehinggakan Allah sanggup berikan perumpamaan Dia sendiri. 


Serupalah juga jika seorang budak yang kita sayang dan kasih. (Kita kata) perbuatan dia, aku sendiri yang bertanggungjawab. Seolah-olah aku sendirilah yang buat. 


(Maksud hadis tadi) seorang hamba-Ku yang sakit, bila dia ditimpa sakit, dia reda dan dia sabar atas bala ujian-Ku. Seolah-olah Akulah (Tuhan) yang sakit tu. Semata-mata nak menceritakan kelebihan sakit bersama sabar dan reda. Kalau pakai zahirnya membawa Tuhan sakit.


Lepas tu kita baca pula dalam Surah As-Sajadah. 


                      إِنَّا نَسِيْنَاكُمْ وَ ذُوْاقُوْا عَذَابَ الْخُلْدِ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُوْنَ 



Sesungguhnya Kami melupakan kamu dan rasakanlah azam 
yang kekal dengan apa yang telah kamu perbuatkan. 
(As-Sajadah : 14)

Tempat yang menjadi perbincangannya ialah إِنَّا نَسِيْنَاكُمْ. (Sesungguhnya Kami melupakan kamu). Maknanya ketika kamu lupakan hari ini sehinggakan kamu tidak percaya pada hari kiamat ini, rasul-rasul-Ku telah menyampaikan tetapi kamu mendustakan mereka, bahawasanya Kami lupakan kamu. 

Makna Tuhan kata "Kami lupakan kamu". Apa makna lupa? 

إِنَّا نَسِيْنَاكُمْ 
نَسِيْنَا dari نَسِيَ يَنْسَى نِسْيَان
Apa makna نِسْيَان ? نِسْيَان maknanya عَدَمُ الحِفْظِ atau tak ingat.

Kalau Allah Taala kata إِنَّا نَسِيْنَاكُمْ sesungguhnya Kami lupakan kamu. Jadi maknanya Tuhan bersifat dengan pelupa jugalah?



Walaupun mungkin kita boleh kata, terlupa Tuhan itu bukan serupa kita, terlupa Tuhan itu serupa  (tahap)Tuhanlah. Bolehkah kita ajar macam tu?

Itulah Ahli Sunnah kata الظَاهِرُ لَيْسَ بِمُرَادِ. (Lafaz zahir bukanlah maksud yang dikehendaki)
Itu sifat yang mustahil pada Allah Taala (mengatakan) Tuhan tu terlupa. 

Padahal Allah berkata وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيَّا Dan tidaklah Tuhan kamu (Wahai Muhammad) yang lupa.

Lihat Allah nafi itu. Tuhanmu tidak bersifat dengan terlupa kerana terlupa ni setengah dari sifat-sifat naqais (kekurangan). Sifat yang mustahil atas Allah. 

                                وَ اَنَّ اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْئٍ عِلْمًا
Sesungguhnya ilmu Allah Taala meliputi semua perkara.

Mustahil atas Allah bersifat dengan terlupa. Tiba-tiba Tuhan sendiri nisbat bahawasanya Kami lupakan kamu. Sebab tu ulama kata makna zahir bukan murad atau yang dikehendaki. 

Lepas tu apa makna murad atau yang dikehendaki? Serahlah kepada Dia. Itulah yang dipanggil cara Salafus Soleh. 

(Manakala ulama-ulama) khalaf bila nampak orang tak faham lagi, dia hurai pulak. Macamana? (Dengan cara) makna zahir bukan murad atau yang dikehendaki. Apa makna murad (yang dikehendaki) bagi LUPA? Makna lazim dia.

Sebab daripada LUPA itu TINGGAL. 

Macam kita tertinggal barang maknanya terlupalah. 

Dipanggil إِطْلَاق مَلْزُوْم مُرَادالَازِم dalam ilmu balagahnya. 

Jadi (maksud) Kami lupa, Kami tinggalkan kamu dalam azab ini sebab kamu lupa hari akhirat semasa di dunia hari itu. Kamu tidak percaya, kamu tinggalkan amalan, kamu tinggalkan beriman sebab kamu tidak percaya adanya akhirat. 

Bila kata mati kemudian hidup balik, kamu ejek pula. (Kamu kata) Takkanlah dah masuk kubur nak hidup balik? Sebablah itu kamu tinggal maknanya kamu tak turut (perintah Tuhan).

Ini Kami lupakan kamu. Jadi Kami tinggalkan kamu dalam keadaan azab. 

Itu cara tafsil, kalau tidak (makanya) yang zahir lafaz bukanlah maksud yang dikehendaki. Yang murad itu hanya Allah sahaja tahu. Itu perjalanan Ahli Sunnah (Tafsil dan Tafwidh).

Cara mengambil tafsiran zahir yang salah

Kalau (ada orang) berkata Tuhan pun bersifat dengan terlupa. Kemudian ambil dalil (zahir) dengan ayat begini. Kemudian Tuhan pun bersifat dengan sakit dengan dalil (zahir) hadis Qudsi. Itu bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Musyabihah orang panggilnya. (Mereka ini) pegang dengan zahir ayat (Al-Quran) dan hadis mutasyabihat. 

Berbalik kepada soalan tadi, bila lain daripada perjalanan Ahli Sunnah Wal Jamaah, itu sudah terlari daripada jalan. Dipanggil sesat dari jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

Sebagai contoh nak mari ke sini, tetapi sesat jalan. Maka tak sampailah ke sini. 

Begitu juga (kalau) kita tak pernah pergi ke sana, tak ada orang bawa jalan. Takut sesat. Kalau kena (tepat) pun kebetulan kena. Bukan kita tahu (atas ilmu).

Tahu ke tidak? Tak tahu. Pernah ke mari sini? Tak pernah. Mari terus kena (tepat tempatnya). Kebetulan kena. Kebetulan. Kebanyakan (orang) bertanyalah (jalan). 

Ini jalan ke mana? (Jawab) pergi ke situ, pergi. Sampai tanya (orang lain) pulak. Mana nak pergi kampung tu? Ikut sini. Pergi. Nak sampai tu pula, bertanya sedikit lagi, mana rumah dia tu? Di depan.

Sentiasa bertanya-tanya, akhirnya kita selamat (sampai). 

                          فَاسْأَلُوْا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ

   Maka bertanyalah ahli ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...