Saturday 15 September 2018

Hubungan Akal dan Jantung (Hati)


Ada dua atau tiga perkataan mempunyai satu makna yang sama. Perkataan akal, otak, hati (jantung) dalam satu konteks, boleh diertikan dengan makna yang sama.


Penggunaan makna hati dalam Bahasa Melayu

Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mementingkan rasa. Mungkin kerana itu bangsa Melayu menggunapakai perkataan hati bagi menggambarkan perasaan. Seperti suka hati, sakit hati, berasa hati, tidak berhati perut, senang hati dan lain-lain.

Tetapi kekeliruan ilmiah boleh berlaku kerana penggunaan perkataan hati ini boleh merujuk kepada dua makna.

Pertama, ia merujuk kepada hati yang dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai liver. 


Hati atau Liver dalam Bahasa Inggeris.
Kibdun dalam Bahasa Arab.
Seperti organ hati daging lembu. Hati lembu ini boleh menjadi bahan dalam masakan yang sedap seperti Resepi Hati Lembu Masak Kicap. Hati lembu di sini bukanlah jantung lembu. Dalam bahasa arab hati jenis ini dipanggil Kibdun atau Kibdatun.

Kedua, hati yang dimaksudkan dalam konteks perbahasan sekarang ini adalah jantung. Dalam bahasa arab hari ini dipanggil Qalbun. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil Heart.

Oleh itu apabila seseorang itu menyebut perkataan hati, perlulah diperhatikan konteksnya. Adakah dia maksudkan itu jantung?  Atau organ hati (bukan jantung)? 


Dalam Bahasa Inggeris Heart adalah Jantung yang juga menunjukkan sifat perasaan.
Sebagai contoh ayat "You Broke My Heart"."No Heart Feeling".
Manakala "Heart" juga merujuk kepada fizikal jantung manusia.
Seperti "heart surgery" iaitu pembedahan jantung.
2 makna jantung.

Manakala jantung pula mempunyai dua maksud. 

Satu - Yang dinamakan sanubari. Jantung yang bersifat dengan jirim (zat). Ia adalah fizikal jantung di dalam manusia. Ia berfungsi mengepam darah dan para doktor memberikan perhatian khusus kerana ia berkaitan dengan kesihatan badan manusia. 

Jantung / Qalbun / Heart yang di dalam badan manusia.
Antara fungsinya ialah mengepam darah ke seluruh badan manusia.


Dua - Jantung yang dibincangkan dalam permasalahan agama. Dipanggil jantung juga. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan jantung (hati) ialah akal. Jantung yang bersamaan makna dengan akal ini juga bersifat dengan Nurun Ruhaniyun / Cahaya Kerohanian.


Akal = Hati / Jantung



Oleh yang demikian, perkataan akal dan hati (jantung) itu ada ketikanya mempunyai satu makna. 

Ada ketikanya ia mempunyai makna yang lain pula. Seperti jantung yang bersifat dengan daging (qalbun dalam bahasa Arab) itu berlainanan pula maknanya dengan akal. 

Sifat Akal

Tamyiz = Membezakan

Antara sifat akal ialah untuk membezakan. 

Dengan keupayaan inilah manusia dapat mengerti makna melalui akal. Kerana akal dapat mengenal mana satu yang benar dan mana yang palsu. Mana yang bersih dan mana yang kotor. 

I'qaal = Menegah

Antara sifat akal yang lain ialah untuk menegah. Aqal dengan sifat dapat membezakan tadi juga menegah pemilik akal dari melakukan perkara yang terlarang. 

Pemilik akal merasa malu untuk melakukan perkara yang terlarang maka dia pun memilih untuk tidak melakukan perkara sedemikian yang bakal merendahkan martabat dirinya.

Pemilik akal juga merasa takut untuk melakukan perbuatan yang membahayakan maka dirinya terselamat daripada mudarat dari perbuatan berkenaan.  

Hubungan akal dan otak




Akal adalah tempat pancaran ilmu manakala otak adalah tempat simpan. Otak juga dikenali sebagai Hafizah kerana ia bersifat dengan menjaga atau menyimpan maklumat di belakang kepala. 


Syarahan dari Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang
Kredit Youtuber : Baba Ismail Sepanjang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...