Wednesday, 18 February 2015

Logik Alibi ni bang..

Kalau aku confidence yang aku tak ada kat satu tempat tu. Maknanya aku kat tempat lain, dan pada masa yang sama ada orang nampak aku kat tempat lain tu. Tak pun memang aku bersama dengan kawan aku tengah makan-makan kat tempat lain. 

Kemudian aku kena tangkap dan dituduh buat jenayah di tempat lain dalam masa yang sama. Dah tentu aku akan mempertahankan diri dengan mengatakan aku waktu itu di tempat yang lain.

Ini dinamakan defence of alibi di mahkamah.


DEFENCE OF ALIBI 
Alibi berasal daripada perkataan latin yang bermakna elsewhere atau pun di tempat lain.

Sebab aku tak nak kena penjara, aku kenalah membuktikan yang aku tak ada kat tempat tu. Defence of alibi ni adalah satu defence yang kuat. Sebab dalam dunia sebab musabab ni kita memang tak boleh berada di dua tempat dalam  satu masa. 

Kalau dapat buktikan alibi, maka pertuduhan itu akan jadi rapuh dan berkecai sudahnya. Sebab bila aku kat tempat lain, dah tentulah orang yang buat jenayah kat tempat yang didakwakan tadi itu bukannya aku. 

Camana nak buktikan aku kat tempat lain tu. Aku akan mintalah tolong kepada sesiapa yang bersama aku di tempat lain tu memberikan kenyataan dalam mahkamah yang aku bersama mereka di tempat lain semasa kejadian jenayah yang didakwa.

Kalau aku dalam mesyuarat, dah tentu pengerusi mesyuarat tu nampak aku dan juga kesemua ahli mesyuarat. Apatah lagi adanya bukti bila ahli mesyuarat kena tandatangan borang attendance. Itu sudah boleh menjadi bukti dalam mahkamah menyokong hujahan alibi aku. Kalau aku bercakap dalam mesyuarat tu pula dah tentu keluar dalam minit mesyuarat.

Sekarang kat mana-mana premis pun ada CCTV. Contohnya di stesyen minyak atau pun di shopping complex. Di situ mungkin CCTV berkeaan ada mengambil visual aku berada di tempat itu. Peguambela aku dah tentu akan berusaha mendapatkan visual itu sebagai langkah-langkah membuktikan alibi.

ANEH BIN AJAIB

Kalau seseorang berkata dia tak ada kat satu tempat tetapi pada masa yang sama dia kat tempat yang lain bersama-sama 13 orang saksi termasuklah isterinya, itu sudah satu defence of alibi yang sangat kuat.

Apa yang dia perlukan ialah memanggil saksi-saksi 13 orang itu dan tadaa.. court pastilah melepaskan dia daripada pertuduhan. Ini sudah lebih daripada reasonable doubt. Memang tak logik langsung dia boleh berada dalam dua tempat dalam satu masa.

TETAPI.. kalau ada yang mendakwa macam tu tetapi sebaliknya dia tak nak panggil pun 13 orang saksi tadi. Apakah logiknya di situ?

Isterinya pun tak dipanggilnya walaupun dia salah seorang saksi.

Logik kita akan mengatakan ini dah tentu ada something wrong dengan dia ini. Apatah lagi kemudiannya CCTV di tempat kejadian jenayah menunjukkan imej-imej yang menyerupai dia berada di situ.

Di sini, bukti-bukti dah lebih berat menunjukkan dia berada kat tempat tu. Tapi dulu dia kata di tempat lain dengan ada 13 orang saksi boleh buktikan. Kenapa tak panggil seorang pun saksi-saksi tu?

ANDAIAN TERBALIK (Reverse Inference)

Bila terjadi macam kat atas, timbullah isu siapa sebenar penipu. Kenapa dulu kau cakap macam ni tapi tetiba kau tak nak pulak buktikan cakap kau tu. Apa menyebabkan kau tak nak nak buktikan alibi tu. 

Sebab itu ada yang menyatakan ini telah berlaku andaian terbalik atau pun reverse inference. Sebab bagi pandangan seperti ini bila seseorang itu mendakwa dengan defence alibi, tetapi kemudiannya menarik balik walaupun dia telah mengatakan ada 13 saksi yang boleh membuktikan alibi tu, ini dah menyebabkan seseorang itu disyakki penipu. 

Bila menipu secara automatiknya mengandaikan dia ini sebenarnya melakukan jenayah itu. Ada markah bagi pendakwaraya.

TAPI MAHKAMAH DALAM KES ITU TAK PAKAI REVERSE INFERENCE PUN

Tapi mahkamah dalam kes itu, (Kes itu. Kes itulah) tak ambil prinsip reverse inference ni pun. Maknanya tak bagi markah kepada pendakwaraya di situ. Mahkamah ambik pendirian untuk kes itu, tertuduh bebas memilih apa bentuk alasan untuk mempertahankan diri dan kemudian meninggalkan alasan itu. 

Makanya bila dia tinggalkan defence alibi yang dia dakwa, tidaklah mahkamah menganggap dia itu penipu. Jika didapati bersalah sekali pun ianya disebabkan alasan atau bukti-bukti yang lain. Bukti-bukti yang beyond reasonable doubt atau melebihi keraguan munasabah.

Tetapi kita juga dapat lihat sekarang ini gejala taksub yang melampau. Tak pun sebahagian orang yang berkepentingan politik sehingga sanggup menggelapkan logik akal masing-masing bagi menegakkan benang yang basah.

Akhlak dalam cerita ini, ialah lain kali rugi kalau tak panggil saksi kalau buat defence alibi.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...